Pandai-Pandai Pilih Kawan : Nasihat Guru Senior Kepada Guru Baharu Buat Netizen Terkesan

Kepada guru baharu, pakcik nak kongsikan sepatah dua kata. Sumpah tak panjang.

Kita bila ke sekolah nanti, mendengar dan memerhati adalah dua perkara yang terbaik boleh dibuat terlebih dahulu.

Di sekolah tu ada macam-macam kepala, ada yang suka bekerja dan habis anak beranak dibawa berkampung di sekolah, jenis tak kisah lah pendek kata.

Ada juga yang berpada-pada, tetapi semua kerja wajibnya tip top, tak lebih tak kurang. Jangan kata depa tak rajin, tetapi depa ada keluarga yang perlu diberi perhatian. Maklumlah, lain orang lain cabaran mereka.



Ada jenis yang memang payah nak cakap, bila ada, semua benda ada yang tak kena dimata depa, bila tiada, kata depa di anak tirikan dan selalu dilupa. Tambahan lagi, siap pakej mengadu domba dan ajak orang lain untuk join geng depa.

“Aihhh hang baru tak payah la tunjuk terer, nanti bos suruh hang buat semua, hang nak?”

Senang cerita, jenis tunggu gaji sahajalah.

Bila korang dah selesai mengenali, pilihlah kumpulan yang benar-benar boleh membantu korang untuk meningkatkan potensi diri.

Muda ni hanya sekali, biarlah ia benar-benar bererti. Kita bukan sekadar guru, tetapi pendidik atau murrabi.

Murrabi ni datang dari kalimah rabbā, yang juga bermaksud pendidik, mendidik ilmu dan membentuk akhlak yang mulia. 

Macam mana nak kata diri kita ni pendidik, kalau perlakuan kita sendiri bertentangan dengan ajaran kan?

Maka, pilihlah kumpulan yang secara logik akal kau tu boleh membawa kebaikan kepada diri, anak didik, masyarakat, negara dan agama.

Abaikan kata-kata negatif yang aku pasti kau akan dengar juga bila-bila masa dan entah dari mana nanti.



Jiwa kena kental bila nak buat benda baik, jangan terkejut jika ada sahaja tangan-tangan ghaib yang cuba menarik kau untuk jatuh atau dari terus melangkah.

Aku dah rasa.

Kalau kau ada benda baik yang hendak diperkenalkan, teruskan sahajalah. Yang paling penting, fahamkan pentadbir sekolah apa yang kau cuba buat.

Biasalah, orang yang tidak faham tentang sesuatu perkara baharu yang hendak diperkenalkan, akan rasa takut dan akan ada juga yang terus menolak.

Jangan kecewa, dan perbaiki cara penyampaian.

Bila korang dah buat yang terbaik, letakkanlah pengharapan kepada Tuhan. Kalau kau letak pada manusia, takut nanti kau sendiri yang akan rasa kecewa nak mati.

“Aku punyalah bersusah payah buat itu dan ini untuk sekolah, GB bagi markah prestasi 90% je?!!!

Tobat dah aku tak nak buat lepas ni! Baik aku duduk kelas mengajar je, dapat juga markah sama!”

Aduh! Janganlah begitu, pentadbir ni pun manusia. Kadang kadang terlepas pandang.



Yang selayaknya memberi pembalasan atas segala jasa baik dan kerja buat kita setiap hari ni adalah Tuhan.

Percayalah, tak dapat ke kita, kepada keluarga kita Tuhan berikan. Tak dapat dalam bentuk sijil, gaji dan kemasyuran, dalam bentuk keberkatan hidup yang Tuhan salurkan.

Pakcik percaya anak-anak yang baharu dapat penempatan ni semua bersemangat dan berkobar-kobar jiwa mereka untuk berkhidmat.

Berikanlah yang terbaik! Anak-anak diluar sana begitu memerlukan kamu.

Cikgu Firdauz Abdullah

Nak tambah ilmu dalam bidang yang anak-anak murid minat sangat, walaupun kita berstatus GURU, tak salah. Anak murid akan tambah yakin bila kita juga ada ilmu setara zaman. 

Tambah ilmu fotografi / videografi / buat poster untuk bahan P&P di Saiful Nang Academy. Boleh rujuk jadual di bawah untuk bantu Cikgu-Cikgu siapkan bahan P&P :

SABTU | 19 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Video Shooting
2.00pm - 5.00pm Smartphone Video Editing

AHAD | 27 FEBRUARI 2022

2.00pm - 5.00pm Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)

Semua kelas boleh Cikgu ulangtonton dalam tempoh 1 bulan dari tarikh daftar. Dengan ilmu tambahan ni, makin fokus dan bersemangatlah anak murid cikgu tu nanti!

Nak jimat, boleh daftar terus juga pakej-oake ini :


Related Posts

Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More

Filter
Pandai-Pandai Pilih Kawan : Nasihat Guru Senior Kepada Guru Baharu Buat Netizen Terkesan
Pandai-Pandai Pilih Kawan : Nasihat Guru Senior Kepada Guru Baharu Buat Netizen Terkesan