Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan

Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan lembu. Bukan itu sahaja tetapi dengan ayam, itik dan sekumpulan angsa. Rahsia kebijaksanaan nabi yang "disekolahkan" oleh alam apabila pada umur kanak-kanaknya telah terlibat dalam kerja pengembalaan kambing.
.
Berikut ialah sebab kenapa mengembala membentuk siyassah sebagai seorang pemimpin.
.
1. Mengembala memerlukan takwim yang tidak memahami alasan. Jika pagi, tengah hari dan petang adalah masa makan, haiwan tidak faham kita sibuk atau apa sekalipun alasan. Tiada cuti raya, tiada cuti sakit untuk kita. Haiwan tahu, mereka lapar dan perlu makan. Jika kita tidak menepati takwim itu atas apa alasan sekalipun, haiwan akan sakit, kurus dan akhirnya mati. Pemimpin juga begitu, disiplin bertakwim perlu konsisten. Itu yang susah. Hari ni rajin, esok rajin tapi lusa mungkin dah jatuh malas maka hilang kelayakan jadi pemimpin. Jika kita culas dengan takwim semasa menternak, apa sahaja kita ternak juga akan gagal. Itu gambaran disiplin kita sendiri, bukan kerana haiwan ternakan itu.
.
2. Haiwan tak mampu berbicara. Lembu tak boleh beritahu kita dengan verbal bila sakit. Kambing tak boleh menaip Whatsap untuk beritahu yang mereka stress. Mengembala membuat anak-anak belajar mengenal "Bahasa Badan". Barulah datang firasat sekilas ikan di air, dah tahu jantan betina. Sama juga dengan haiwan, ia menajamkan pemerhatian kita kepada subjek yang tidak boleh bercakap. Manusia juga sama, tak semua masalah mereka mampu luahkan dengan kata-kata dengan jelas. Sebagai pemimpin, kita perlu bijak membaca tanda yang ada pada "bahasa badan". Di mana belajar ketajaman pemerhatian ini? Belajar semasa kita menguruskan ternakan.
.
3. High level management secara alami diterap pada anak-anak tanpa sedar. Bukan sekadar makanan ternakan, emosi ternakan, kesihatan ternakan, pengurusan sembelihan, pengurusan daging, pengurusan jualan, kewangan dan banyak lagi yang diperkenal kepada anak-anak ini secara berperingkat. Jika mampu menguruskan ternakan, tidak sukar menguruskan manusia juga menguruskan organisasi juga.
.
4. Ajar anak menjadi manusia yang membumi. Tidak jijik bergelumang dengan tinja ternakan. Dari tinja itu juga menjadi baja kaya mikrob untuk tumbuhan pula. Ini aset mahal kepada anak-anak. Bila anak sudah tidak malu dan jijik bermain kotoran kandang, nescaya anda boleh rasa lega kerana anak ini berkemungkinan boleh anda harapkan menguruskan kita nanti semasa fasa pikun di hari tua.
.



Jangan tunggu kita ada sekandang lembu untuk mulakan. Mulakan dahulu di rumah sendiri. Uruskan sampah di rumah, bersihkan rumah, bersihkan tandas, kebersihan pakaian juga uruskan tanaman sekeliling rumah (ya, tanaman tak pandai menipu). Subur tanaman tanda disiplin penanamnya.
.
Jangan tunggu esok.
Lakukan sekarang.
Anak membesar prosesnya sehala sahaja.
Jika terlewat, anak yang sudah membesar tak boleh patah balik semula melewati masa kanak-kanak semula.
.
Semoga bermanafaat dan disampai-sampaikan pada yang perlu.
.
Kredit Artikel: Warga Prihatin

Bagi Ibubapa yang berminat untuk mendedahkan anak - anak dengan kerja tangan semasa cuti sekolah, boleh daftarkan ke Kem Cuti Sekolah Artman bersama kami. Hanya Klik link di bawah untuk mendaftar:

https://bit.ly/ARTCAMP006-2022


Related Posts

Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More

Filter
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan