5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Jadi Content Creator

Khusus buat beginner content creator, atau mereka yang baru nak berjinak-jinak belajar buat video content , kita kongsikan apa yang wajib ada sebagai content creator untuk buat video. Tak perlu invest banyak pun boleh buat kalau kita tahu caranya.

Bagi yang baru nak mula shot video dan edit video, tak perlu beli devices yang canggih-canggih lagi, mulakan dengan apa yang ada di tangan dan slowly improve skill. Bila dah mahir sikit dan nak upgrade nanti boleh mula dapatkan peralatan yang sesuai dengan nature dan bajet kita.

1) Kamera
.
Perkara paling penting nak buat video kena ada kamera. Tak semestinya kena ada DSLR je video cantik, guna kamera smartphone pun boleh.
.
ya, kamera smartphone pun boleh buat video cantik. Yang penting kita kena tahu basic teknik kawalan kamera, lighting, dan juga angle yang sesuai untuk video kita.

Semua orang ada smartphone dah sekarang, mudah dibawadan ringan je. Bila nak shoot, keluarkan dari poket dah boleh terus rakam. Tak payah susah-susah bawak kamera pun boleh shoot content kita.

2) Mic


Mic yang paling basic adalah earphones kita. Bagi memastikan sound yang kita rakam clear. Dalam video, audio ada segala-galanya. Kalau tak, takkan ada terma ‘Foley Sound’. Punya lah nak bagi hidup video, orang sanggup cipta artificial audio.

Jadi, rugi kalau kita tak betul-betul dapatkan audio yang berkualiti dengan menggunakan mic. Kalau nak upgrade boleh beli mic yang lebih baik seperti micro mic, shotgun mic, wireless mic, dan macam-macam lagi. Ikut bajet masing-masing.

3) Tripod

Penting ada tripod bila kita shoot sendiri, untuk pastikan fon kita tak bergegar dan lebih stabil. Dengan tripod juga boleh bantu kita shoot seorang diri tanpa perlukan man power yang ramai. Lebih-lebih lagi kalau nak buat video kelas mengajar atau melibatkan temuduga.

4) Editing Apps



Dah ada footage yang cun, editing paling pun kena cun untuk jadikan video kita lagi best. Banyak apps yang ada untuk kita edit video, tak kisah iphone atau Android. Yang free ada, yang berbayar pun banyak. Pilih apps yang paling mudah utnuk kita, supaya kerja kita cepat dan smooth je. takde lah stress tak reti nak edit video nanti.
.
Anata contoh editing apps adalah Inshot, VN, Kinemaster dan banyak lagi.

5) Thumbnail Video


Thumbnail video adalah gambar yang kita gunakan sebagai cover video kita. Thumbnail yang menariksalah satu faktor untuk orang tengok video kita. Kita boleh letakkan gambar yang berkaitan dngan video dan juga tajuk video kita pada thumbnail. Mudah untuk penonton faham apa yang kita cuba sampaikan dalam video.

Kalau nak belajar macam mana nak shoot video dan edit, boleh daftar ke kelas Smartphone Video Shooting dan  kelas Smartphone Video Editing. Info lanjut dan daftar terus di sini (klik pada gambar dibawah)




Filter
5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Jadi Content Creator - Saiful Nang Academy
5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Jadi Content Creator - Saiful Nang Academy