5 Rahsia Copywriting Yang Boleh Buat Sales Naik Mencanak Walaupun Berniaga Dari Rumah!

Bila kita bercakap berkenaan penulisan ramai yang tak berapa ambil kisah bab ni sebab sanggup spend mahal-mahal dengan FB ADS sampai ada sesetangah usahawan menyesal sebab tak balik modal dan end up dengan kos yang lebih tinggi berbanding untung.

Perlu kita faham algorithm FB yang semakin lama menyekat posting kita daripada pergi jauh supaya kita perlu spend lebih banyak untuk ikaln Facebook. Jadi bila dah tahu macam tu jangan pula kita buat penulisan yang memboringkan dan tiada unsur memujuk (persuasive). Bila tiada unsur memujuk dalam penulisan, susah untuk kita convert kan pembaca kepada prospek dan dari prospek kepada pembeli.


Testimoni peserta yang menyertai kelas Facebook Ads Impak Tinggi dan Copywriting Membelah Langit.


Cuba fahamkan 5 TIPS di bawah kalau nak sales naik mencanak dengan penulisan yang berkesan :

1. BUAT HEADLINE YANG SPESIFIK 

Headline ni biasanya berada di permulaan ayat sesebuah copywritting. Kita kena tahu siapa target market kita misalnya suri rumah, golongan muda atau yang sudah berusia, boleh jadi juga prospek yang berada di luar negara. Apabila HEADLINE kita lebih terarah barulah ada hala tuju dan posting kita tepat ke arah sasarannya.

Takkan nak jual tupperware tapi headline target kepada golongan umur 20an pula kan. Tak sesuai sebab orang muda tak minat lagi nak kumpul tupperware ni. Sebaiknya headline kita target kepada suri rumah dan juga golongan ibu. 

Jadi sebelum kita buat copywriting pentingnya untuk kita kenal siapa target market kita dan paling penting produk kita itu sesuai untuk siapa. Product knowledge juga sangat penting sebab supaya kita tidak berniaga secara rambang dan tiada hala tuju.

2. GUNAKAN ISU SEMASA

Isu semasa yang berlegar-legar di media sosial terutamanya memang boleh dijadikan sebagai salah satu content kita. Contohnya kita boleh buat ulasan berkenaan isu tersebut dan kaitkan dengan produk/servis yang kita tawarkan. Semua tahu kan, kalau satu hari tu ada isu Neelofa (CONTOH SAHAJA) habis semua platform media sosial nak bercerita pasal isu tu. Jadi why not kita ride the issue daripada sudut pandangan tapi janganlah sampai memfitnah yang bukan-bukan. Sebagai usahawan kita perlu tahu peredaran isu semasa dan trend di media sosial dari semasa ke semasa kerana semua manusia sukakan sesuatu yang fresh dan UPDATED. Lagi2 BAWANG ARMY yang sentiasa bersedia di hadapan keyboard masing2.

DAFTAR KELAS COPYWRITING DI SINI:



     
3. CONTENT YANG FRESH DAN BERTERUSAN

Online dan offline seller, jangan asyik buat copywriting yang menjual sahaja. Perlu juga ada content seperti Trivia. Contohnya:
- 4 cara untuk jaga kereta berusia 5 tahun ke atas
- 5 tips OOTD untuk nampak kurus 
- 5 kebaikan makanan sunnah

Info-info sebegini rupa juga boleh menarik minat orang ramai untuk membaca dan untuk mereka share. Paling penting bila kita buat perkongsian seperti ini, jangan lupa untuk selitkan iklan di bahagian tengah dan penghujung penulisan. Sebab apa? Supaya penulisan kita yang viral itu tadi tidak terbazir begitu sahaja.

Bayangkan content kita itu tiba-tiba viral dan dari situ kita boleh dapat 4 perkara iaitu:

1) Brand awareness
2) Sales
3) Followers
4) Naikkan organic engagement di FB page

4. PENGGUNAAN BIG STOPPER DALAM POSTING

Gambar atau video yang digunakan kena POWER. Gambar kalau hambar dan gelap memang orang tak minat nak baca. BIG STOPPER kena MENARIK sebab FB dan IG user bila mereka scroll timeline, mereka akan scroll dengan laju. TAPI bila kita guna gambar yang WOW, itu akan membuatkan mereka berhenti scrolling dan baca copywriting kita. 

Tak semestinya gambar, poster pun boleh dikira sebagai big stopper juga. Poster pula jangan lah buat caca marba dan menggunakan design yang serabut. Nak buat poster pun ada caranya, nak pilih gambar pun tak boleh main pilih je.

Secara mudahnya big stopper kena jelas, terang dan tak gelap. Pilih gambar yang mempunyai warna-warna yang terang/ceria dan mampu menarik orang untuk baca content kita sampai habis.

POST INSIGHT POSTING YANG BERKESAN :

        

5. JOIN KELAS COPYWRITING DENGAN REAL BUSINESS OWNER

Kami sendiri sebagai usahawan kepada 15 perusahaan memang menggunakan content copywriting untuk mendapatkan followers dan juga jualan. Jadi pada hari Sabtu ini kami ingin curahkan segala ilmu-ilmu copywriting sepanjang kami berniaga. Sepanjang PKP ini kami ingin membantu semua usahawan online dan offline dengan menawarkan 3+1 kelas bisnes pada harga RM 150 sahaja. Pakej ini kita bagi sekali PERCUMA KELAS FACEBOOK ADS IMPAK TINGGI. 

Berikut kelas yang ditawarkan :

1. KELAS COPYWRITING MEMBELAH LANGIT
2. KELAS FACEBOOK ADS IMPAK TINGGI (PERCUMA)
3. KELAS POSTER IKLAN GUNA FB
4. WHATSAPP LOCK

KLIK SAHAJA PAKEJ USAHAWAN DI BAWAH UNTUK MENDAFTAR




Related Posts

6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB sebelum ini.Facebook, Instagra...
Read More

Filter
5 Rahsia Copywriting yang boleh buat sales naik mencanak walaupun berniaga dari rumah! - Saiful Nang Academy
5 Rahsia Copywriting yang boleh buat sales naik mencanak walaupun berniaga dari rumah! - Saiful Nang Academy