Bagaimana Usahawan Online Boleh Belajar Dari Strategi Pemasaran BTS

Macam mana kita boleh belajar dari kumpulan mereka ini dan kembangbiakkan jenama kita pula?
Tak, tak suruh pun kita jadi 'sebiji' macam mereka, terutamanya kalau kita bukan mahir di bidang yang sama. Boleh cuba GUNAPAKAI KONSEP yang mereka buat sejak kumpulan tersebut mula ditubuhkan.

Sebelum ini kecoh satu dunia penangan BTS meal ini. Di Malaysia, belum sempat sampai tahap ini lagi kan?

MACAM MANA KITA NAK JADIKAN JENAMA KITA SEBESAR MEREKA TAPI DENGAN KOS YANG JAUH LEBIH MENJIMATKAN?

Yang utama, bangunkan CONTENT dan COMMUNITY ENGAGEMENT.
1) Mereka bermula dari tak ramai, dari seorang kepada 7 orang ahli kesemuanya - SECARA BERPERINGKAT
2) Bermula pada tahun 2010 - sehingga sekarang sudah 11 tahun berada dalam industri - BINA JENAMA DULU
3) Selepas 3 tahun 'BERLATIH' dan TERUS BERLATIH, baru mereka hasilkan album pertama mereka.


4) Dalam proses latihan, keseluruhan persediaan dalam kemahiran nyanyian, tarian, imej di media sosial, pengembangan muzik dan produk sampingan seperti logo juga sentiasa DITAMBAHBAIK. Logo asal, bulletproof vest, dan sekarang sudah diubah kepada logo berupa pintu separuh terbuka dari dalam / luar yang membawakan konsep lebih 'mesra alam' kepada kumpulan tersebut / supporters mereka.


5) Mereka tubuhkan SUPPORT GROUP dengan gelaran ARMY sejak tahun 2013 lagi yang sentiasa di'sua'kan dengan apa yang supporters / fans mereka MAHU. Nak gambar / video hebat secara eksklusif, mereka sediakan. Nak produk-produk sampingan, mereka sediakan. Tapi perlu jadi AHLI ARMY secara sah terlebih dahulu. Ini salah satu cara mereka 'MENGIKAT KESETIAAN' setiap ahli, dan untuk menjadi ahli adalah sesuatu yang bukan mudah kerana perlu melalui beberapa proses.


6) Mereka tunjukkan yang mereka PEDULI tentang kewujudan supporters mereka. Jadi, tugas mereka jadi semakin mudah, 'tak perlu buat apa pun' sudah ada supporters yang akan lakukan 'pemasaran' untuk mereka. 
7) Mereka sentiasa BEREVOLUSI, melalui pengembangan bakat / imej / kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam dan di luar negara. Jenama-jenama besar lain pun bekerjasama dengan mereka SELEPAS mereka mencipta nama. Ini, menambahkan lagi kekukuhan jenama mereka di mata dunia.

8) Sasaran pihak label yang mengikat kontrak bersama mereka, berazam menjadikan jenama kumpulan ini sebagai 'superstars'. Jadi, SEMUA perkara yang diperlukan, mereka fikirkan, usahakan dan pastikan ADA HASIL. Mereka ada SASARAN YANG JELAS
.
Jumlah kos untuk penghasilan yang HEBAT, pastinya BESAR.
Kita mungkin tiada / belum ada kemampuan dalam kos yang besar seperti mereka. Jadi, PEMBANGUNAN CONTENTS dan COMMUNITY ENGAGEMENTS boleh kita gunakan sebagai gantinya.

Untuk kita, boleh kembangbiak jenama sendiri dengan konsep yang sama. Kita mungkin ambil sedikit masa (mana ada bisnes yang dalam sekejapan akan terus dapat hasil? Cepat naik, cepatlah juga menjunam kebiasaannya)

Ada orang pilih konsep 'marketing belon' - 'pam' duit banyak-banyak, ambil hutang besar-besar dan laburkan (atau leburkan) dalam pengiklanan di highway/billboard dan mana-mana platform milik orang lain. Tapi jenis ni sama macam belon jugalah. BILA TERLALU CEPAT MENGEMBANG, CEPAT JUGALAH BOLEH MELETUP. Habis bisnes terus, silap-silap terus dapat title BANKRUP.

SEBAB APA PEMBINAAN CONTENT & COMMUNITY ENGAGEMENT GUNA KOS PEMASARAN YANG LEBIH MENJIMATKAN?

Pertama, kita boleh gunakan cara yang lebih selamat, melalui contohnya pembinaan CONTENT.

Kita (Rarecation / RareTV - salah satu syarikat /platform kami) buat content dengan TRAVELOG. Video travelog ni dia boleh jalan sendiri tanpa kita kena 'tolak' dengan ads. Channel YouTube kami PhotoSunday juga gunakan konsep yang sama.

Kenapa? Kerana orang appreciate content.

Lagi-lagi kalau kita hasilkan contents yang menarik. Kita cuma 'tolak' guna ads content yg boleh berjalan secara organik ini untuk reach golongan sasar kita. Itu sahaja.

