Animasi Malaysia Kring! Menang Anugerah Kartun Terbaik 2021


Brainy Bones Studios mempersembahkan "KRING!". Sebuah kisah mengenai seorang guru sekolah rendah yang bersemangat bernama Suraya yang menghadapi seorang pelajar bermasalah unik yang sukar memahami ajarannya di kelas. Ikuti perjalanannya dalam mencari cara lain untuk membantunya mengatasi masalah pembelajarannya walaupun menghadapi banyak kesulitan yang dihadapinya.

Bagaimana ia bermula dan perjalanannya. Asalnya sekadar nak buat filem animasi pendek untuk menghargai guru. Lepas tu alhamdulillah ditayangkan dekat Astro, dapat masuk banyak international festival film dan menang award. Animasi pendek ini dalam proses nak jadikan KRING ni tv series.


Siapa belum tengok lagi boleh tengok kat YouTube.


6 Fakta tentang KRING Animated Series yang sedang dalam perancangan Brainy Bones Studios.

1. Teacher Suraya dan Mael akan diberikan suara.
2. Ada 26 episod dalam musim pertama. Setiap episod berdurasi 11 minit sahaja.
3. Jangkaan masa untuk siapkan semua ini adalah lebih kurang 2 tahun, dah 90% siap.
4. Cerita ini akan berkisar tentang isu-isu dan kehidupan di sekolah. Watak utama masih Teacher Suraya dan Mael.
5. Ada beberapa watak baru yang akan diperkenalkan selain daripada Teacher Suraya dan Mael. Cikgu-cikgu baru dan kawan-kawan Mael.
6. Dalam proses menyiapkan episod pilot. Target siap tahun ini. Waktu aktikel ini ditulis, Brainy Bones Studios sekarang dalam proses mencari stesen TV, penaja dan lain-lain.

Hebat,kan? Semakin hari semakin banyak animasi keluaran anak Malaysia yang kita dapat lihat di TV dan pelbagai platform media sosial seperti Youtube. Semuanya bermula dengan minat mendalam terhadap seni.

Kemahiran melukis dan mewarna boleh dipupuk sedari kecil lagi kerana melukis dan mewarna ini banyak manfaatnya pada anak2. Dalam kelas Komik Kartun, anak-anak dapat mengasah kreativiti masing-masing dalam menghasilkan lukisan. Manakala untuk kelas Teknik Mewarna, anak-anak dapat meningkatkan daya tumpuan dalam menghasil lukisan yang kemas. Mesti seronok dapat lihat lukisan sendiri yang cantik berwarna warni, kan? Selain daripada itu, masa anak-anak juga dapat dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah. Klik gambar dibawah untuk mendaftar.


Related Posts

"Saya Minta Maaf Pada Semua Ye..." Sue - Sebuah Lukisan Tentang Arwah Isteri
"SAYA MINTA MAAF PADA SEMUA YE..." SUE  . Kisah yang dikongsikan ini mungkin bakal membuka mata dan hati kita semua u...
Read More
4 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Atasi Ketagihan Gajet 
4 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Atasi Ketagihan Gajet 
Ibu bapa mana tidak risau apabila hampir 24 jam anak menghadap gajet di musim pandemik ini. Dengan PDPR yang masih be...
Read More
Anak Pandai Melukis Tanda Genius, Kalau Tak Pandai Lukis Pula?
Anak Pandai Melukis Tanda Genius, Kalau Tak Pandai Lukis Pula?
Kebanyakan ibubapa hari ini ramai yang berbangga dengan anak yang duduk diam dan belajar sahaja setiap masa untuk sko...
Read More

Filter
Animasi Malaysia Kring! Menang Anugerah Kartun Terbaik 2021
Animasi Malaysia Kring! Menang Anugerah Kartun Terbaik 2021