OPPO Find X3 Pro 5G, Kamera Satu Bilion Warna Pertama Di Dunia

OPPO Find X3 Pro premium dan elegan - FOTO OPPO
OPPO Find X3 Pro premium dan elegan - FOTO OPPO

JENAMA telefon pintar terkemuka OPPO kembali mengejutkan dunia dengan kemunculan generasi baharu siri OPPO Find X.

Selepas lebih 10 tahun model ini melalui proses penambahbaikan, tahun ini siri OPPO Find X3 menjadi taruhan terbesar syarikat gergasi itu dalam pasaran.  

Sarat dengan pelbagai spesifikasi baharu serba canggih yang setakat ini belum ada pada peranti lain, siri Find X3 diiktiraf OPPO sebagai telefon pintar kelas mercu terbaik tahun ini. 

ImageOPPO Find X3 tampil memukau dan menyerlah - FOTO OPPO

Perkara pertama mencuri perhatian pengguna saat melihat telefon pintar ini sudah pasti reka bentuknya yang luar biasa dan unik. 

Berdasarkan pemerhatian, rekaan badan peranti siri OPPO Find X3 cukup mengagumkan kerana ciri ditonjolkan pada model baharu ini tampak rumit dan lain daripada yang lain.

Diinspirasikan daripada bangunan bersejarah Casa Mila di Barcelona Sepanyol, OPPO memberi nafas baharu dengan menyerlahkan nilai estetik seni bina lama dalam sebuah telefon pintar. 

ImageRekaan melengkung menutupi bonjolan kamera tampak sempurna dan ikonik - FOTO OPPO

Ciri melengkung unik yang menutupi bonggol kamera harus diberi pujian, direka sempurna tanpa sebarang cela menjadikan rekaan ini mustahil dilihat pada peranti premium yang lain. 

Lebih menarik, lengkungan itu juga menghasilkan pantulan cahaya pelbagai corak sekali gus menyerlahkan lagi identiti ekslusif untuk peranti ini.

Menurut OPPO, rekaan digelar 'unibody' pada siri OPPO Find X3 telah melalui proses penempaan panas dengan lebih 2000 kali eksperimen sebelum mendapat hasil akhir sempurna. 

Selain itu, rekaan melengkung pada bahagian belakang OPPO Find X3 berjaya menyelesaikan masalah bahagian sisi tajam dan reka bentuk tebal yang kerap mengganggu pengguna.

Penyelesaian ini ternyata menawarkan lebih keselesaan ketika pengguna memegang peranti dan memberi cengkaman lebih kemas walaupun peranti dipegang dari sudut berbeza. 

Disertakan bateri sebesar 4500mAh lengkap sistem penyejukan, OPPO Find X3 mengejutkan ramai apabila ia kekal sebagai peranti ultra-ringan dengan seberat 193 gram. 

Jika dibandingkan dengan telefon pintar kelas mercu lain di pasaran, berat ini masih dalam kategori sederhana.

Permukaan belakang peranti ini juga memiliki tekstur halus, dapat digambarkan bersinar seperti logam dan menghasilkan sentuhan seakan porselin atau mulus seolah-olah kulit bayi.

Lebih menarik walaupun ia tampak berkilau, permukaan unik ini kekal terpelihara meskipun disentuh berulang kali tanpa meninggalkan sebarang kesan jari dan menghalang debu halus melekat. 

Sementara itu, telefon pintar OPPO Find X3 turut dicipta dengan kemampun kalis air IP68, menjadi nilai tambah bagi sebuah peranti premium.

Kamera satu bilion warna pertama di dunia

ImageHasil paparan satu bilion warna cukup mengagumkan - FOTO OPPO

Selain rekaan yang unik, satu lagi ciri mengujakan terdapat pada siri OPPO Find X3 adalah kemampuan peranti ini mengambil gambar berkualiti dengan satu bilion warna. 

Untuk teknologi sehebat ini, OPPO menjalin kerjasama bersama Sony dengan menggabungkan sensor IMX766 pada lensa sudut lebar 50 megapiksel (MP) dan ultra sudut lebar, menghasilkan kamera ultra sudut lebar 50MP pertama di dunia. 

Selain itu, teknologi satu bilion warna ini juga dapat dinikmati menerusi paparan skrin OPPO Find X3 yang menawarkan warna paparan lebih tepat, jelas seakan dunia nyata tanpa sebarang kecacatan. 

OPPO turut menjalankan ujian Color Vision bagi mengembangkan kompensasi warna yang menghasilkan perbezaan dan pengecaman warna yang tepat. 

