Bagaimana Facebook Ads Buat Jualan RM100 Jadi RM20K Sehari Untuk Peniaga Warung
Saya berniaga di kawasan taman dan daerah saya je, perlu ke Facebook Ads?
PERLU, kenapa?
Wajib baca kepada semua homebaker, tokey restoran, peniaga warung.
Contoh mudah faham :
Azli dia berniaga roti dan donut di Pandan Mewah, tapi semenjak PKPB jumlah pelanggan yang datang ke kedai menjunam 80%. Tetapi Azli bijak, dia tidak menunggu rezeki semata-mata, sepanjang PKPB dia ubah cara perniagaannya dengan fokus kepada "Bungkus" dan delivery ke rumah.
Tetapi cabarannya, bagaimana nak beritahu orang di sekitar Pandan Mewah, Pandan Indah, Taman Muda, Taman Shamelin Perkasa, Pandan Perdana tahu tentang donut Azli ?
Azli tak mengalah dengan cabaran yang ada, Azli gunakan Facebook Ads dan fungsi Drop Pin dengan radius 10 km untuk memastikan orang di sekitar kawasan Azli tahu Azli sekarang dah jual roti dan donut online dan boleh buat delivery ke rumah terus.
Belajar buat iklan di Facebook dengan kos yang rendah. Banyak yang boleh dijimatkan jika kita tahu cara-caranya. Jom belajar online dengan kami. Boleh klik sahaja gambar untuk sertai kelas. Jika daftar Pakej Usahawan Online; kami berikan kelas FB Ads ini secara percuma sahaja.
Salah satu fungsi paling menarik di dalam Facebook ads adalah bagaimana kita boleh mensasarkan iklan kita mengikut lokaliti yang kita mahu.
Azli tak perlu buat Facebook ads sasarkan 1 Malaysia, roti dan donut dia bukan boleh sampai Melaka.
Azli juga buat Facebook Ads dengan targetting yang betul supaya tak lah iklan lalu di Facebook page warga asing dan juga fake accounts.
Budget pun tak perlu besar, ikut keupayaan masing- masing. Paling penting, iklan mesti PADU dan Sasaran mesti TEPAT.
Inilah salah satu kelebihan Facebook Ads.
Dulu pengiklanan hanya boleh dibuat oleh syarikat besar di TV. Kini, walaupun berniaga warung di tepi jalan kita boleh buat iklan yang berkesan kepada TV baru kita, iaitu Facebook.
Kita menghabiskan lebih banyak masa di Facebook berbanding TV. Lebih baik buat iklan di Facebook.