6 Tips OOTD Raya Terbaik Walaupun Shoot Guna Smartphone

Raya dah nak dekat, jadi kami ingin kongsikan tips OOTD untuk semua baik yang solo mahupun yang dah berkeluarga. Tak kisah guna smartphone brand apa, jika praktikkan ilmu yang akan kami kongsikan di bawah ni, pasti boleh dapat OOTD yang marvellous! 

1. PENCAHAYAAN 

Ini memang banyak kali kami tekankan setiap kali kami bercakap mengenai photography. Pastikan lokasi / scene / spot kita nak ambil gambar tu mempunyai cahaya yang cukup. Jika kita ambil gambar di tempat yang gelap / kurang pencahayaan, gambar kita akan mempunyai noise (bintik-bintik hitam di gambar) yang tinggi. Nak edit hilangkan noise tu pun susah kalau ada banyak sangat. Sebaiknya shoot lah di tempat yang ada sumber pencahayaan yang baik, dan satu lagi tips yang kami nak kongsikan, elakkan bergambar di bawah cahaya matahari especially waktu tengahari; matahari masa tu tengah tegak di atas kepala. Cahaya akan jadi terlalu harsh dalam foto kita nanti. 

2. JAGA BREATHING SPACE

Bahasa mudahnya, jaga ruang kepala dan kaki. Bila nak ambil gambar OOTD, pastikan ruang kaki lagi sedikit berbanding ruang kepala. Barulah boleh beri effect yang tinggi kepada subjek. Rujuk gambar di bawah ni jika tak faham apa yang kami maksudkan. Lepas tu boleh praktis, okay! 

3. CARI BACKGROUND ATAU SUBJEK 

Bila nak ber-OOTD, pastikan kita tahu dan kenal pasti background kita. Nak ber-background kan rumah kampung ke, atau bendang ke, dinding kosong ke atau pun nak bergambar di luar rumah (background alam semula jadi). 

Pastikan juga baju yang dipakai tidak sama warna dengan background, tidak 'blend-in' orang kata. Pakai baju coklat, ambil pula gambar di rumah kayu dinding warna coklat juga. Memang tak masuk cerita dia. Subjek dalam gambar pun tenggelam. Kalau baju yang dipakai pula sarat dengan labuci dan baju kembang, OOTD di background yang simple lebih sesuai. Jadi bila orang lihat foto kita, mereka akan memfokuskan pandangan kat arah subjek (kita).

4. JANGAN MALU 

Nak dapat gambar OOTD yang cantik dan on point, jangan malu untuk minta tolong orang ambil kan gambar kita. Kebiasaannya, yang agak pandai nak ambil gambar ni orang muda sebab mereka lebih terdedah dengan trend semasa, jadi lebih elok kalau kita minta mereka yang ambilkan gambar kita. Kalau minta orang tua yang ambilkan, hrrmm.. (saya tak cakap, awak yang cakap :p )

Bila minta tolong orang ambilkan gambar kita, boleh terangkan serba RINGKAS nak gambar macam mana. Tapi jangan sampai mengarah pula ya, melampau namanya tu. Mereka nak tolong ambilkan gambar kita pun dah cukup baik. 

DAN JANGAN MALU NAK POSE! Sebelum nak minta tolong orang ambilkan gambar kita, kita dah tahu posing bagaimana yang ingin kita buat. Posing pegang tudung ke, posing pandang kiri ke, posing ala-ala berjalan ke.. Jangan dah suruh orang ambilkan gambar kita, time tu lah baru nak fikir nak posing macam mana. Jangan buang masa orang okay!

5. STUDY TEMPAT KITA NAK PERGI

Kalau kita dah tahu terlebih awal lokasi yang kita nak pergi, kita boleh study dulu bagaimana orang posing di situ dan di mana exact spot nya. Tak ada lah nanti kelam-kabut. Sekurang-kurangnya, kita boleh pakai pakaian yang sesuai dan tidak 'blend in' dengan sekelilingnya. Rujuk semula point nombor 3 jika kurang jelas. 

6. EDIT GAMBAR 

Dah puas ambil gambar dan ber-OOTD, jangan lupa edit foto tu ya. Barulah foto akan jadi lebih mengancam. Mana yang suram tu kita ceriakan, jerawat yang ada kita hilangkan, gambar yang gelap kita terangkan, nak create 'mood' atau preset sendiri pun boleh juga. Banyaklah sebenarnya yang boleh dibuat dengan foto editing ni. Banyak apps percuma yang ada dan boleh download seperti Lightroom Mobile dan juga Snapseed. 

**TIPS EXTRA: Ini tips untuk yang nak OOTD tapi nak nampak ilusi kurus. Bila posing, pastikan kita mengiringkan sikit badan dan tangan cekak di pinggang. Boleh play around dengan posing kaki juga untuk beri effect yang tinggi dan kurus. Jangan malu untuk praktis depan cermin ya, nanti baru slowly tahap keyakinan diri kita akan datang untuk posing di di tempat awam pula. 

Nak belajar bagaimana nak ambil gambar dengan cantik gunakan smartphone, boleh belajar dengan kami juga. Kami ajarkan sampai pandai dari segi leading line, komposisi, pencahayaan, editing mudah dan banyak lagi. Semuanya guna smartphone dan proses pembelajaran juga secara online. Lepas ni semua orang dah pandai ambil gambar dengan betul dan cantik. Barulah boleh dapat banyak Like kat Instagram / Facebook, silap-silap nak buat jual di platform online dan dapat duit dalam nilai US Dollar pun boleh. 



Filter
6 Tips OOTD Raya Terbaik Walaupun Shoot Guna Smartphone - Saiful Nang Academy
6 Tips OOTD Raya Terbaik Walaupun Shoot Guna Smartphone - Saiful Nang Academy