3 Rahsia Mudah Nak Ambil Gambar Reflection Menggunakan Smartphone

Air yang tenang jangan disangka tiada reflection. Selepas ini kalau jalan-jalan, berjoging, bolehla ambil gambar cantik banyak-banyak.  

Kami kongsikan 3 rahsia mudah nak ambil gambar reflection menggunakan smartphone.

1) Air tasik atau lopak air

.

Biasa kita dengar jangan disangka air yang tenang tak ada buaya, tapi dalam fotografi, di mana ada air yang tenang di situ ada reflection. Salah satu komposisi yang kita boleh gunakan untuk menjadikan gambar kita lebh menarik dengan menggunakan reflection atau pantulan.

Dengan syarat air tu mestilah tenang. Contohnya macam air tasik dan lopak air. Ya macam cuaca sekarang, lepas hujan, kita boleh keluar rumah bila nampak lopak air boleh cuba ambil gambar dari perspektif yang berbeza. Contohnya macam gambar dekat bawah ni. Caranya dengan ambil gambar dengan angle yang rendah untuk menampakkan pantulan langit di dalam air.

.

2) Tiles yang berkilat

Selain daripada air, tiles yang berkilat juga boleh menghasilkan pantulan yang bagus dan menjadikan gambar kita lebih menarik. Contoh gambar dekat bawah, dengan lighting dan angle yang betul gambar reflection dengan tiles pun bleh jadi cantik.

3) Cermin

Yang ni paling common kita nampak, ambil gambar reflection menggunakan cermin. Pantang betul nampak cermin mesti nak mirror selfie. Siapa je tak ada gambar mirrir selfie sekarang ni? Kalau belum ada boleh cuba apply. Paling penting masa nak snap kena pastikan semua pandang ke kamera ye.

Kalau nak tahu lagi banyak tips fotografi yang kita boleh buat untuk jadikan gambar kita cantik dengan menggunakan smartphone je, jom sertai kelas Smartphone Photography cuma RM 50 dan video kelas boleh diulang tonton sehingga 6 bulan. Support group juga disediakan untuk bertanya soalan kepada cikgu. Boleh daftar di sini:

Smartphone Photography

Jangan risau,kalau gambar-gambar kita ambil sekarang kusam, warna tak naik sebab kita boleh edit bagi gambar tu cantik dan warna lebih menarik dengan fon kita je. Cuma rm 50 sahaja untuk akses kepada video kelas selama 6 bulan dan support group. Nak belajar lebih lanjut, daftar di sini:

Smartphone Photo Editing


Related Posts

Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea
Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea
Tak perlu ke Pulau Nami atau Pulau Jeju kalau kebun di belakang rumah pun kita boleh gunakan sebagai lokasi 'outdoor ...
Read More
Kenali Jenis-Jenis Kamera
Kenali Jenis-Jenis Kamera
Bak kata pepatah melayu,'tak kenal maka tak cinta' . Jadi untuk tajuk entri hari ini adalah mengenali jenis-jenis kam...
Read More
5 Teknik Ini Membuatkan Gambar Nampak Seperti Pro
5 Teknik Ini Membuatkan Gambar Nampak Seperti Pro
Semua orang tengok je gambar nampak cantik terus keluarkan perkataan "wah lawa betul gambar ni" tapi tak tahu kenapa ...
Read More