4 Step Mudah Naikkan Jualan Kuih Raya Dengan Facebook Ads Untuk Semua Homebakers

30 hari lagi sebelum kita semua nak masuk ke bulan Ramadhan. Sepatutnya sekarang marketing dan pengiklanan produk jualan kita dah bermula. Jangan bulan puasa dah masuk baru kita kelam kabut nak buat marketing, masa tu dah terlambat sebab pesaing kita yang lain semua dah terima pre-order berkepuk-kepuk.

Kami nak kongsikan step by step buat Facebook Ads dengan mudah. Online seller yang berniaga dari rumah pun boleh praktikkan dengan mudah dan tak pening kepala. Ads ni penting sebab dengan algoritm Facebook yang terbaru, hanya dengan buat FB Ads ni baru posting kita akan reach yang tinggi. Bila reach tinggi, maksudnya posting kita dah lalu kat ramai potential customer. Semakin ramai potential customer kita, semakin tinggi la peluang untuk kita buat jualan. Mudah kan? 

Sebelum apa-apa, pilih dulu posting mana yang kita nak buat ads. Klik Boost Post (seperti dalam kotak merah). 

Bila dah klik Boost Post, begini lah page yang akan keluar di screen kita. 

STEP 1: AUDIENCE 

Facebook ada menyediakan beberapa pilihan audience untuk kita pilih berdasarkan siapa yang kita nak target. Jika followers kita ramai, kita boleh pilih option 'People who like your Page and their friends'. Tapi jika followers kita tak ramai, boleh pilih option 'People you choose through targeting'. Okay bila dah pilih salah satu option, click simbol pensel tu untuk edit. [PENTING, JANGAN TERTINGGAL STEP NI].

STEP 2: SET GENDER, AGE DAN LOCATION

Bila dah click untuk edit, akan appear begini. Kita boleh pilih kita nak iklan kita ni keluar kat Facebook user antara range umur berapa. Jika kita jual kuih raya, kita pilihlah wanita berumur 30 hingga 60 tahun sebab kebiasaannya kategori umur begini yang lebih cenderung untuk menyediakan persiapan raya. Yang lelaki jarang kita nampak sibuk-sibuk beli kuih raya kan? Sebab yang lebih dominant untuk buat keputusan begini ialah isteri-isteri dan ibu-ibu.

Another tips, kita pun boleh pilih locality kawasan perniagaan kita. Locality ni penting especially jika produk kita tak boleh di pos. Bila kita letak certain location seperti contoh di atas, bermaksud iklan kita akan keluar kepada penduduk di kawasan-kawasan itu. Make sure location yang kita letak tu kita boleh buat delivery ya. Rugi kos iklan kalau letak location tapi kita tak boleh delivery. 

 

STEP 3: DETAILED TARGETING

Kemudian, kita juga boleh pilih targeting kita. Siapa yang kita nak iklan kita appear di page mereka? Ada banyak category yang boleh dipilih antaranya:

i. Demographics: tahap education, kewangan (income), relationship status, pekerjaan
ii. Interests: Apa minat dan hobi target market kita? Memasak? Makanan? Games? Fitness? Semua data ini kita boleh masukkan juga di bahagian ini. 
iii. Behaviours: Behaviours ni pula lebih kepada digital footprint target market kita. Contohnya seperti mereka scroll FB guna device apa, digital activities, politics

STEP 4: SET BUDGET IKLAN

Selalu yang ini kita terlepas pandang dan tersilap masukkan amount. Tengok gambar di atas, kita perlu pastikan: 

i. Berapa lama dan berapa hari nak buat ads 
ii. Pastikan tarikh akhir iklan tally
iii. set TOTAL BUDGET. Jika nak letak iklan sehari RM50 jadi total ads selama 5 hari ialah RM250

Di bahagian kanan tu kita boleh baca analisis yang FB keluarkan. Dengan kos yang kita letak, berapa banyak potential reach yang kita boleh dapat. Jika kita rasa tak cukup, kita boleh naikkan budget. 

Dah selesai semua dan dah double check semua info yang kita masukkan, boleh lah click Boost Post Now. 

SETTLE! 

Satu lagi tips yang kami nak kongsikan, sentiasa pantau ROI iklan kita. Jika iklan kita tak dapat pulangan yang diharapkan, tukar targeting dan on kan semula iklan. Jika pulangan tinggi, boleh re-do semula iklan dan naikkan budget. 

Selain tu, rahsia nak dapatkan KOS IKLAN YANG RENDAH dan BERKESAN ialah dengan menggunakan gambar dan video yang menarik. Jika kita jual kuih raya atau makanan, paling penting gambar kena berjaya buat orang craving dan menggiurkan. Gambar cantik sahaja tak cukup. Penggunaan video juga boleh kurangkan kos ads kita. Video pula seeloknya duration minimum dalam 3 minit. Video yang powerful dan menarik boleh jadikan kos iklan serendah RM 0.01 sen per 3 secs view. 

Jom lah belajar dengan kami bagaimana nak hasilkan gambar dan video yang menarik dan berjaya buat potential customer serahkan duit kat kita. Sempat lagi nak upgrade ilmu sebelum kita 'berperang online' di bulan puasa. Boleh klik di gambar untuk mendaftar. 

 


Related Posts

3 Cara Jana Pendapatan Pasif Sepanjang PKP Ini Hanya Dengan Gunakan Smartphone
3 Cara Jana Pendapatan Pasif Sepanjang PKP Ini Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Yep. Kita PKP lagi. Ada yang kecewa, ada yang marah. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang kena potong gaji, ada usahaw...
Read More
Aplikasi Clubhouse Versi Android Sudah Boleh Dimuat Turun
Aplikasi Clubhouse Versi Android Sudah Boleh Dimuat Turun
Clubhouse akhirnya dilancarkan kepada pengguna telefon pintar Android di Malaysia. Pada mulanya ditawarkan di pasaran...
Read More
10 Idea Kenalkan Perniagaan Secara Online Menggunakan Google Business
10 Idea Kenalkan Perniagaan Secara Online Menggunakan Google Business
BACA SAMPAI HABIS KALAU NAK GRAB HARGA RM 150 UNTUK 6 KELAS BISNES YANG KAMI TAWARKAN. JIMAT RM 420 YER SEMPENA PKP N...
Read More