5 Tips Waktu Terbaik Untuk Ambil Gambar Landscape Dengan Cantik

Tips waktu terbaik untuk shoot landscape bagi pendatang baru dalam dunia fotografi.

Bukan untuk newbie je, tapi ilmu ni untuk semua yang minat ambil gambar pemandangan atau nature. Kami kongsikan di sini waktu bila yang terbaik untuk pergi shoot. Boleh scroll gambar dan baca sampai habis.

1. Sunrise

Disiplin bila nak shoot landscape ni ialah MASA. Nak capture waktu sunrise ni kena bangun awal pagi dan keluar rumah awal. Sebelum subuh kita dah terpacak kat lokasi shooting. Sunrise light is cooler (cuaca sejuk) sebab ada less particle dalam ruang udara. Shoot sunrise ni ada kelebihannya juga seperti tak ada/ramai orang di lokasi shooting kita.

Sampai awal, set up equipment kita dan tunggu. Waiting game dah bermula. Boleh la bawa breakfast dan botol air utk minum dan utk kegunaan air wuduk. Buang hajat siap-siap kat rumah sbb kebiasaannya lokasi shooting kita ni tak ada toilet

2. Sunset

Okay kalau shoot sunset pula, kita boleh dapat multicoloured nature. Kalau shoot di city pula, waktu sunset ni lampu-lampu jalan dah buka jadi foto kita akan jadi lebih cantik. Scroll gambar sampi habis ada kami masukkan gambar di city

3. Golden Hour

Atau dikenali juga sebagai Magic Hour. Golden hour ni satu jam selepas sunrise dan satu jam sebelum sunset. Bahasa mudahnya time senja lah orang kita kata. Masa ni langit cantik sangat, kena sentiasa ready dengan equipment kita dan kalau boleh jangan lepaskan peluang untuk ambil banyak shots dan dari pelbagai angle.

4. Blue Hour

Blue Hour (langit kebiru-biruan) ni pula berlaku 2 kali dalam sehari tapi ianya berlaku dalam sekejapan sahaja dalam 15-20 minit. Blue Hour ni akan muncul sebelum sunrise dan selepas sunset. Dlm waktu yang singkat ni make sure kita dah ready dgn equipment kita dan ambil sebanyak mana shot yg boleh. Lambat sikit je langit dah tukar jadi gelap.

Kenapa kena ambil banyak-banyak? Sebab akan ada gambar yang tak jadi, dan sebab kita dah tunggu lama untuk dapatkan shot yg terbaik.

Tapi kalau tak dapat shot yang kita nak? Mudah. Esok datang lagi dan lagi sampai kita puas hati dengan hasil foto kita.

5. Selepas Hujan

Maksud selepas hujan ni pula, hujan pada malam atau hari sebelumnya. Contoh bila malam tu hujan, esok pagi-pagi kita pergi shoot sunrise, confirm langit cantik.

Antara kelima-lima waktu ni, yang mana satu yang paling susah untuk kita shoot?

Jawapannya sunrise, sebab kena bangun awal pagi. Sebelum Subuh kita dah terpacak kat lokasi shooting.

Kami ada ajarkan juga cara ambil gambar landscape dengan menggunakan smartphone. Jadi yang tak ada camera pun boleh belajar juga tiada masalah. Smartphonr pula kalau boleh keluaran 5,6 tahun kebelakangan ini. Bukan apa, takut nanti ada apps yang kita suggest nanti tak compatible dengan device yang kita guna. Nak belajar dengan kami boleh klik je gambar di bawah. Hari Ahad 11/4 kami ada buat kelas secara Live..



Filter
5 Tips Waktu Terbaik Untuk Ambil Gambar Landscape Dengan Cantik - Saiful Nang Academy
5 Tips Waktu Terbaik Untuk Ambil Gambar Landscape Dengan Cantik - Saiful Nang Academy