Siapa Usahawan/Content Creator Yang Tak Buat 'Reels' Lagi Dia Rugi

Perasan tak Instagram kita dah ada Reels, apa itu Reels ?

Reels adalah fungsi video yang sama macam TikTok yang di"tiru" oleh Facebook dan di masukkan ke dalam Instagram. Sama kes dengan Snapchat dan IG Stories.

Apa kelebihannya Reels berbanding Tiktok ?

1. Tak perlu berhijrah platform 
TikTok ada audience dia, Instagram ada audience dia. Jika kita sudah ada follower yang ramai di Instagram tak perlu nak bina follower semula di dalam Tiktok.

2. Organic Reach dan engagement tinggi
Sama seperti Tiktok, Reels juga dalam fasa "Growth" di mana content Reels masih tak banyak, jadi siapa yang rajin buat Reels, Instagram berbesar hati untuk memberi lebih banyak views pada Reels kita. Jika video biasa di IGTV nak dapatkan 1000 view pun susah, dengan Reels mudah-mudah boleh dapat sehingga 10k view.


3. Naikkan follower lebih cepat
Bila organic reach kita senang nak dapat, maka lebih ramai orang akan nampak account kita dari kalangan bukan follower kita maka potensi untuk mendapatkan follower baru lebih tinggi.

Secara ringkas, content di Reels terutama yang berbahasa Melayu masih sangat sedikit, jadi rugilah kalau kita lepaskan peluang ini untuk dapatkan free organic view dari IG.

Dah "Reels" ke belum ?



Filter
Siapa Usahawan/Content Creator Yang Tak Buat 'Reels' Lagi Dia Rugi - Saiful Nang Academy
Siapa Usahawan/Content Creator Yang Tak Buat 'Reels' Lagi Dia Rugi - Saiful Nang Academy