3 Langkah Penting Didik Anak Bijak & Kreatif

Ramai ibubapa yang anggap anak yang bijak itu mesti cemerlang dalam akademik, boleh skor A setiap subjek

Tahu tak, perkembangan yang baik untuk anak - anak bukanlah bergantung kepada berapa banyak ‘A’ yang dikumpul, tetapi juga pada MINDA YANG KREATIF.


Nak skor peperiksaan, boleh baca buku. Tapi, nak selesaikan masalah perlukan MINDA yang kreatif.

Kalau terlalu banyak masa anak dengan GADGET, tambahan pula tidak DIKAWAL & DIPANTAU penggunaannya sehingga anak TAK PANDAI bergaul dengan orang sekeliling, adakah itu anak yang BIJAK?

Banyak lagi sebenarnya kelebihan anak yang kreatif ni, bukan sahaja bijak menyelesaikan masalah, mudah bergaul dengan orang, tetapi juga mereka ini mampu MENGAWAL EMOSI


Apapun, nak dapatkan hasil anak yang bijak dan kreatif pastinya perlukan KREATIVITI, baik pada anak, mahupun pada ibubapa yang mendidik mereka.

Ibubapa yang nakkan anak yang bijak & kreatif, boleh ikuti 3 langkah ini:

1. Jangan Jadikan Gadget & TV Sebagai Hiburan Utama



Hari ini, memang ramai anak - anak yang dari kecil lagi dah ada gadget sendiri, tak kurang juga dengan anak yang 'conquer' siaran TV di rumah tu. Ingat ya mak ayah, banyak lagi aktiviti yang boleh kita jadikan sebagai hiburan untuk anak - anak. Bukan tak boleh nak beri pendedahan/ ruang untuk tengok TV , tapi ada HAD & BATASANNYA, jangan sampai anak dah tak hiraukan kita sebab LEKA dengan perkara yang MELALAIKAN.

2. Sediakan Ruang & Bahan Untuk Anak Berkarya


Ibubapa boleh berikan satu ruang di rumah contohnya seperti di bilik tidur anak sendiri sebagai ruang untuk mereka menunjukkan kreativiti mereka. Berikan bantuan IDEA dan sediakan bahan yang diperlukan sebagai SOKONGAN untuk mereka mencantikkan ruangan tersebut. Secara tak langsung, aktiviti ini dapat memberi galakan untuk setiap anak memastikan ruangan mereka sentiasa kemas & cantik.

3. Banyakkan Aktiviti Outdoor & Sensory Sejak Kecil



Kemahiran Motor Halus (Fine Motorskill) sangat penting untuk perkembangan anak - anak untuk melatih pergerakan tangan & kecergasan fizikal mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti menggunting, mewarna, menanam pokok dan sebagainya. Jika anak banyak main gadget sahaja, pergerakan fizikal juga akan jadi sangat kurang, juga boleh cenderung kepada OBESITI & MASALAH PENGLIHATAN.

Semoga tips ini membantu ibubapa yang berusaha mendidik anak - anak untuk menjadi yang terbaik. Semuanya perlukan usaha yang BERTERUSAN untuk dapatkan hasil yang TERBAIK ini.

Bagi ibubapa yang berminat untuk mengisi masa lapang anak di hujung minggu, boleh daftarkan anak - anak ke KELAS SENI ARTMAN bersama kami mengikut tarikh / waktu terdekat yang ditetapkan : 

SABTU | 29 JANUARI 2022
10.00am - 1.00pm Kelas Komik Kartun
2.00pm - 4.30pm Kelas Teknik Mewarna


Boleh ulangtonton video rakaman kelas dalam tempoh 1 bulan bermula dari tarikh daftar kelas-kelas.

Hanya klik button ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar secara pantas dan dapatkan harga DISKAUN dengan pakej yang ditawarkan.


Related Posts

Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Kisah Kimi pernah viral 6 tahun lalu iaitu, seorang anak yang dibuang ibunya dan menderita hidup dalam angan-angan se...
Read More

Filter
3 Langkah Penting Didik Anak Bijak & Kreatif
3 Langkah Penting Didik Anak Bijak & Kreatif