3 Sebab Fotografi Landskap Guna Smartphone Jadi Pilihan

 

Guna smartphone pun boleh hasilkan foto landskap yang hampir setara kamera. 

Jangan berduka atau terasa ketinggalan sebab dah berkurun tak ke luar negara. Tak ada padang pasir dan unta, kita di Malaysia kan masih ada pasir pantai dan kuda. Guna 'mata lebah', pasti akan jumpa yang positif. Ya, kalau nak tahu, gambar di padang pasir Sahara ini dirakam menggunakan SMARTPHONE! Like, wow sangat, kan?

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam genre/jenis fotografi landskap, ini adalah jenis fotografi dengan rakaman gambar yang menunjukkan mood dan semangat 'berada di luar rumah'. Tak kiralah depan rumah, atau beribu batu jaraknya dari rumah.

Gambar perlu membangkitkan semangat hingga yang melihatnya terasa berada di sana untuk melihat sesuatu yang luar biasa. Tak semestinya kena ke luar negara, shoot di depan rumah sahaja pun ada masanya jika kena gaya, boleh menghasilkan gambar yang sangat menarik. Lagi-lagilah kalau shoot guna smartphone sahaja. Boleh guna smartphone yang memang sentiasa kita bawa ke mana saja tu kan? 


Apabila orang melihat apa yang kita shoot, diharapkan hati mereka akan sama 'mengigal' keterujaan. Kita mahu mereka merasakan emosi yang sama seperti yang kita rasakan, berdiri di tengah-tengah alam dan berkongsikan sesuatu yang menakjubkan. Maklumlah, lagi-lagi sepanjang tahun ini tak berapa nak dapat ke mana-mana. Geram tengok gambar air terjun dengan buih-buih yang memutih. Dapat berendam sekejapan pun boleh mendamaikan. Yang tak pergi, boleh bayangkan dan 'rasa' ketenangannya seakan dah pun berada di sana.

Kalau pakai smartphone epal boleh tambah editing apps seperti Slow Shutter dengan sedikit bayaran, untuk dapatkan effect sama seperti gambar air terjun ni.

 

Bagi pengguna bukan epal pula, mungkin boleh gunakan apps Camera-FV-5 atau versi terkini jika ada.

Ok lah kan? Tambah apps di smartphone dan tetap boleh hasilkan effect yang hampir sama macam guna kamera DSLR dalam penghasilan gambar air terjun tadi. Jimat banyak juga. 

(1) Guna smartphone mudah nak lebih dekat dengan alam
Semasa merakam gambar landskap, kita pergi ke luar rumah dan menikmati semua keindahan yang ada di sekitar kita. Tak kiralah kalau depan rumah kita 'hanya ada' sawah padi terbentang luas. 
Kita mungkin melihat beberapa view super cantik yang tidak pernah kita perhatikan sebelumnya, walaupun ianya berada di hadapan kita sepanjang masa. Bila 'melintas' sahaja view macam ini, seluk poket, keluarkan smartphone, dan terus shoot gambar pemandangan cantik tu.
Shoot beberapa keping, dari beberapa sudut, tengok semula hasilnya dan ulang jika masih tak berpuas hati. Nak edit terus tepi bendang, boleh. Nak edit selepas masuk rumah nanti pun boleh. Kalau kongsikan di medsos, pasti ada sahabat kita yang terkesan dan rasa nak 'terbang' ke tempat kita. 'Mat saleh' yang memandang, apatah lagi. Terus rasa nak tempah tiket kapal terbang ke sini.

Tak ada bendang? Rumput pun boleh. 

(2) Guna smartphone untuk melihat dunia dari perspektif berbeza
Pastinya, menjadi jurugambar landskap bukan hanya bermaksud pergi ke tempat yang belum pernah kita pergi sebelumnya dan mengambil beberapa gambar yang cantik di sana. Tetapi adakalanya ia membuka peluang untuk kita menikmati matahari terbit dan terbenam dengan cara yang sama sekali berbeza.

Kalau orang lain biasa tunggu 'sunrise' dan 'sunset' di tepi pantai, kita tunggu 'sunset' di tingkat paling atas apartmen atau di tingkat atas parking lot shopping complex yang selalu kita pergi pun boleh.
Nak pergi shopping, TERjumpa view cantik, dah tak payah susah-susah keluarkan kamera berat nak shoot. Smartphone sekarang dah mantap dah. Ada yang dah setanding kamera, 'features' utamanya. Edit sikit nak 'naikkan seri' gambar, kongsi terus di medsos. Mudah.

(3) Guna smartphone membantu memperbaiki aura dan mood
Foto landskap berkualiti tinggi dapat meningkatkan mood kita dengan ketara. Dengan itu, fotografi landskap adalah seperti terapi meditasi terbaik dan murah (adakalanya, percuma). Mana tak percuma, nampak langit cantik di depan rumah sendiri, mana kena bayar. 'Mat saleh' kata, the grass is always greener on the other side, tapi kita janganlah hanya cari rumput menghijau di tempat nun jauh, kalau rumput depan rumah pun dah cantik sangat. Yang penting, ada 'seni melihat'. Guna smartphone yang ada pun boleh. Kita ni, kalau manusia yang punya hati dan perasaan, nampak view cantik mesti akan rasa gembira. Mulut mesti nak sebut WOW atau SUBHANALLAH, kan? Dapat tengok pelangi petang pun dah rasa semacam seronoknya.

Shoot gambar waktu matahari dah nak habis terbenam sambil nak bakar ikan tepi pantai pun dah boleh sangat dengan smartphone yang ada 'night mode'. Langit dan ufuk biru tu sama 'menggiurkan' dengan ikan bawal emas 5kg yang sedia untuk dibakar tu. Geram je rasa. 

Ada ke sesiapa tahu, landmark super cantik ni di mana? Dalam Malaysia je ni.
Itulah, sekarang ni, tak perlu berhabis atau pening kepala nak ada kamera mahal-mahal. Guna je apa yang ada di tangan. Tak elok kalau menzalimi diri. Yang penting, USAHA CARI ILMU. Gambar landskap secantik yang ada ni pun semuanya kita shoot guna smartphone je.

Jom, kita kongsikan lagi tentang FOTOGRAFI LANDSCAPE guna smartphone. Macam-macam yang kita tak sangka boleh kita tahu nanti . 

KELAS ONLINE SMARTPHONE LANDSCAPE PHOTOGRAPHY

 

25 APRIL 2021 (Ahad)  

9 am-12 pm (3 jam)

 

**PROMOSI HARGA DURIAN RUNTUH**

Daftar 4 Kelas pada Harga 3 Kelas SAHAJA  yang merangkumi kelas-kelas berikut :

 

1. Smartphone Photography

2. Smartphone Photo Editing 

3. Smartphone Landscape Photography

4. Fotowang (kelas belajar jual gambar online) 

 

Harga asal : RM 200 

Harga Promosi : RM 150 

Jimat RM50!!

 

Tarikh tamat harga promosi adalah pada 21 April 2021 (RABU). 



Filter
3 Sebab Fotografi Landskap Guna Smartphone Jadi Pilihan - Saiful Nang Academy
3 Sebab Fotografi Landskap Guna Smartphone Jadi Pilihan - Saiful Nang Academy