4 Cara Pastikan Produk Kita Laku Keras di Shopee

Belajar bagaimana akaun peniaga online di platform online shopping seperti Shopee, jarang ditutup sebab sentiasa ada pelanggan.
.
Pada musim kita masih lagi tak dapat bergerak jauh dari tempat tinggal ni, masih ramai yang buat aktiviti online shopping. Selain elak dari kena penyakit berbahaya, lebih jimat dari segi kos perjalanan jika nak dibandingkan dengan physical shopping. Kita tak perlu bayar kos petrol, kos parking, tak perlu penat-penat berjalan ke shopping complex dan macam-macam penjimatan boleh dibuat dari hujung jari sahaja.
.
Sebab itu sampai sekarang, platform online shopping seperti Shopee, Lazada dan lain-lain jarang ditutup akaun peniaganya sebab sentiasa ada pelanggan. 
.
Tapi, akaun peniaga Shopee yang 'aktif jualannya' mesti guna 4 tips utama ini:
.
1. PENERANGAN PRODUK YANG LENGKAP
Siapa suka kalau yang ada dalam paparan, sekadar nama produk dan gambar sahaja. Tambahkan info tentang kelebihan produk, jenisnya, harganya dan pelbagai lagi.
.
Bakal pembeli ni kebanyakannya memang suka 'cuci mata' dulu. Dia akan browse akaun-akaun yang menawarkan penerangan produk yang jelas dan memudahkan mereka untuk tahu maklumat lengkap produk, sebelum mereka tentukan langkah seterusnya - nak beli atau tidak.


Macam gambar strawberry ni, lagi-lagi kalau jenis makanan yang mudah rosak jika tak diuruskan dengan betul, bakal pelanggan perlu tahu saiznya, jenisnya, harganya, berapa lama diperlukan jika mereka nak tempah, bagaimana pemungkusan dan macam-macam lagi.
.
Barulah mereka YAKIN nak tempah, sebab YAKIN, strawberry segar yang ditempah, akan sampai ke tangan mereka dalam keadaan elok dan belum busuk lagi. 

 2. REVIEW BAGUS
Testimoni pelanggan juga amat penting. Boleh jadi 'bullet' tambahan dalam strategi pemasaran berkesan. Bakal pelanggan lebih percaya dengan testimoni / review bagus terhadap produk jualan kita.
.
Siapa tak nak beli kalau dah ada review bagus dan bukan hanya 1 sahaja testimoni tapi boleh ditambah dari semasa ke semasa. Bakal pembeli takut tertipu dengan scammer. Jadi sebagai penjual, kena yakinkan mereka supaya mereka ada KEPERCAYAAN terhadap kita dan produk kita.


Sekarang ni macam-macam cara penjual dan pembeli boleh buat untuk mantapkan lagi 'marketing bullets' ni. Selain kongsi gambar testimoni pelanggan macam ini, boleh juga buat dalam bentuk video / gambar di semua platform socmed rasmi / tak rasmi kita. Macam kakak kita ni, dia kongsikan video dan testimoni, bertambah tempahan yang dia terima, berbanding sebelum ni.

3. GAMBAR CANTIK, JELAS DAN MEYAKINKAN
Nak jual makanan ringan sihat, tapi tak macam sihat, siapa yang akan percaya. Lepas tu, dalam copywriting ada sebut sedap / menyelerakan, tapi tak nampak sedap pula dalam gambar. Rugi sebab tak dapat tambat hati (dan perut) bakal pelanggan. Kan 'dari mata turun ke hati', membawa ke poket dan perut bakal pelanggan.
Gambar produk wajib cantik. Tak cantik, tak jelas, tak meyakinkan, orang tak nak beli. Mujur sekarang ni, guna smartphone harga RM400 pun dah boleh ambil gambar cantik. Edit sikit guna editing apps percuma, dah boleh hasilkan gambar produk yang menarik. Tips banyak boleh kita dapat dalam pelbagai platforms. Boleh tambah ilmu dalam kelas-kelas online juga.
.
4. TAMBAH VIDEO YANG MENARIK
Secara normal, orang memang suka melihat media yang dynamic dan bukan hanya yang statik. Kalau tengok gambar statik tak bergerak-gerak, kalau tak beriya, tak nak ditengoknya kan?
Tapi kalau ada iklan menarik dalam TV / FB / IG / YT / TikTok dan sebagainya, lama mata kita 'lekat' dengan iklan tu. Lagi-lagi kalau dalam video tu cukup sifat, cukup menarik untuk kita tonton.
.
Sekarang dah lagi mudah sebab walaupun guna smartphone, dah boleh shoot dan edit video dalam sekejapan. Tak perlu tunggu berminggu pun. Sebab tu industri ada semakin ramai content creators dalam dunia ni. Nak dapatkan pendapatan dari platform seperti dari YouTube pun dah mudah sangat-sangat. Janji ada ilmu, gunapakai ilmu tu, istiqomah / consistent upload contents, makin lama makin berkembanglah profession content creators tu dan akaunnya.
Tips hasilkan video produk macam yang team PhotoSunday buat ni pun sangat membantu terutamanya bagi yang nak mulakan minat sebagai content creator atau peniaga produk.
.
Shoot foto / video pakai smartphone yang Cikgu Akhmal Ashraff bawa ke hulu-ke hilir tu je. Gambar-gambar, boleh juga digunakan dalam video nanti yang kita boleh edit guna video editing apps percuma je, dalam smartphone kita.
Tahu tak kenapa di YouTube, video-video ASMR kebiasaannya ada ramai viewers? Sebab mereka SUKA lihat video dengan audio effect yang menggeramkan dan menggamit mereka nak makan, nak tempah, nak beli dan sebagainya. Barulah lagi laju produk jualan kita di Shopee jadi laris. Kalau sekadar gambar kan tak cukup. 
.
Macam video Pepsi ni. Simple saja nak hasilkan kalau dah tahu caranya. Jual apa pun kalau kena gayanya, boleh terus nampak lebih eksklusif. Silap-silap, boleh upgrade harga produk 10 kali ganda!
Di sebalik tabir pembikinan video Pepsi oleh Cikgu Akhmal Ashraff. Kita boleh guna apa yang ada, dan jika mahu, boleh tambah aksesori untuk bantu mantapkan lagi video produk kita di Shopee nanti. Ada smartphone, kain hitam, sumber cahaya yang baik pun dah OK. .
Semua ini perlukan ILMU. Mahu tak mahu saja.
.
NAK BELAJAR CARA BERKESAN MENGIKLAN DI PLATFORM MASING-MASING GUNA SMARTPHONE SENDIRI?
.
Boleh tambah ilmu dalam kelas-kelas di bawah pakej-pakej dan jimat antara RM40 - RM420. Tekan gambar-gambar untuk pilihan kelas / pakej dan pendaftaran.

Related Posts

6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB sebelum ini.Facebook, Instagra...
Read More

Filter
4 Cara Pastikan Produk Kita Laku Keras di Shopee - Saiful Nang Academy
4 Cara Pastikan Produk Kita Laku Keras di Shopee - Saiful Nang Academy