Teknik Scammer Terbaru Di Shopee, Jual Kotak Buat Orang Tertipu

Sekarang ini pelbagai cara orang buat untuk mendapat duit dengan mudah. Salah satunya adalah scammer.

Yang terbaru, heboh berkenaan dengan scammer yang menjual kotak yang tidak berisi di platform jualan barang online yang terkenal iaitu Shopee. Teknik baru yang mereka gunakan sangat licik sehinggakan pembeli tidak sedar sebenarnya mereka bakal ditipu.

 

Berikut adalah helah yang digunakan scammer ini:

1. Contoh harga barang yang diletakkan RM800, pembeli akan ingat harga termasuk dengan isi dalamnya.

2. Mereka akan iklankan barang yang ada di dalam kotak tersebut.

3. Ayat " Origional box" akan diletakkan dibahagian hujung agar pembeli tak akan perasan.

4. Apabila pembeli sudah melakukan pembelian, scammer ini akan menukarkan ayat asal pada iklan tersebut dengan menambah "box only". Tak nampak lah macam mereka menipu. Licik, kan cara mereka ini.

Pelajarannya, barang apa sekalipun yang nak dibeli di atas talian, pengguna itu sendiri perlu bijak menilai. Baca setiap butiran yang ditulis. Jangan baca setakat yang ada di gambar sahaja.

Ambil masa untuk semak review atau penilaian pengguna lain terhadap seller tersebut. Tengok berapa rating yang diberikan pembeli kepada seller tersebut.

Nak lebih yakin, boleh chat dengan seller tersebut. Kalau nampak was-was tak perlu lah teruskan pembelian.

Jadilah pengguna dan pembeli yang bijak.

Kalau kita nak jualan tinggi dalam Shopee tak perlu buat scam macam ini. Salah satu caranya kita upload gambar dan video produk kita cantik-cantik. Orang tengok gmbar kita cantik, terus terbeli tanpa sedar. Kalau nak belajar cara ambil gambar produk dengan phone tapi cantik macam professional, elok masuk kelas di bawah ini: 


Sumber: PC Gaming Community Malaysia


Related Posts

Upload Video Cara-Cara 'Flush' Tandas Dapat 40,000 Views Dan Dapat Gaji Dari YouTube
Upload Video Cara-Cara 'Flush' Tandas Dapat 40,000 Views Dan Dapat Gaji Dari YouTube
Antara jenis video yang sentiasa mendapat tontonan di dalam Youtube adalah video "How To (tutorial)" / Cara-cara (unt...
Read More
Cara Online Seller Buat Iklan Di Dalam FB Group
Cara Online Seller Buat Iklan Di Dalam FB Group
Bagaimana jadikan marketing kita bertukar dari kuantiti kepada kualiti. Marketing yang beKUALITI adalah marketing den...
Read More
ShopeeFood : Lagi Aplikasi Penghantaran Makanan Bakal Dilancarkan Di Malaysia
ShopeeFood : Lagi Aplikasi Penghantaran Makanan Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Shopee yang sudah dikenali ramai adalah antara laman web eDagang terbesar di Malaysia. Dengan pelbagai pilihan barang...
Read More

Filter
Teknik Scammer Terbaru Di Shopee, Jual Kotak Buat Orang Tertipu - Saiful Nang Academy
Teknik Scammer Terbaru Di Shopee, Jual Kotak Buat Orang Tertipu - Saiful Nang Academy