Dari Henfon RM380 Kini Zukie Menerima Pendapatan Sehingga RM200K Sebulan

Siapa yang tak kenal Zukie; bermula sebagai seorang Youtuber dari kampung dan kini sudah pun bergelar selebriti di Malaysia. Ramai yang tak tahu, pada awalnya Zukie hanya bermula merakamkan video-video pendek beliau hanya dengan menggunakan smartphone Lenovo A916 yang ketika itu cuma berharga RM380 sahaja. 

Setelah berkecimpung selama hampir 6 tahun di arena Youtube, Zukie telah pun menghasilkan 400 lebih video dan mula upgrade equipment yang digunakan untuk shooting. Koleksi videonya juga telah menerima sebanyak 219 juta tontonan. Hasil pendapatan dari Youtube sahaja Zukie menerima pendapatan serendah RM12K sehingga ke RM200K SETIAP BULAN. Fuh memang mampu sangat lah nak pakai kereta mewah GTR R35 kan.

Pada permulaan career Zukie sebagai Youtuber, Zukie hanya belajar edit video sendiri menggunakan apps percuma di Google Play (Android). Dah maju sikit, Zukie upgrade ke iPhone dan belajar edit video menggunakan iMovie. Dah mahir yang basic editing barulah Zukie belajar cara edit menggunakan Final Cut Pro, Premiere Pro, After Effect. Nak belajar edit video dengan mudah guna smartphone boleh klik sini, kami ajar guna apps FREE InShot.

Team teknikal belakang tabir semasa Zukie shoot drama pendek 
'Naik KL' di
Youtube channel beliau.

Kita pun boleh jadi macam Zukie, yang penting jangan putus asa. Satu video tak jadi, tak apa kita brainstorm semula dan buat video content yang lain. Jangan tunggu nak kaya, nak ada duit baru mula dan beli equipment mahal-mahal. Kita mula dengan apa yang ada dulu dan kemudian bila dah stabil dan ada rezeki lebih, baru kita upgrade kepada yang lebih baik. Zukie pun mula dengan buat video guna henfon je. Kita pun boleh. Kalau tak reti dan nak belajar, boleh klik di sini. Kami ajarkan teknik shoot video guna smartphone. 

jom belajar dengan kami shoot video guna smartphoneBelajar dengan kami bagaimana teknik terbaik shoot dan
menghasilkan video guna henfon (klik di gambar)

Belajar dengan kami bagaimana nak edit video dengan mudah guna
apps percuma di henfon (klik di gambar)

 

 

 

 

 



Filter
Dari Henfon RM380 Kini Zukie Menerima Pendapatan Sehingga RM200K Sebulan - Saiful Nang Academy
Dari Henfon RM380 Kini Zukie Menerima Pendapatan Sehingga RM200K Sebulan - Saiful Nang Academy