Berdasarkan rekod, ia mempunyai 64 kali lebih banyak warna berbanding panel 8-bit yang biasa digunakan pada peranti lain di pasaran dengan kemampuan 16.7 warna sahaja. 

Menariknya, teknologi ini membolehkan pengguna yang mempunyai masalah berkaitan kekurangan penglihatan warna (CVD) dapat melihat rona warna dibetulkan dan tahap kontra  lebih ketara.

Setakat ini, teknologi satu bilion warna hanya dimiliki pada peranti OPPO Find X3 sahaja, menjadikan ia telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan teknologi secanggih ini. 

 Sistem kamera terbaik

Seperti dibincangkan sebelum ini, OPPO Find X3 Pro menampilkan kuad-kamera utama dengan dua sensor Sony IMX 766 50 megapiksel (MP) merangkumi lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar, lensa zoom telefoto sensor 13MP, dan lensa mikro dengan sensor 3MP.

Dengan menggunakan saiz sensor yang sama pada lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar, OPPO cuba menyelesaikan isu warna tidak konsisten atau berbeza apabila gambar diambil menggunakan dua lensa ini.

Tidak cukup dengan itu, lensa mikro 3MP pada peranti ini juga mempunyai kemampuan luar biasa yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Dengan kemampuan pembesaran sehingga 60 kali ganda, anda dapat menghasilkan gambar super-makro sangat teliti sehingga perincian yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia juga akan jelas kelihatan. 

ImageTeknologi lensa mikro mampu menghasilkan gambar mikro paling jelas yang mustahil dilihat oleh mata kasar manusia - FOTO OPPO

Dengan ciri lensa mikro sehebat ini, anda boleh memanfaatkan OPPO Find X3 untuk mengenal pasti keaslian sesuatu barang seperti memeriksa kualiti tas tangan mewah atau mungkin meneroka dunia miniatur.

Untuk lensa telefoto 13MP pula, ia hadir dengan penawaran zum optik hibrid lima kali dan zum digital sehingga 20 kali.

Sebagai nilai tambah, sistem kamera OPPO Find X3 turut dilengkapi teknologi Palet AI, mampu mengubah gambar menjadi sebuah karya yang memukau.

Palet AI menghasilkan penuras warna unik, menjanjikan hasil suntingan gambar berkualiti setanding karya profesional dengan hanya beberapa sentuhan. 

ImageCiri satu bilion warna menjanjikan hasil gambar dan video dengan warna lebih tepat dan sempurna - FOTO OPPO

Selain hasil gambar terbaik, siri OPPO Find X3 juga dilengkapi teknologi AI Highlight Video, bertukar secara automatik antara mod Video Ultra-Malam dan Live HDR.

Ciri ini membolehkan rakaman video disesuaikan mengikut keadaan cahaya dalam dunia nyata. 

Dalam erti kata lain, anda boleh merakam video tanpa perlu bimbang isu terlalu banyak cahaya, gangguan lampu latar atau keadaan cahaya rendah.

Dengan adanya teknologi AI Highlight Video, merakam video di kafe dengan keadaan cahaya terang, matahari terbenam atau terbit, juga di ruang tertutup seperti perjumpaan keluarga, sesi karaoke atau majlis hari lahir bukan lagi satu masalah besar.

Prestasi luar biasa

Image

Dari segi prestasi, siri OPPO Find X3 dikuasakan cip Qualcomm baharu pemproses Snapdragon 888, membolehkan peranti ini mengendalikan hampir semua permainan mudah alih dengan lancar. 

Ruang wap ultra-tipis bersaiz 0.35 milimeter (mm) yang tersusun di sepanjang papan elektronik induk dan bateri pula memastikan penjimatan tenaga menerusi teknologi pelesapan haba.

Dari segi capaian, siri OPPO Find X3 pasti tidak mengecewakan pengguna kerana cip pemproses Qualcomm Snapdragon 888 menyokong sambungan 5G.

Secara keseluruhan, spesifikasi dalaman peranti ini cukup tinggi dan mampu menampung sehingga 99 peratus keperluan pengguna android sekarang. 

Paparan jelas, terang

Image

Jika kualiti kamera dan sistem operasinya hebat, paparan skrin telefon pintar ini sudah tentu lebih memuaskan. 

Berdasarkan penilaian syarikat peneraju ujian dan penilaian paparan global DisplayMate, paparan siri OPPO FindX3 berjaya memperoleh gred A+. 

