5 Pengalaman Ngeri Business Owner Dalam Photoshoot Fashion Yang Wajib Dihindari.
Pernah tak kalau bila kita dah tiba di tempat shooting, baru kita perasan ada perkara yang tak ikut plan. Alamak! Macam mana nak buat? Kalau nak patah balik, masa, wang dan tenaga akan terbuang.
.
Sebab tu kita nak share kan pengalaman yang sebenarnya boleh dihindarkan kalau kita buat persediaan awal. Supaya hari pengambaran berjalan dengan lancar dan tak banyak masalah. Jom check it out.
1. Terlupa fitting baju model
Yang ni memang azab lah kalau kita tak ready sebelum hari shooting, untuk model buat sesi fitting. Tiba hari nak shoot, baju senteng, terbesar atau tak muat. Memang hancusss gambar dibuatnya. Jangan lupa tau buat fitting model dulu.
2. Terlupa caj atau bawa powerbank.
Ya sekarang ni kita shoot pakai handphone saja sebab tu Saiful Nang Academy buat kelas Smartphone Fashion Photography. Tapi kalau kita confident keluar rumah tanpa bawa powerbank alamatnya shoot 1 jam sajalah. Tak banyak shots dapat. Ni sama kes kalau lupa bawa extra bateri kamera. So, jangan lupa bawa powerbank full charged ok.
3. Tak buat rujukan
Okay kalau baju dah lawa, tapi kita tak cari reference gambar dan pose yang kita mahu, boleh jadi tepu minda nak shoot. Alih-alih asyik gaya sama saja. Tak kreatif dan gambar jadi tak menarik. Sebelum shooting kita boeh study dulu ya gambar-gambar fashion yang professional di Pinterest atau lain-lain laman web.
4. Tak “recce” lokasi.
Masa buat shooting list dah semangat nak pergi tempat yang kita plan, tapi sampai-sampai rupa-rupanya tempat tu private atau kena bayar extra. Dah last minute kena cari tempat lain. Jadi pastikan sehari atau dua hari sebelum shooting kita tinjau dulu lokasi yang kita nak shoot tu ya.
5. Tak kaji cuaca.
Setiap handphone mesti ada whether forecast kan. Kita boleh tengok esok waktu shooting bagaimana cuaca yang diramal supaya boleh buat back up plan. Kalau nak buat gambar ceria tapi kalau cuaca mendung automatik gambar pun jadi melancholic.
Semoga bermanfaat!
*****************