Gadget Ganggu Perkembangan Anak, 8 Kesan Buruk Ibubapa Wajib Tahu

Keperluan penggunaan gadget sekarang ini makin meluas. Bukan sahaja pada golongan dewasa, tetapi pada anak - anak juga, lebih - lebih lagi sekarang ini pembelajaran berlangsung secara online.

Ada yang berpendapat, kalau tak ada gadget langsung pun, anak - anak akan ketinggalan pelajaran. Iya, betul, tetapi itu bukan bermakna anak - anak boleh gunakan sewenang - wenangnya sehingga tak keluar bilik, tak makan. Cukup sekadar untuk keperluan pembelajaran sahaja untuk tahap umur anak - anak yang sedang nak membesar ni. Jika melebihi keperluan, mulalah anak merewang ke laman yang tidak sepatutnya, dan yang paling teruk sekali akan mula KETAGIH DENGAN GADGET.

Ketahui 8 kesan ketagihan gadget kepada anak - anak ini, yang dalam pada yang sama boleh MENGGANGGU PERKEMBANGAN ANAK juga

1. GANGGUAN PERKEMBANGAN OTAK



Kajian menunjukkan bahawa kekerapan menggunakan gajet boleh memberi kesan negatif pada fungsi otak kanak-kanak. Mereka akan menghadapi masalah seperti kurang memberi perhatian, masalah kognitif, gangguan pembelajaran, peningkatan impulsif, dan kawalan kendiri. Oleh itu, ibubapa disarankan untuk memberi anak melakukan aktiviti seperti bermain, melukis, membuat tugasan rumah yang mudah. Dengan melakukan aktiviti ini, anak - anak akan melakukan pergerakan fizikal dan mengasah motorskill juga.

2. MASALAH PENGLIHATAN



Kanak-kanak tidak digalakkan terdedah dengan gadget selama lebih dari dua jam seminggu untuk mengelakkan implikasi serius pada mata mereka. Ini bermaksud,  kanak-kanak hanya dibenarkan bermain atau menonton alat tersebut kira-kira 17 minit setiap hari.

Kajian menunjukkan bahawa kebergantungan yang tinggi pada gadget boleh menyebabkan jangkitan mata, seperti mata merah atau berair dan daya penglihatan yang semakin merosot. Ibu bapa dinasihati mengawal penggunaan gajet supaya masalah ini dapat diatasi. 

3. OBESITI



Terlalu lama masa dihabiskan dengan gadgetmenyebabkan pembakaran kalori tidak berlaku. Kanak-kanak yang mengalami obesity mempunyai komplikasi seperti diabetes, serangan jantung, dan strok. Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bermain dan melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, melompat dan  aktiviti fizikal yang lain bagi mengurangkan masalah obesiti dan melambatkan perkembangan fizikal mereka.

Kalau dalam musim PKP ni, memang tak boleh keluar rumah, tetapi boleh sahaja galakkan anak - anak untuk bantu melakukan kerja - kerja rumah yang mudah seperti sapu sampah, basuh pinggan dan lain - lain.

4. HILANG FOKUS
Kanak-kanak yang sering menggunakan gadget akan menyebabkan pembelajarannya terganggu. Anak - anak ini tidak boleh memberi tumpuan yang lama terhadap apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas, walaupun belajar secara online. Kadar masa fokus juga menjadi singkat iaitu lebih kurang 4 saat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bermain gajet di dalam kelas iaitu 13 minit. Masalah hilang fokus ini merisaukan guru kerana akan berlaku masalah kawalan kelas. Murid yang tidak memberi fokus akan mengganggu kawan dan sebagainya. Jika belajar online, mudah sahaja mereka ini untuk buka laman lain seperti main game, dan sebagainya.

