Anak suka Melukis? 3 Sebab Ibu Bapa Perlu Beri Galakan
Aktiviti ini bukan sahaja mudah, malah dapat membantu perkembangan diri anak-anak:
1. Membantu anak untuk memahami konsep ruang dan jarak
Apabila melukis, kanak-kanak perlu berfikir di manakah sesuatu objek perlu diletakkan. Contohnya, kalau Abu ingin melukis pemandangan rumahnya, dia perlu fikir di mana letaknya rumah, kereta, pokok, matahari dan awan.
“Mak, kat mana nak lukis kereta ayah dalam kertas ni?”, tanya Abu
“Mungkin Abu boleh letak kereta kat depan rumah ni atau kat tepi rumah. Mana-mana yang Abu suka,” jawab Mak, sambil tersenyum.
Jika Mak banyak berinteraksi dengan Abu ketika Abu melukis, kebolehan Abu untuk memahami saiz sesuatu ruang dan jarak sesuatu objek boleh bertambah baik.
2. Memudahkan anak dalam mengingat
Proses mengingat sesuatu akan lebih mudah bila dikaitkan dengan klu berbentuk gambar. Selain menjadikan melukis sebagai aktiviti santai, melukis juga boleh membantu anak-anak dalam pelajaran.
Sebagai contoh:
Jika Ali ingin mengingat bagaimana proses fotosintesis berlaku, dia boleh melukis gambar pokok, matahari, dan titisan air.
Selain menulis perkataan “pokok”, “matahari” dan “air”, lukisan gambar objek-objek tadi boleh menjadi klu dalam mengingat.
3. Membantu anak mengurus emosi dan ‘mood’nya
Pasti ada masanya apabila emosi anak kurang baik. Melukis merupakan antara aktiviti yang boleh digunakan untuk mengalihkan perhatian anak daripada perkara yang mengganggu emosinya.
Contohnya, Amani mungkin merasa sedih apabila kawannya tidak mahu berkawan dengannya.
“Amani, lain kali kalau Amani rasa sedih pasal something, Amani cuba lukis benda-benda happy kat buku ni. Okay?”, ujar Mak.
Melukis dapat membantu kanak-kanak dalam mengurus ‘mood’nya. Namun, cara ini hanya berkesan apabila kanak-kanak diberikan ruang untuk bebas melukis, bukan apabila disuruh meniru sesuatu lukisan.
Sekarang, anda dah tahu 3 manfaat melukis untuk anak-anak. Pastinya sebagai ibu bapa, kita ingin cuba 1001 cara untuk memberikan pendidikan terbaik kepada mereka.
Jadi, jom galakkan anak-anak untuk melatih skil mereka dalam melukis! Dah tak perlu susah-susah hadir ke kelas fizikal. Saiful Nang Academy ada tawarkan kelas melukis Komik Kartun dan kelas Teknik Mewarna atas talian, khas untuk membantu perkembangan anak-anak anda. Sesi pembelajaran juga menyeronokkan.
Grab segera PAKEJ COMBO ARTMAN, kombinasi kelas Komik Kartun dan Kelas Teknik Mewarna untuk asah bakat si cilik kita. Pakej ini tak ditawarkan selama-lamanya.
Hasil kreatif: Auni Baharin