5 Jenis Smartphone Yang Mempunyai Kamera Terbaik Tahun 2021
Antara ciri smartphone terbaik adalah mempunyai kelebihan pada kamera, jangka hayat bateri dan kemampuan melakukan pelbagai tugasan. Ada juga yang gemarkan skrin yang besar beserta dengan spesikasi terkini.
Jom kita review 5 smartphone terbaik setakat article ini ditulis.
5. SAMSUNG GALAXY NOTE 20 ULTRA
Mempunyai S pen yang ditambahbaik. Ditambah dengan camera yang versatile dengan 50x zoom dan autofocus sensor untuk mengurangkan kabur.
Dengan skrin besarnya, phone ini boleh dikatakan sebagai mini desktop dan game console. Note 20 Ultra ini boleh berfungsi baik dengan PC, laptop, dan membolehkan kita menggunakan Android apps di laptop seperti menerima notification, membuat panggilan dan banyak lagi. Sebab itu henfon ini dikatakan henfon yang terbaik dari segi produktiviti.
4. IPHONE 12 PRO
Salah satu sebab phone ini menjadi antara yang terbaik adalah kerana kameranya. Fungsi main sensor membolehkan lebih banyak cahaya. Fungsi night mode yang ada juga boleh digunakan pada ultra wide camera dan front TrueDepth camera. Lepas ni tiada masalah lagi untuk mengambil gambar pada waktu malam.
Dengan perlindungan oleh Ceramic Shield, phone case kita akan lebih terjaga jika terjatuh. Jangan lepas ni saja-saja jatuhkan pula ya..
3. SAMSUNG GALAXY S21 ULTRA
Merupakan handphone Samsung terbaik setakat ini. Dengan kelebihan skrin yang besar, memberikan kelancaran yang baik pada penggunanya. Namun yang paling menarik sekali adalah kamera dual telephoto dan keupayaan untuk zoom sehingga 100 kali bersama ciri Zoom Lock. Keseluruhannya, kualiti kameranya meningkat untuk fungsi portrait dan juga night mode.
2. ONEPLUS 9 PRO
Dikatakan smartphone terbaik setakat ini untuk peminat Android. Antara ciri terbaik adalah kameranya. Dengan bantuan sprecialist kamera Hasselblad, mampu menghasilkan foto yang menyerlahkan warnanya. Selain itu, kamera OnePlus 9 Pro juga telah meningkatkan sharpness, noise dan white balance camera belakang, white balance camera depan, zoom performance dan juga camera stability. Memang makin mantaplah gambar-gambar yang boleh dihasilkan bila guna smartphone ini.
Selain daripada itu, ia juga mempunyai pengecas yang sangat laju (wired mahupun wireless). Hanya perlukan lebih kurang 30 minit untuk mengecas. Cepat je battery kita akan full bila charge.
1. IPHONE 12 PRO MAX
Merupakan salah satu smartphone terbaik setakat ini dan ia sangat sesuai untuk mereka yang meminati skrin besar dengan capaian internet 5G. Yang menyerlahkan kehebatan handphone ini adalah ketahanan bateri sehingga 11 jam.
Seperti iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max juga mempunyai 3 rear camera namun kelebihannya adalah pada zoom, lebih baik dari iPhone Pro yang biasa. Smartphone ini juga terbaik dalam rakaman video yang menggunakan teknologi Dolby Vision, lengkap dengan sensor-shift stabilization. Inovasi yang pertama kali dihasilkan dalam pembuatan smartphone. Kalau nak tahu juga, main camera pada iPhone 12 Pro Max ini juga memiliki sensor 47% lebih besar berbanding main camera pada iPhone 12 yang lain.
Ha dah ada idea sikit henfon apa yang nak dibeli nanti? Lepas ni boleh la ambil gambar dan video banyak-banyak. Nak buka channel Youtube sendiri pun dah boleh. Gambar yang kita ambil lepas ni pun dah boleh jadi cantik juga (kalau tahu teknik yang betul ambil gambar lah). Nak belajar ambil gambar cantik-cantik boleh klik je di gambar kedua bawah ni.