Surirumah ini Manfaatkan Smartphone Sampai Dapat Sales Bulanan 10 Kali Ganda

Ini kisah Puan Azie Marzuki, salah seorang surirumah, penuntut dan pengamal ilmu tegar dalam bidang marketing dan sales. Apa yang bakal dikongsikan mungkin tak sama dengan perjalanan hidup orang lain, tapi diharapkan ada yang mendapat manfaat darinya.


Sebagai seorang surirumah, beliau berusaha menambah ilmu dalam memaju dan memasarkan bisnes kek Mamasab yang diceburinya. Berdikit-dikit ilmu dicari dan diamalkan secara konsisten sehingga nampak hasilnya. Dulu ratus-ratus ringgit sahaja salesnya, tapi semenjak tambah dan amalkan ilmu, sales meningkat 10 kali ganda dalam masa tak sampai pun setahun.

.
Walaupun asalnya malu-malu, tapi beliau tetap teruskan dengan perkongsian harian melalui video-video live dan rakaman, gambar-gambar dan poster serta segala macam informasi untuk bakal pelanggan dan downlinesnya tahu dan ikuti. 

Kalau beliau tak tahu, dia cari guru. Yang penting, Puan Azie juga tak kedekut ilmu. Ilmu bisnes, marketing, sales, foto, video, poster, buat live dan macam-macam lagi dia kongsikan kepada semua di page peribadi beliau juga. 

 Gambar produk kalau mampu buat orang geram, bermaksud senjata pemasaran menggunakan gambar Puan Azie ni berjaya mencapai tujuan. Makin cantik gambar produk, makin laris jualan.

*Gambar dari HQ Mamasab

Ilmu nak shoot gambar-gambar produk pun beliau gali walaupun hanya guna smartphone sendiri. Yang penting pada beliau, "guna apa yang ada di tangan dan bukan di angan-angan". Nak maju jangan fikir nak lengkap peralatan baru nak mula. Mulakan dengan apa yang sedia ada dan manfaatkan sebaiknya.

Semua yang gurunya ajarkan, dia buat dengan yakin. Walaupun mula-mula dulu tak menepati standard lagi, tapi sekarang sudah jadi level 'sifu' kepada anak didik yang di bawah pemantauannya.
Dari live di FB ke sesi live Zoom dah pun dikuasainya kerana perkongsian ilmu sememangnya boleh buat bakal pelanggan yakin dengan produk yang dipasarkannya. 

Beliau tunjukkan dengan yakin kelebihan produk jualan, melalui video, gambar, poster dan semua info berkaitan yang boleh memajukan bisnes kita. Ada produk, beliau ambil gambar dan boleh juga gunakan dalam poster produk yang dipasarkan beliau dan team. Mudah, sebab semuanya ada di sekeliling mereka sahaja dan boleh jadi senjata pemasaran yang baik. 

Banyak gambar sendiri boleh dihasilkan selain menggunakan gambar yang disediakan pihak HQ 

*Gambar dari HQ Mamasab

.

Tak apa kalau mula-mula gambar yang kita hasilkan tak sempurna. Sebab itu usaha tambah dan amal ilmu memang perlu. Memang nampak sangat perkembangan dan kemajuan yang dicapai, seperti yang dikongsikan dalam posting Facebook beliau:

"Dulu masa kak Azie mula join Mamasab, seriously tak reti pasal marketing & sale. Kulit muka ni nipis sangat nak cerita pasal apa yang akak jual.
.
Tapi alhamdulillah, lepas belajar dan terus buat praktikal selama 11 bulan, ketara peningkatan skill hidup yang baru dalam diri akak.
.
Lagi best bila ter"unlock" juga leadership skill. Part ni masih banyak kena belajar. Apapun, alhamdulillah untuk pengalaman yang awesome dalam Mamasab 😍.
.
Dan paling best bila kulit muka ni makin tebal untuk berbisnes.
Nak tahu apa rahsia akak? Takde rahsia pun. Keep improve diri je. Satu persatu potensi kita akan ter'unlock'."
.
Memang betul apa yang dikongsikan. Tak usaha dan tak cuba, tak akan ke mana-mana. Ada ilmu yang dimanfaatkan, semua boleh jadi. Kita, mcam mana? Semoga dengan penambahan ilmu dan usaha yang padu, kita semua boleh meningkatkan lagi jualan harian / bulanan, berganda-ganda macam Puan Azie kita ni. Tahniah! Alhamdulillah.
.
Jom ikut cemerlang macam Puan Azie ni. Boleh mulakan dengan sertai kelas-kelas yang boleh menambah ilmu di link pada gambar-gambar.


Filter
Surirumah ini Manfaatkan Smartphone Sampai Dapat Sales Bulanan 10 Kali Ganda - Saiful Nang Academy
Surirumah ini Manfaatkan Smartphone Sampai Dapat Sales Bulanan 10 Kali Ganda - Saiful Nang Academy