Bagaimana Nak Dapatkan Sales Berganda-ganda Walaupun Ada Ramai Pesaing Di Dalam Pasaran
Setiap peniaga pasti ada cara tersendiri dan unik untuk 'menampakkan' perniagaan mereka pada orang ramai walaupun kita menjual barang yang sama.
Ikuti perkongsian daripada Chef Ritzuwan, mengupas berkenaan dengan kaedah terbaik dalam memasarkan sesuatu barangan.
Apa kita nak buat bila ada produk yang sama di pasaran dengan produk yang kita jual?
Ni antara soalan yang selalu bermain di fikiran saya. Ye la kan, bila buat bisnes bukan kita seorang saja yang meniaga, orang lain pun meniaga. Kekadang tu produk pun sama.
Kita buka stall burger, selang dua tiga meter lepas tu pun ada rakan kita yang buka stall burger. Guna patty burger brand yang sama, sos sama , roti burger juga sama.
Jadi apa beza kita dengan pesaing?
Ini yang kita boleh belajar dari syarikat-syarikat besar contohnya McDonald's (produk burger)
BRANDING & MARKETING
Branding ialah perspekrif terhadap bisnes kita. Bila nampak simbol M, warna merah dan kuning kita dah boleh bayangkan keceriaan dan keenakan burger dari McDonald's.
Aspek kebersihan dan kualiti produk juga diberi keutamaan.
Cuba kita aplikasikan ilmu branding dalam perniagaan kecil kita. Stall burger yang bersih dan cantik, pekerja dengan uniform yang seragam dan ada SOP yang sistematik. Rasa burger yang tetap sama walaupun dibuat oleh pekerja yang kurang berkemahiran.
Mana tau ada syarikat bumiputera kita yang boleh bersaing dan setanding McDonald di peringkat antarabangsa. InsyaAllah.
Lagi satu ialah marketing. Kalau tak buat marketing orang tak kenal produk kita. McDonald yang dah terkenal pun masih lagi jalankan marketing secara berterusan.
Sekarang ni ramai usahawan yang buat marketing mengunakan sosial media. Seperti facebook, instagram dan tiktok misalnya.
Saya sokong sebab mudah dan menjimatkan! Tapikan di sosia media ada seni yang kita perlu belajar. Orang sekarang tak suka baca iklan kan?
Kalau rakan fb nampak kita posting iklan, cepat-cepat dia scroll ke bawah!
Jangan kecik hati, ada cara nak buat iklan tapi tak nampak macam iklan.
Copywriting, gambar dan video antara ilmu yang kita perlu belajar ‘berperang’ di sosial media.
Saya sangat sarankan rakan-rakan join dan invest untuk Kelas Smartphone Photography.
Dan dan Badai online Marketing dari Saful Nang Academy (SNA). Untuk kelas Badai Online Marketing boleh join terus sebabkan rakaman.
Semoga jihad kita dalam perniagaan buatkan kita lebih dekat dengan Maha Esa. Wallahualam.
Kredit: FB Ritz The Baker