Tak dapat terbang ke serata dunia, Nasi Lemak Pak Nasser 'Moved On' dengan Santan

Kalau namanya USAHAWAN, setiap urusan perlu sentiasa ada 'back up' plan.
.
Rasanya semenjak PKP 1.0 dan tak ramai boleh mengembara ke seluruh dunia, ramai yang rindu dengan keenakan makanan yang disajikan dalam semua penerbangan AirAsia.
.
Bagi yang belum tahu, restoran Santan telah dibuka di beberapa lokasi sekitar Lembah Kelang bagi memenuhi permintaan tinggi rakyat Malaysia. 

Gambar : santan.com.my

Restoren yang dinamakan sempena 'santan' kesayangan Malaysia, SANTAN adalah cerminan kesucian dan kesederhanaan perisa dan ramuan ASEAN. Diilhamkan untuk mereka kongsikan rasa cinta terhadap hidangan dan rasa ASEAN kepada dunia, SANTAN bertujuan untuk membongkar rahsia masakan terbaik dari ASEAN dan membawanya kepada semua.

Sempena bulan Ramadan, restoran Santan memperkenalkan 2 menu istimewa iaitu Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik dan teh susu Thai. Bukan itu sahaja, Santan turut melancarkan 2 menu baharu untuk produk sedia dimakan iaitu Nasi Goreng Kampung dan Nasi Biryani Ayam.

photo_2021-04-13_15-35-28Gambar : Vocket

Yang menarik tentang jenama nasi lemak terkenal di 'angkasa' ini adalah, mereka 'moved on' dan cari jalan alternatif bila bisnes mereka sudah tak boleh dipasarkan melalui setiap penerbangan dalam dan luar negara.
Walaupun dah tak dapat pasarkan segala set hidangan sedap dalam semua penerbangan mereka, mereka cuba memasarkannya pula di 'bumi'. 
Gambar : santan.com.my
Usahawan hebat memang sentiasa cari jalan untuk memasarkan produk jualan mereka. 
Gambar-gambar yang digunakan dalam pemasaran mereka juga menarik selain memperkenalkan 'merchandise' juga sebagai jualan sampingan. Ini antara produk-produk yang dijual di restoren mereka dan secara online.
Walaupun masih ada yang boleh diperbaiki, namun usaha mereka mencari alternatif pemasaran, boleh dijadikan pelajaran kepada usahawan lain.
.
Kesimpulannya, perlu sentiasa ada back up plan yang bagus kalau namanya USAHAWAN.
.
Tak boleh guna cara A, guna cara B, C, D sampailah Z pula.
Lagi best kalau dah ada website, kita tambah lagi dengan kemahiran shoot gambar dan video power produk jualan. Bakal pelanggan mudah nak browse bila gambar jelas dan pelbagai.
.
Nak senaraikan bisnes kita dalam carian dalam Google pun dah mudah sekarang ni. Ada sahaja cara untuk permudahkan lonjakan jualan. Nak sertai kelas-kelas online dan tambah ilmu back up plan masa depan, tekan mana-mana gambar untuk link pendaftaran. 


Filter
Tak dapat terbang ke serata dunia, Nasi Lemak Pak Nasser 'Moved On' dengan Santan - Saiful Nang Academy
Tak dapat terbang ke serata dunia, Nasi Lemak Pak Nasser 'Moved On' dengan Santan - Saiful Nang Academy