5. KURANG BERSOSIAL



Kanak-kanak memerlukan kawan untuk bermain dan berkomunikasi. Apabila anak anda dan gadget tidak dapat dipisahkan, adalah sukar baginya untuk berkawan dan bersosial. Kehidupan sehariannya akan ditemani oleh gadget sahaja. Oleh itu, ibubapa harus mulakan langkah dahulu untuk sering berkomunikasi dengan anak, atau boleh sahaja ibubapa aturkan sesekali untuk membuat 'video call' bersama dengan keluarga yang jauh, atau dengan rakan - rakan mereka memandangkan tidak boleh keluar rumah dalam musim pandemik ini.

Yang penting jangan biarkan anak bersendirian dengan gadget terlalu lama sehingga tidak mahu bergaul dengan orang lain termasuk ahli keluarga sendiri, hujungnya akan menjadi masalah keluarga pula.

6. TANTRUM



Kebanyakan ibubapa menyedari bahawa anak-anak mereka belajar menjadi agresif kerana berjam-jam mengadap gadget. Tantrum adalah bentuk agresif yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, terutama apabila mereka dihalang untuk menggunakannya. Jika tidak dibendung daripada awal, isu tantrum akan terus berlaku dan sukar dikawal.

Pada tahap ini, anak - anak bukan sahaja akan menjerit - jerit atau menangis, malahan boleh membaling - baling barang hanya kerana mahukan gadget bila disekat penggunaannya. Sebab itu perlunya kawalan daripada awal agar anak juga dapat memberi kerjasama dan mempunyai disiplin yang baik.

7. KURANG TIDUR



Kanak-kanak yang ketagihan bermain gadget akan kehilangan waktu rehat yang diperlukan. Gadget dijadikan sebagai alat bantu untuk menidurkan mereka oleh sesetengah ibu bapa. Ada kanak-kanak akan memberontak jika tidak diberi gajet sebelum tidur. Melayan video atau permaian dalam gajet boleh membuat mereka terlelap dan ibu bapa boleh melakukan kerja-kerja rumah tanpa gangguan. Amalan ini harus dihentikan demi kesihatan anak-anak. Bila ada masalah tidur, akan berlaku masalah dalam tumbesaran anak - anak kerana tidur yang cukup dan berkualiti adalah sangat penting untuk usia mereka ini.

8. MASALAH POSTUR BADAN



Perhatikan postur badan kanak-kanak yang sering menggunakan gadget. Penggunaan yang berterusan dengan gadget menyebabkan sakit belakang dan masalah lain yang berkaitan dengan otot pada kanak-kanak. Postur duduk yang salah akan menyebabkan sakit leher. Sakit leher dan punggung pada usia kanak-kanak akan memberi kesan sehingga mereka dewasa.

Oleh itu, jelaslah bahawa ketagihan gadget kepada anak anak - anak ini besar impaknya pada tumbesaran anak - anak. Sayang sekali mereka tidak mendapat membesar dengan sihat dan baik kerana kerosakannya berpunca daripada kita sendiri sebagai ibubapa yang tidak cakna tentang penggunaan gadget kepada mereka, sebaliknya hanya memikirkan kepentingan diri asalkan anak - anak tidak mengganggu.

Sayangi anak dengan sediakan ruangan aktiviti yang membantu tumbesaran mereka dengan mengikuti kelas seni ARTMAN. Hanya KLIK GAMBAR DI BAWAH untuk sertai dan dapatkan promosi HARGA COMBO dengan pembelian PAKEJ ARTMAN.

 Jangan tunggu lagi, untuk pendaftaran pantas, tekan ADD SELECTED TO CART dan nikmati HARGA DISKAUN sebelum slot penuh!


Related Posts

Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Program Artcamp daripada Artman baru sahaja melabuh tirai. Seminggu cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk anak-anak...
Read More
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa...
Read More
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More

Filter
Gadget Ganggu Perkembangan Anak, 8 Kesan Buruk Ibubapa Wajib Tahu - Saiful Nang Academy
Gadget Ganggu Perkembangan Anak, 8 Kesan Buruk Ibubapa Wajib Tahu - Saiful Nang Academy