4 Lokasi Yang Boleh Jadi Port Landscape Photography Terbaik Di Malaysia

Dalam musim pandemik ni, pergerakan kita sememangnya terbatas untuk ke luar negara. Namun, masih banyak khazanah dan binaan negara yang cantik dan boleh kita abadikan dalam gambar kita.

Jom check out 4 tips di mana kita boleh  cari tempat cantik di sekitar Malaysia.

1. TEMPAT YANG BANYAK SKY SCRAPPERS

. Bangunan tinggi menjulang ke langit sering menjadi kebanggaan negara. Cari waktu terbaik seperti golden hours dan sinar matahari akan memancar di sebalik bangunan. Cahaya matahari akan bantu menyerikan lagi subjek sekaligus mencantikkan lagi gambar kita. 

 

Contoh lokasi : Sekitar Bangunan Menara Berkembar Petronas KLCC.

 

 

2. TEMPAT SENIBINA ISLAM ATAU TRADISIONAL

. Ukiran kayu adalah kemahiran orang melayu terdahulu dan generasi kini patut menghargai seni halus yang dipelihara sehingga sekarang. Ukiran-ukiran ini sering terlihat di bangunan bersejarah dan masjid-masjid. 

Jika bukan kita, siapa lagi yang nak mengabadikan dan menyambung warisan ini kan? 

 

Contoh Lokasi : Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

3. ALAM SEMULAJADI

. Manfaatkan anugerah Ilahi di atas bumi Malaysia ini untuk hasilkan gambar landskap yang menarik. Siapa kata gambar dalam Malaysia tak boleh tandingi gambar antarabangsa, kalau kena dengan tekniknya pasti menjadi tatapan idaman kalbu rakyat Malaysia yang mendambakan ketenangan alam semulajadi.

 

Contoh Lokasi : Sawah Padi di Taiping. 

 

4. TAMAN BUNGA ATAU PERMAINAN

. Bunga mampu menyerikan lagi gambar kita. Adakala kehadiran subjek manusia meraikan lagi gambar kita di lokasi sebegini. Contoh yang sama juga di Taman Permainan, moment kanak-kanak riang menaikkan lagi mode ceria dalam gambar landskap yang kita hasilkan. 


Contoh lokasi : Taman Bunga di Pantai Mersing, Johor.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ! 

********************

Semua gambar-gambar ini kalau perasan dalam Malaysia sahaja, tapi dengan ilmu dan teknik yang betul kita pun boleh belajar hasilkan gambar-gambar sebegini. Kami ajar shoot guna smartphone sahaja, jadi yang tak ada camera DSLR atau Mirrorless pun masih boleh belajar, jangan risau. Kami boleh ajarkan sekali apps apa yang boleh kita download untuk bantu kita ambil gambar landscape dengan lebih baik, dan bagaimana teknik editing yang betul untuk gambar kategori ini.

 

Kelas 3 jam sahaja dan kalau tak sempat join semasa Live pun tak apa, boleh tonton video rakaman berulang kali sampai faham. Boleh klik sahaja di gambar bawah ini untuk masuk kelas ya.



Filter
4 Lokasi Yang Boleh Jadi Port Landscape Photography Terbaik Di Malaysia - Saiful Nang Academy
4 Lokasi Yang Boleh Jadi Port Landscape Photography Terbaik Di Malaysia - Saiful Nang Academy