5 Aktiviti Elak Anak Stress Semasa Cuti Sekolah

Baru naik sekolah, dah cuti. Baru naik sekolah, dah PKP lagi. Kasihan anak-anak yang perlu berada dalam rumah / bilik sahaja kebanyakan masanya.

Bila duduk di rumah lama-lama, anak pun boleh jadi STRESS kalau tak buat apa. Nak keluar rumah tak semestinya selamat, tambah pula kalau semasa cuti sekolah ramai orang keluar bercuti juga, nak main dengan kawan pun tak boleh. 

Ibu-ibu perlu kenalpasti simptom pada si kecil yang mengalami stress ini supaya kita tahu apa tindakan susulan yang boleh dibuat. Antara salah satu simptom stress ini adalah bilamana anak BERUBAH EMOSI dan BERPERILAKU NEGATIF seperti mudah marah, mengeluh, membantah, mudah tersinggung atau menangis.

Jangan dibiarkan jika anak sudah menunjukkan gejala stress. Berbagai cara kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya menggunakan kaedah EMOTION-FOCUSED COPING

Emotion-Focused Coping ialah strategi pengurusan stress yang berfokus kepada mengawal atau meredakan emosi negatif terhadap punca stress. Dalam bahasa mudahnya, kita latih anak untuk memilih beberapa aktiviti yang boleh mengurangkan stress atau perasaan kurang senang yang mereka rasai.

Ibu bapa digalakkan untuk ajarkan SKILL MENGAWAL STRESS kepada anak daripada usia muda supaya mereka lebih BIJAK MENGURUS emosi sendiri. 

Boleh jadi punca anak meragam di rumah adalah kerana mereka tidak tahu cara untuk mengawal emosi mereka.

Antara aktiviti emotion-focused coping yang boleh membantu mengurangkan stres anak termasuklah:

1. MEMBACA

Membaca ialah aktiviti yang baik untuk MENGALIH PERHATIAN anak secara sementara daripada stress yang dirasai. Buku yang dimaksudkan ini BUKAN buku sekolah ya, tetapi buku cerita bergambar atau komik yang boleh MENGHIBURKAN anak. Cerita atau kisah membolehkan anak untuk bermain dengan imaginasi dan meninggalkan masalah yang dihadapinya sebentar. 

2. TULIS DIARI/JOURNALING 

Meskipun aktiviti menulis diari tidak sepopular dulu, aktiviti ‘journaling’ boleh jadi bermanfaat untuk kanak-kanak. TIDAK SEMESTINYA anak perlu menulis karangan dalam diarinya. Boleh juga galakkan anak untuk MELUKIS apa yang dialami atau tampal sahaja sticker-sticker comel mengikut rasa hatinya.

3. BERMAIN

Jika anak berasa stress, galakkan anak untuk bermain supaya perhatiannya beralih kepada perkara yang lebih menggembirakan. Kalau anak lelaki, mungkin lebih suka bermain dengan kereta atau kejar-kejar. Manakala anak perempuan pula, mungkin lebih suka bermain dengan anak patung atau ‘role-play’ seperti main masak-masak, jual-jual dan cikgu-cikgu. 

 4. BERSENAM

Bersenam boleh bantu anak naikkan moodnya jika anak merasa ‘down’ atau sedih. Kalau anak rasa terlalu resah pula, bersenam dapat bantu anak untuk melepaskan tenaga berlebihan yang ada dengan cara yang baik. Antara senaman yang boleh dilakukan termasuklah buat senamrobik bersama-sama atau bermain bola dalam kawasan rumah jika ada. 

 5. BUAT AKTIVITI SENI

Apa jua bentuk aktiviti seni adalah bagus untuk membantu anak mengurangkan stres. Antaranya, melukis, ‘doodling’, mewarna dalam buku mewarna, mengecat, bermain tanah liat dan lain - lain. Aktiviti seni memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak untuk meluahkan apa yang dirasai. 

Kami sendiri memang KOMITED untuk membantu anak-anak kita menguasai kemahiran berasaskan seni ini. Kami percaya bahawa aktiviti seni ialah alat penting untuk membantu meningkatkan daya tumpuan anak, di samping melatih skil pengurusan stress mereka. 

Dalam kelas Komik Kartun, anak-anak kita berpeluang untuk mengasah daya kreativiti dan imaginasi dalam melukis kartun, boleh asah skill problem solving mereka dan boleh develop perasaan empati dalam diri mereka.

Kalau dalam kelas Teknik Mewarna & Oil Pastel pula, secara tak langsung dapat merangsang kemahiran motor halus seperti cara memegang pensel warna dengan betul. Ini kerana semasa mewarna, otot-otot seperti jari, tangan akan bergerak. Sel-sel otak juga sedang berhubung bila buat aktiviti seni ni. Aktiviti begini juga bagus dan dapat mengurangkan "SCREEN EXPOSURE" pada anak-anak kita. 

Tunggu apa lagi? Jom lah daftarkan anak-anak sekarang sebab tempat adalah terhad ya. Sayang pula kalau terlepas kelas seni ni. Ibu-ibu boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" untuk mendaftar dan dapatkan HARGA DISKAUN berpatutan.


Related Posts

Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata
Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata
Kajian saintis menunjukkan anak yang sudah terlalu leka dan seronok dengan gajet ini bakal mengalami MASALAH SENSITIV...
Read More
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Program Artcamp daripada Artman baru sahaja melabuh tirai. Seminggu cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk anak-anak...
Read More
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa...
Read More

Filter
5 Aktiviti Elak Anak Stress Semasa Cuti Sekolah
5 Aktiviti Elak Anak Stress Semasa Cuti Sekolah