5 Teknik Ini Membuatkan Gambar Nampak Seperti Pro Walaupun Shoot Guna Henfon Cap Ayam
1. SHADOW PLAY
Nak main dengan shadow play ni mudah. Kalau nak dapat gambar macam di atas kena bangun pagi ataupun petang sebelum senja. Cari timing yang betul terutamanya pada waktu matahari berada pada 45 darjah untuk mengeluarkan effect seperti dalam gambar di atas. Ada banyak lagi jenis shadow play tetapi ini yang paling muda.
2. FRAMING
Simple sahaja komposisi ini. Kita letak subjek di dalam mana-mana framing yang kita nampak di sekeliling kita. Tak semestinya bulat, boleh jadi petak, bulat dan macam-macam lagi bentuk. Fungsinya adalah untuk mengajak penonton yang melihat gambar ini fokus kepada subjek utama dalam gambar iaitu pasangan yang comel ini.
3. LEADING LINE
Line yang ada dalam gambar ini berjaya membawa kita untuk lihat kehadapan. Leading line tak semestinya straight. Asalkan nampak linenya menuju ke sesuatu subjek consider tiada masalah. Sabtu ni kita tunjuk lagi banyak jenis leading line.
4. PATTERN & REPETITION
Bila ada bentuk yang sama yang diulang-ulang jadi itu dinamakan pattern and repitition. Bila nampak unsur ni kita just letak je subjek untuk break the pattern maka gambar akan nampak lebih menarik dan lain daripada yang lain. Colour contrast yang baik seperti dalam gambar ini berjaya menimbulkan subjek dalam gambar jika kita perhatikan. Apa tu colour contrast?? Kena join kelas kalau nak tahu.
5. REFLECTION
Pantulan sewaktu air tenang menghasilkan effect yang cukup menarik. Tak semestinya tasik. Pakai cermin, lopak air dan banyak lagi cara boleh. Gambar seperti ini kita namakan creative shot.
Jom ajak kawan-kawan dan sharekan kepada anak-anak yang tak buat apa kat rumah tu pun boleh join. Kita ajar ambil gambar guna smartphone je. Smartphone brand apa tak kisah, janji smartphone yang ada kamera. Paling muda sebelum ni anak kecil berusia 8 tahun dah join. Abahnya yang daftarkan untuk dia.