5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Raya Keluarga Dengan Cantik Guna Henfon

Sedar tak sedar, lagi seminggu lebih nak raya. 
Rasa macam baru haritu masuk tahun baru. 

Walaupun raya tahun ni belum dapat nak beriya-iya sakan beraya macam zaman sebelum Covid19, tapi kita masih boleh bergambar sakan di rumah masing-masing / rumah saudara-mara terdekat. Kali ni kami nak kongsikan 5 tips cara nak ambil gambar raya keluarga hanya dengan gunakan smartphone sahaja. 

1. LEADING LINE 

Leading line ni ialah garis yang muncul di dalam foto yang di position kan oleh jurugambar untuk menarik perhatian dan fokus penonton ke satu arah. Contoh seperti gambar ini. Jalan di belakang itu digunakan oleh jurugambar sebagai leading line di dalam gambar ini.

2. RULES OF THIRD

Okay dalam fotografi, salah satu komposisi yang ada ialah Rules of Third - satu jenis komposisi di mana gambar dibahagikan kepada 1 per tiga baik secara mendatar mahupun menegak. Subjek dalam gambar haruslah diletakkan di persimpangan garis pemisah tersebut, atau di sepanjang salah satu garis itu sendiri. 

3. FRAMING 

Framing ni pula ialah pembingkaian dalam fotografi. Tujuannya ialah untuk menarik fokus kepada subjek di dalam foto dengan menyekat bahagian gambar yang lain dengan penggunaan objek/subjek di lokasi bergambar. Framing ini jugak boleh diletak di tengah gambar atau di pinggir/tepi. Nanti bila nak ambil gambar raya, boleh gunakan tingkap rumah mahupun pokok-pokok sebagai framing. 

4. FOREGROUND 

Salah satu jenis komposisi yang boleh kita praktikkan bila nak ambil gambar raya ini ialah Foreground. Foreground ni kalau bahasa mudahnya ialah latar depan bahagian gambar yang paling dekat dengan kamera. Bahasa pasarnya ialah bahagian lantai atau negative space di bahagian kaki. 

Ruang latar depan dalam gambar ini dapat digunakan untuk menarik perhatian pada subjek yang terlebih lebih jauh ke dalam gambar, atau boleh juga digunakan sebagai framing. Contoh seperti gambar ini, dedaunan itu dijadikan sebagai foreground dan sumber cahaya itu dijadikan sebagai framing kepada subjek di dalam foto.

5. REFLECTION

Komposisi yang mudah juga untuk dipraktikkan ialah reflection. Reflection ni digunakan ketika kita menggunakan permukaan yang boleh beri kesan reflection seperti cermin, tasik, dan air takungan. Pendek kata, apa saja permukaan yang berkilat boleh dijadikan sebagai reflection dalam gambar raya kita. 
 

Senang je kan sebenarnya nak ambil gambar ni? Guna smartphone jer pun dah boleh dapat gambar yang cantik jika kita ambil kira dari sudut komposisi dan pencahayaan. Barulah boleh dapat gambar raya yang memukau dan boleh dapat ratusan Like bila upload di Facebook dan Instagram.

Alang-alang belajar cara nak ambil gambar guna smartphone, belajar sekali bagaimana nak edit gambar kita. Edit naikkan seri gambar dan warnanya, gambar yang gelap tu boleh dicerahkan kan, jerawat yang tiba-tiba keluar pagi raya tu pun boleh edit kasi flawless. Sekarang ni pun tengah ada promo kalau join 1 kelas harga RM70, tapi kalau join kedua-dua kelas Smartphone Photography dan Smartphone Photo Editing cuma RM100 sahaja. Boleh jimat RM40! Boleh klik je ya gambar bawah ni kalau nak belajar dengan kami minggu ni.

Nanti gambar tu boleh la gunakan untuk buat kad raya digital dan hantar kepada kenalan dan ahli keluarga di Whatsapp. Yelah, nak rentas tak boleh, hantar kad raya digital sebagai tanda ingatan pun sudah cukup memadai sebagai tanda ingatan. 

 



Filter
5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Raya Keluarga Dengan Cantik Guna Henfon - Saiful Nang Academy
5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Raya Keluarga Dengan Cantik Guna Henfon - Saiful Nang Academy