5 Apps Ibu Ayah Wajib Ada Untuk Elak Anak Tertengok Bahan Lucah

Banyak kerisauan yang timbul pada ibubapa apabila memberikan gadget kepada anak - anak. Memang ada keperluannya sekarang, oleh kerana sesi pembelajaran kini berlangsung secara online. Akan tetapi, harus diingat bahawa smartphone ini memang banyak perkara yang boleh diakses di hujung jari sahaja, samada baik mahupun yang sebaliknya. Yang penting ada internet. Sedikit sahaja kita sebagai ibubapa ini culas, boleh jauh terpesong perginya nanti anak - anak ini. 

Sebenarnya, ada cara untuk kita kawal penggunaan gadget anak - anak ini, boleh juga kita set apa yang anak boleh akses, set tempoh masa penggunaan gadget dan lain - lain. 

Ini dia 5 apps yang ibubapa boleh install untuk kawal gadget anak:

1. FamiKit

Banyak kelebihan yang boleh kita dapat dari apps ni. Anataranya ialah boleh menetapkan screen time anak - anak dengan gadget juga boleh kawal berapa lama anak - anak online, akses browser history anak - anak, dan boleh block sesetengah website, block YouTube mengikut kategori. Selain itu, sekiranya kita atau anak di luar kawasan, kita juga boleh pantau lokasi anak - anak melalui apps ini.

2. MMGuardian


Apps ini boleh digunakan samada di Android mahupun iOS. Kelebihan apps ini ialah kita boleh tahu lokasi anak - anak, boleh block perisian - perisian yang tidak sesuai dan juga boleh block panggilan dari seseorang yang kita tidak mahu seperti nombor scammer, penculik dan lain - lain. Yang paling menarik sekali, kita juga boleh dapatkan laporan terperinci penggunaan smartphone anak - anak.

Penting untuk kita install salah satu apps ini, bukan sebab tak percaya anak. Tapi tak percaya dengan 'opportunists' yang anak belum tahu bezakan. Kadang-kadang dalam zoom chat pun sempat 'menyelit jarum'.

3. Kids360


Apps ini membantu ibubapa untuk kawal masa penggunaan gadget anak - anak. Apa yang perlu dilakukan ialah ibubapa perlu install apps Kids360 sebagai kawalan phone anak, manakala phone anak perlu install Alli360 untuk dipasangkan dengan phone ibubapa. Sama seperti apps yang lain, ianya boleh kita set kan masa penggunaan gadget anak, block aplikasi yang tidak sepatutnya, juga boleh lihat berapa kerap anak - anak akses setiap apps. 

Apps yang tak kita mahukan ini, kadang-kadang sengaja diaturkan untuk 'pop up' sedang anak leka guna gajet. Kita pun bukan sentiasa ada untuk pantau mereka. Halus jarum mereka, ibu ayah semua. Lainlah kalau anak kita buat aktiviti seni depan mata kita. Kita nampak mereka lukis apa, warna apa dan lain-lain. 

4. ESET Parental Control


Antara kelebihan apps ini selain apps yang lain ialah ianya menyediakan mode Battery Protector yang mana ianya akan mengehadkan masa untuk anak - anak bermain game apabila telah samoai tempoh waktu bateri sudah lemah. 

5. Google Family Link For Parents


Ramai yang katakan ini adalah aplikasi terbaik yang boleh digunakan ibu bapa bagi mengawal telefon pintar Android milik anak-anak.
Untuk pengguna Iphone, mereka perlu menggunakan iOS9 dan ke atas bagi mendapatkan akses terhadap aplikasi Google Family Link namun beberapa kelebihan tidak dapat diakses sepenuhnya.

Contoh, Google Family Link For Parents bagi version Iphone iOS9 dan ke atas boleh didownload tetapi Google Family Link For Teens And Children tidak boleh didownload jika anda menggunakan iOs10 dan kebawah.

Kelebihan apps ini yang utama adalah anak anda sama sekali tidak boleh membuang aplikasi tersebut dari telefon anda, walau apa sahaja kaedah digunakan termasuklah reset telefon kerana ia memerlukan email dan password dan akses code.
Sebenarnya, ada sahaja caranya untuk kita mengawal gadget anak - anak. cuma bergantung pada kita sendiri samada mahu bertindak atau hanya ingin lepas tangan sahaja dengan membiarkan anak - anak menggunakan gadget sewenang - wenangnya. Biar kita penat menjaga dan memantau, dari penat menangis anak dirosakkan apps / gajet / orang. Sibukkan anak dengan aktiviti yang memberikan manfaat, TETAPI tetap bermanfaat.

Semoga memberi manfaat kepada semua ibubapa diluar sana. Semoga anak - anak kita tidak dirosakkan oleh anasir - anasir buruk yang ada di sosial media sekarang ini.
Jom cerdaskan minda anak - anak dengan asah bakat seni mereka dengan mengikuti kelas seni Artman dan dapatkan TAWARAN HARGA COMBO dengan pembelian PAKEJ ARTMAN. TERUS KLIK GAMBAR DI BAWAH untuk mendaftar.



Atau boleh sahaja klik ADD SELECTED TO CART untuk pembelian berdasarkan pakej di bawah.
 


Related Posts

Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Kisah Kimi pernah viral 6 tahun lalu iaitu, seorang anak yang dibuang ibunya dan menderita hidup dalam angan-angan se...
Read More

Filter
5 Apps Mak Ayah Wajib Ada Untuk Elak Anak Tertengok Bahan Lucah - Saiful Nang Academy
5 Apps Mak Ayah Wajib Ada Untuk Elak Anak Tertengok Bahan Lucah - Saiful Nang Academy