'Bonding Time' yang boleh 'generate income'

Seronoknya bila tahu rakam foto dan video semasa sesi 'bonding time' dengan anak pun boleh jadi sumber jana pendapatan.

Ibu-ibu dan ayah-ayah yang tak ada idea nak isi masa berkualiti dengan anak, boleh tiru apa yang dilakukan Kak Wer dan anaknya, Luth ini.

Aktiviti mendokumentasikan aktiviti 'bonding time' dengan anak pun boleh jadi content yang bagus untuk kedua-dua ibubapa dan anak.

Apa sahaja aktiviti bermanfaat, seperti memasak, membaca, mengemas rumah, mencabut rumput, menyapu sampah, membersihkan pakaian, kenderaan hatta memandikan haiwan peliharaan boleh kita dokumenkan dalam bentuk foto dan/atau video.

Dalam aktiviti ini, anak seusia Luth (2 tahun) diajarkan motor skills bagi memantapkan otot tangannya dan kemahiran kognitifnya (berfikir/mengingati) berfungsi.

Awal-awal ni, jangan dedahkan aktiviti ini dengan pisau/peralatan sebenar. Boleh gunakan pisau kayu untuk memotong buah-buahan yang bersesuaian. Latih mereka memegang peralatan dengan betul, cara memotong, cara memisahkan daun dari buah dan lain-lain lagi. Banyak latihan melalui aktiviti ini, bertambahlah mahir otot tangannya memegang dan mengendalikan peralatan nanti.

Ibu-ibu dan ayah-ayah boleh mula kenalkan nama-nama dengan menggunakan props sebenar. Ajarkan nama-nama buah-buahan contohnya, beri mereka merasa dan ajarkan mereka kesemua deria rasa yang mereka ada.

Anak juga boleh belajar kemahiran komunikasi untuk elakkan 'stage fright' dan mampu membuat perkongsian dengan jelas. Emosi yang positif juga boleh dijana dari aktiviti ini. Ibu ayah boleh terus berikan galakan, walaupun ada masanya anak tetap membuat kesilapan. Berikan kredit jika mereka berjaya melakukan setiap/mana-mana peringkat dengan jayanya.

Lebih awal anak didedahkan dengan aktivitivi sebegini, lebih awal juga mereka akan belajar menghargai dan memberikan penghargaan terhadap sesuatu.

Bukan sahaja anak akan lebih menghargai menu yang disediakan, dia juga akan lebih menghargai setiap makanan/minuman yang disediakan kerana faham proses yang dilalui dalam satu-satu penyediaan menu masakan. Sampai masa, anak akan faham mengapa mereka tidak digalakkan menolak makanan yang disediakan kerana ianya akan melibatkan pembaziran bukan hanya terhadap makanan, tetapi terhadap masa, tenaga dan wang ringgit yang diperuntukkan dalam penyediaan makanan tersebut. Ini akan mendidik mereka untuk lebih empati dengan orang lain.

Banyak sebenarnya yang ibubapa dan anak dapat dari aktiviti 'bonding time' ini kan? Macam mana pula aktiviti sebegini boleh jadi sumber kita jana pendapatan? Bukan. Kita BUKAN 'menjual anak' ya. Tapi boleh jadi sumber tabungan untuk pendidikan dan masa depan untuk anak, pastinya. Macam mana tu?

Dah baca perkongsian kami tentang Ryan Koji dari channel YouTube Ryan's World? Kalau belum, nanti boleh baca di sini: YouTuber berumur 9 tahun jana pendapatan USD26 juta tahun lepas. Tapi, kami belum habis lagi. Teruskan membaca di bawah.

Dalam setiap aktiviti, jika kita boleh dokumentasikan dalam bentuk FOTO dan VIDEO, lebih bagus.

Mengapa? Kedua-duanya akan menjadi memori kenangan untuk ibubapa, terutamanya. Esok, anak dah besar panjang, pasti akan rindukan saat semasa mereka masih kecil.

Kalau sedari anak berusia sehari, sudah dirakam fotonya, tentu segunung koleksi fotonya sudah ada dalam simpanan fon atau harddisk ibubapanya kan?

Mahu belajar macam mana boleh jual foto dari smartphone/kamera? Daftar kelas ini segera.

Daripada memberatkan smartphone/harddisk dengan foto-foto tu, baiklah dijual semuanya. Senyap-senyap, dah ada juga sumber tabungan untuk masa depan anak.

Dalam video yang Kak Wer sediakan bersama anaknya Luth ini, bukan sahaja boleh jadi video kenangan untuk mereka sahaja, boleh juga jadi medium pendidikan kepada ibu-ibu muda dan moden lain.

Maklumlah, zaman sekarang, dengan smartphone yang semurah harga RM400 pun sudah boleh shoot foto dan video dengan baik, boleh sahaja digunakan sebagai alat untuk merakam moment menarik seperti ini.

Untuk video, kalau kita bukakan channel YouTube untuk anak kita, atau channel kita dengan content berkisar tentang aktiviti kita bersama anak kita, yang memberi manfaat juga kepada orang lain, ianya boleh jadi sumber jana pendapatan.

Syaratnya, content menarik dari channel kita akan membina jumlah followers/subscribers yang semakin besar. Bila kita mempunya jumlah followers yang besar, bakal penaja akan mula 'mengintai' kita. Jika kualiti content dan akhlak bekerja kita baik, akan lebih banyak peluang boleh diperolehi. Bakal penaja, mereka akan melihat sama ada followers kita adalah dari kategori umur/lokaliti yang bersesuaian dengan produk mereka.

Jika bersesuaian, contohnya, content kita banyak berkisar tentang anak-anak dan aktiviti anak-anak seusia Luth, bakal-bakal penaja yang terkait dengan produk bersesuaian untuk anak-anak seusia itu atau barangan kegunaan ibu-ibu akan lebih mendekati.

Penajaan boleh dalam bentuk wang tunai, pinjaman atau penerimaan barangan, hadiah-hadiah dari jenama terkenal/belum terkenal dan hadiah-hadiah dari followers juga boleh jadi sumber jana pendapatan.

Perlu diingat, satu video tak akan terus menjadikannya sebagai satu sumber penjanaan pendapatan, tapi mestilah dari usaha dan content menarik yang ISTIQOMAH (konsisten/consistent). Kalau hari ini post video, esok tidak dan lusa pun tidak, dua minggu lagi baru nak upload video lagi, tak berkualiti pula, lari pula followers/subscribers yang baru sekerat dua tu.

Jika kena gaya dan kemahirannya, silap-silap, anak pun boleh jadi YouTube influencer yang berjaya macam Ryan Koji dalam channel Ryan's World tu; dapat menjana pendapatan/simpanan sendiri dan kekal sebagai rakaman kenangan untuk si ibu dan ayahnya.

Nak ajar anak fokus dalam bidang Smartphone Food Videography macam Luth ni pun boleh. Sambil latih anak, sambil jual produk berasaskan makanan guna video yang sama.

Ibu-ibu moden, mungkin dodoian ibu moden zaman akan datang adalah

"Buai laju-laju, sampai jadi YouTube influencer." Jika cara/jalan/hasilnya baik, mengapa tidak, kan?



Filter
'Bonding Time' yang boleh 'generate income' - Saiful Nang Academy
'Bonding Time' yang boleh 'generate income' - Saiful Nang Academy