Kedua, COMMUNITY ENGAGEMENT.

Contohnya, dulu Saiful Nang bina platform forum fotografi berbahasa Melayu terbesar di Malaysia sebelum platform forum merosot selepas kedatangan FB. Setiap kali kelas Saiful Nang Academy, hari ni announce kelas, terus FULL. Tapi sebelum tu, kita KENA MEMBERI DAN MENYUMBANG DULU KEPADA KOMUNITI. Kalau dari hari pertama kita main iklan sahaja, lari lintang pukang orang. Mana ada orang suka iklan kan?


Sekarang, community engagement yang kami buat ialah melalui program GERAKAN PHOTOSUNDAY. Kita nak hidupkan balik budaya outing fotografi yang dulu pernah Saiful Nang buat dan dah lama tak buat.

Cuma, semenjak PKP yang tak pasti bila nak habis, kita fokus kepada pembangunan content secara online, melalui video-video di channel YouTube PhotoSunday dan RareTV pula. Kita perlu berkembang selari dengan peredaran masa dan keadaan.

Kalau nak tetap tegak berdiri semasa ribut taufan, boleh mati kena petir nanti. Jadi, ada masa, kita cari jalan, buat cara sedikit berbeza. Kita bina content yang memberikan manfaat kepada orang ramai. Kalau asyik publish iklan jer dan berderet-deret pula. Lari lah orang.

Bila dah buka support group, jangan pula diabaikan. Feed mereka dengan contents berguna juga. Nak majukan bisnes, majukan orang di sebalik bisnes kita tu. Bangunkan staff kita, bangunkan supporters kita. Bukan kita sedut hasil sahaja. Beri, beri, beri dulu. Tapi kena ingat, beri yang bawa hasil.

Sebagai contoh, kita beri Sesi Live Q&A 2 kali setiap bulan SECARA PERCUMA kepada semua peserta Kelas Fotowang berdaftar (kelas berbayar). Tapi, hasil dari kelas ada tambahan sesi live percuma, ada support group di telegram, ada page Faebook dan Instagram yang secara aktif kita bangunkan dan berkomunikasi dengan followers. Tambahan, channel YouTube dengan contents menarik sebagai tambahan.
Bukan sahaja kita, platform owner dapat manfaatnya, supporters/peserta kelas kita pun dapat hasilnya sama. Masuk kelas, dapat jual gambar. Masuk platforms, dapat ilmu tambahan percuma. 
Alang-alang memang tengah viral tentang BTS meal ni, siapa yang jual gambar berkenaan pun boleh dapat hasil. Kenyang dapat, duit jualan gambar pun dapat.

Dalam FB dan IG pun sama. Kita kena bantu bantu bantu bantu bantu orang nak ambil gambar cantik / nak buat video hebat, walaupun guna smartphone. Tak rugi bantu orang. Bila kita selalu bantu orang, bila sekali sekala kita lontar informasi tentang kelas-kelas yang kita adakan, laju orang menyambut. Kenapa?

Orang kenal kualiti kita. Jadi, banyakkan MEMBERI, kemudian banyaklah juga menerima. Dalam support group ini ada banyak perkongsian PERCUMA. 


Dalam bisnes cara orang miskin, tak boleh rakus. Kalau rakus, baik buat iklan sahaja. Belanja banyak-banyak dan confirm ada hasil. Kita buat konsep, pemasaran murah tapi sustainable.

Hari ni kita buat iklan di TVXXX, sampai 100 tahun pun dan kalau kita dah belanja 100 juta ringgit pun, TVXXX tetap bukan kita punya. Kan lebih baik dengan teknologi yang ada sekarang, kita bangunkan sendiri saluran kita.

Betul tak?

Bisnes tanpa hutang, bisnes tunai dengan kuasa tunai. Barang 1 Juta harga boleh dapat 800k. Orang berhutang bayar 1.5J. Bisnes cara orang miskin, dengan pemasaran yang bajet, tapi mendasar. Orang lain spend 30% revenue utk iklan dan promosi, kita siap dapat buat duit lagi dengan pengiklanan kita.

BTS tu pun buat macam inilah, mereka beri beri beri dahulu, selepas itu mereka dapat menuai hasilnya.

Nak tahu lagi tak cara pemasaran orang miskin tapi sebenarnya dia kaya? Daftar PAKEJ USAHAWAN ONLINE kami. Jimat RM200 bila daftar pakej pada harga RM150 sahaja. Kat situ pun kita dah jimat BANYAAAAAAAK.
.
Mulakan penjimatan dengan menekan gambar di bawah :


Related Posts

4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB sebelum ini.Facebook, Instagra...
Read More
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
2 bulan berturut-turut kelas bisnes online kami dihadiri oleh agent Thermomix untuk upgrade ilmu menjual mereka. Jadi...
Read More

Filter
Bagaimana Usahawan Online Boleh Belajar Dari Strategi Pemasaran BTS - Saiful Nang Academy
Bagaimana Usahawan Online Boleh Belajar Dari Strategi Pemasaran BTS - Saiful Nang Academy