OPPO FindX3 dilengkapi paparan QHD + 6.7 inci, skrin AMOLED 525 ppi dan nisbah kontras 5,000,000:1 dipadankan dengan kecerahan 1300-nit. 

Dengan spesifikasi ini, siri OPPO Find X3 Pro menetapkan penanda aras baru, menawarkan paparan warna yang menawan dan perincian terbaik.

Selain itu, skrin siri OPPO FindX3 juga mendapat pengiktirafan HDR10+, memastikan ketepatan warna luar biasa serta sokongan video HDR di YouTube, Netflix dan Amazon.

Paparan peranti ini juga hadir dengan kadar segar semula 120Hz, membantu meningkatkan jangka hayat bateri daripada generasi sebelumnya serta menjimatkan penggunaan tenaga dengan lebih efisien.

Setakat ini, ciri ketara yang membezakan paparan siri OPPO Find X3 berbanding peranti lain di pasaran adalah kemampuannya memaparkan hasil rakaman gambar dengan kualiti satu bilion warna menerusi sistem kamera yang disebutkan sebelum ini.

Teknologi pengecasan pantas

Image

Satu lagi penawaran menarik untuk siri OPPO Find X3, peranti ini disertakan dengan dua sistem pengecasan iaitu pengecasan pantas tanpa wayar AirWOOC 30W dan pengecasan pantas berwayar SuperVOOC 2.0 65W. 

Bagaimanapun, pengecasan pantas tanpa wayar 30W AirVOOC menawarkan lebih fleksibiliti kepada pengguna. Berdasarkan statistik, bateri peranti sebesar 4500mAh dapat dicas penuh 100 peratus hanya dalam 80 minit. 

ColorOS 11.2

Image

Menurut OPPO, telefon pintar siri OPPO FindX3 Pro beroperasi dengan sistem ColorOS 11.2, berdasarkan Android 11. 

Kemaskini Color OS11.2 masih menawarkan paparan sama seperti versi sebelumnya, tetapi terdapat beberapa fungsinya yang lain ditingkatkan.

Antaranya, tetapan mod gelap baharu yang serasi dengan beratus aplikasi, disertakan tema Paparan Sentiasa Hidup yang boleh disesuaikan mengikut pilihan pengguna. 

Selain itu, kemaskini ini juga hadir dengan OPPO Relax 2.0, ciri ini membolehkan anda menggabung dan membuat campuran bunyi menggunakan koleksi bunyi latar mengasyikkan dari bandar di seluruh dunia. 

Dari segi keselamatan, Color OS11.2 menyokong ciri dinamakan System Cloner, membahagikan telefon menjadi dua profil berasingan. Setiap profil memerlukan kata laluan yang berbeza, memastikan privasi data pengguna berada pada tahap maksimum.

Secara keseluruhan, terdapat lebih banyak penambahbaikan dalam sistem baharu ini, termasuk kelancaran program, lebih banyak mod intuitif untuk aplikasi kegemaran dan banyak lagi.

Bahagian paling menarik mengenai FindX3 Pro, OPPO telah bekerjasama dengan pakar kesan bunyi Hans Zimmer, komposer pemenang anugerah untuk membuat nada dering, pemberitahuan dan penggera.

Image

Pra tempah Find X3 Pro bermula sekarang sehingga 8 April untuk menerima hadiah  berjumlah RM1,935 termasuk satu unit OPPO Enco X, pengecas tanpa wayar, kerangka telefon Kevlar tambahan, lanjutan Jaminan Setahun dan lindungan kerosakan skrin dan satu tahun servis Cloud HeyTap dengan storan percuma 1TB.

Anda boleh membuat pra tempah untuk OPPO Find X3 Pro 5G melalui 15 cawangan My OPPO Space terpilih & cawangan OPPO, cawangan atas talian rasmi OPPO, rakan E-Comm dan rakan Telco. Jualan pertama OPPO Find X3 Pro akan bermula pada 19 April. 

Dapatkan sekarang! 

Image

Dengan pelbagai penawaran serba baharu, OPPO Find X3 diyakini menjadi penanda aras baharu untuk telefon pintar kelas mercu di tahun 2021. 

Siri OPPO Find X3 hadir dalam dua kemasan warna memukau iaitu warna hitam yang berkilat dan warna biru matte.

Sumber : Berita Harian



Filter
OPPO Find X3 Pro 5G, Kamera Satu Bilion Warna Pertama Di Dunia - Saiful Nang Academy
OPPO Find X3 Pro 5G, Kamera Satu Bilion Warna Pertama Di Dunia - Saiful Nang Academy