Peluang Duit Raya Berganda : 5 Barang Paling Laris dijual di bulan Ramadhan

Peniaga online kalau fokus kepada salah satu daripada 5 produk utama sahaja ini pun dah boleh 'kumpul duit raya' untuk 2021 ini.

Kalau nak buat semua, pastikan gunapakai semua 'senjata marketing' yang kita tahu. Mana yang tak tahu kita boleh belajar dan top up ilmu lagi. 5 produk ini kalau foto / video / poster jualannya menarik, orang yang asalnya tak nak pun tetap akhirnya nak order. 

1) KURMA
Kurma adalah antara makanan utama dalam bulan puasa. Selain khasiatnya, ianya juga adalah salah satu makanan sunnah. Khasiat dapat, pahala pun dapat. Kita yang menjual pun boleh dapat manfaat.
Kalau tak sempat masak sahur atau terlewat bangun sahur, ini boleh dijadikan sumber tenaga utama untuk sesorang yang bakal berpuasa jadikan bekalan sepanjang hari. Nak berbuka pun kita boleh makan kurma dahulu sebelum solat Maghrib dan makan makanan yang berat sedikit selepas itu. Tak susah nak menjual, lagi-lagi untuk produk makanan yang memang orang Muslim (dan orang bukan Muslim) memang makan.
Tambah sikit skill hasilkan foto / video / poster sendiri, guna smartphone, makin mantap jualan kita nanti. Tekan link pada gambar-gambar untuk info lanjut.
2) BAJU RAYA
Walaupun raya 2021 dijangkakan kita masih lagi dalam fasa PKP, kita tetap juga nak ada baju raya, kan? Tak semestinya yang paling mahal, paling sempurna, tetapi yang mudah dan murah namun tetap menyerikan Hari Raya kita, tetap disunatkan untuk menyediakan pakaian baru dan bersih untuk kita menyambut lebaran. 
Jadi, kalau ada produk baju raya yang menepati kehendak pelanggan, pasti akan jadi produk laku keras jika kena gayanya. Lagi-lagi untuk peniaga online, senjata utama marketing adalah melalui foto / video / poster yang menarik. Tak menarik, orang tak tengok dah apa kita share selepas tu.

3) BISKUT RAYA
Walaupun ramai yang work from home, masih ramai yang belum sempat nak sediakan biskut / kuih raya. Kita sebagai peniaga, inilah masanya bantu mereka yang kekurangan masa dan tenaga nak menyediakan biskut raya sendiri. Lagipun, biskut raya kebanyakannya tahan berbulan-bulan. Nak pos pun sudah ada cara pembungkusan terbaik bagi memastikan biskut sampai dalam keadaan sempurna dan tak berderai.

Kadang-kadang biskut yang guna 3-4 bahan sahaja pun, kalau orang tak cukup masa, tetap juga laku dibeli mereka. Asalkan kita tunjukkan foto / video / poster biskut raya kita tu sampai orang rasa nak makan segera masa tu juga. Bla orang geram, mereka akan tempah terus dari kita.

Nak marketing lagi mantap, tambah ilmu Food Videography.

4) AKSESORI BAJU RAYA
Tak kira kita ni lelaki atau perempuan, kalau dah ada baju raya, mesti perlukan kelengkapan aksesori sesuai seperti songkok, butang baju Melayu, tudung, pin dan lain-lain. Kalau kita tawarkan pakej aksesori lengkap atau sepasang sama warna/bentuk/tema, lagi orang suka. Ini juga memudahkan bakal pembeli. Silap-silap, kalau foto / video / poster produk kita, kita tunjukkan yang terbaik, mereka terus tempah dari kedai kita sahaja. Mudah dan menjimatkan masa juga kepada mereka. Pelanggan tak suka sangat kalau perlu cari butang baju di kedai lain-lain.

5) KEREPEK
Ini adalah antara jenis makanan yang sangat evergreen. Tak mudah basi dan tahan lasak sehingga habis waktu hari raya pun. Selain dihidangkan kepada tetamu (walaupun hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan semasa PKP), dijamin antara yang akan habis dahulu. Semasa tonton TV atau tengok games pun memang satu hidangan yang laku keras. Jangan risau. Asalkan kita tunjukkan kelebihan produk jualan kita dengan cara yang terbaik. Sebab itu foto / video / poster produk jualan kita, kena mantap. Baru orang percaya. Siapa tak suka kerepek? Budak kecil pun boleh 'mengadap' kalau kena jenisnya.

5 produk ini jadi antara produk laku keras saban tahun kerana memang itu antara yang orang suka. Kalau orang dah suka, tinggal cara kita memasarkannya sahaja yang membataskan tempahan mereka, kan?

Tambah foto / video / poster yang menggamit orang nak beli produk kita, dah boleh jadikan kita peniaga online maju dengan tempahan yang berjujuk-jujuk masuk. Tak susah nak mahirkan diri hasilkan semua tu, lagi-lagi kalau kita dah ada smartphone (walaupun bukan yang model 12 tu).

Nak mudah, boleh daftar dalam salah satu / kesemua kelas di atas pada link pada semua gambar dalam posting ini.

 


Related Posts

5 Jenis Smartphone Yang Mempunyai Kamera Terbaik Tahun 2021
5 Jenis Smartphone Yang Mempunyai Kamera Terbaik Tahun 2021
Antara ciri smartphone terbaik adalah mempunyai kelebihan pada kamera, jangka hayat bateri dan kemampuan melakukan pe...
Read More
Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami
Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami
Puas fikir content copywriting nak ditulis di Facebook. Masa senggang, dah macam ayam berak kapur. Terkebil-kebil. Bi...
Read More
Dah Ada Perniagaan Dalam Google Maps, Cukup Ker?
Dah Ada Perniagaan Dalam Google Maps, Cukup Ker?
Bila 98% rakyat Malaysia gunakan Google, maka menjadi satu kewajipan untuk meletakkan perniagaan kita di dalam Google...
Read More