Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami

Puas fikir content copywriting nak ditulis di Facebook. Masa senggang, dah macam ayam berak kapur. Terkebil-kebil. Bila dah dapat idea, cepat-cepat jot down points penting. Ye lah, kita ni kadang-kadang idea datang tak kena tempat; masa tengah masak lah, masa tengah stalk jiran lah, masa siram pokok bunga lah, atau kadang ilham datang masa tengah scroll social media. 

Dah bertenang sikit, kami pun duduk dan cantikkan semula point yang dah terfikir tadi. Tulis punya tulis, conversion rate pun masuk agak baik jadi nak iklan kan lah supaya posting kita tu boleh dapat lebih ramai reach.

Bila dah siap dan nak ads, sekali Facebook REJECT! Eh kenapa pulak ni? Ada langgar policy mereka ke? Dah betulkan semula copywriting, double check gambar kot kot la ada gambar yang tak mencapai piawaian Facebook ke.


Okay, rasa macam dah betul ni. Kami ads lagi sekali. Seminit dua lepas tu ‘TING!’ Notification masuk, ‘Your ads was rejected’. Ah sudahh kat mana lagi silap nya ni? Lepas baca rejection details yang Facebook bagi, kami pun tilik balik copywriting yang kami buat. Oh mungkin sebab perkataan ni. Kami pun delete dan tukar lain. Lepas tu ads kan semula dan ADS APPROVED!

Rupanya sebab ada perkataan JERAWAT yang melanggar salah satu policy Facebook. Jerawat ni jatuh di bawah kategori medical condition (including physical or mental health). Begitulah, Facebook semakin strict sekarang dengan policy yang kerap berubah-ubah. Gambar yang ada tulis nilai duit pun tak boleh di iklankan sebab Artifical Intelligence (AI) Facebook akan detect kita sebagai scammers atau menjalankan perniaagan MLM.

Ada yang pernah mengalami seperti kami?


Jika ada yang nak belajar cara bina iklan dengan mudah di Facebook dengan kami, boleh rujuk info lanjut di link ini.

Kalau yang berniaga di Instagram dan nak belajar cara tingkatkan sales, boleh rujuk info lanjut di link ini.

 



Filter
Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami - Saiful Nang Academy
Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami - Saiful Nang Academy