7 Rahsia Cara Menjadikan Foto Landscape Kita Lebih Bermakna

Pergi lokasi shoot cantik dah, gambar pun ambil banyak dah tapi bila balik rumah belek-belek gambar hasil tangkapan tadi, space penuh dengan ‘mediocre shots’ atau gambar ‘biasa-biasa’ je. Rugi rugi.

Kami kongsikan beberapa rahsia dan tips untuk mendapatkan gambar landscape yang lebih bermakna. Bermakna tu maksudnya gambar tu ‘hidup’ dan tak kaku.

1) SERLAHKAN SESUATU YANG EXTRAORDINARY WALAUPUN TEMPATNYA 'BIASA' SAHAJA

Photographer yang terbaik ialah photographer yang boleh interpret subject dengan pendekatan yang berbeza dan menggunakan pengalamannya shooting outdoor sebagai satu inspirasi. Dalam landscape photography, lokasi cantik itu tak penting; kerana kecantikan itu boleh diperolehi di mana-mana. Cara kita menyerlahkan tempat yang biasa-biasa nampak jadi luar-biasa itu lebih outstanding.

2) TUNGGU PENCAHYAAN YANG TERBAIK

Dalam landscape photography, tak ada apa yang lebih penting selain pencahayaan yang terbaik. Have a mindset dan lihat pencahayaan sebagai salah satu subject dalam gambar, seperti kita melihat gunung-ganang sebagai subject dalam foto kita. Lihat apa effect pencahayaan terhadap landscape kita dan bersedialah untuk menunggu moment pencahayaan itu tiba. Foto landscape tanpa pencahayaan yang terbaik, akan kurang umphhh lah gambar itu.

3) GUNA 'ART' SEBAGAI INSPIRATION

Sebagai landscapers tegar, banyakkan study hasil kerja orang lain untuk kita dapatkan sumber inspirasi. Kita juga boleh lihat seni yang dihasilkan oleh painters untuk belajar lebih mengenai colour, cahaya dan drama dalam sesebuah alam semulajadi. Bila banyak buat revision, bila kita ke sesebuah lokasi shooting, at least kita dah ada idea foto landscape bagaimana yang ingin kita hasilkan.

4) BACK TO BASIC

Selalu je kita photographer ni kadang-kadang terbabas bila ambil gambar. Gambar cantik tapi tak hidup, tak ada vision dan tak ada story. Bila ini terjadi, kita kena tanya semula diri kita; 

Kenapa kita ambil gambar?
Apa mission kita? 
Apa hasil yang kita nak dari gambar kita?

Back to basic. Bila kita jelas dengan apa yang kita nak sampaikan melalui sekeping foto, hasilnya akan jadi memberansangkan. Kerja tanpa ada mission ibarat kerja sembrono tanpa hala tuju, tanpa garisan penamat. Same discipline goes in photography as well.

5) LIHAT KEGAGALAN SEBAGAI SATU PELUANG

Bila ambil gambar landscape ni, gagal tu biasa. Kadang-kadang atas sebab cuaca, gajet mahupun equipment. Tapi jangan putus ada, sentiasa akan ada peluang yang baru yang akan buatkan usaha kita berbaloi. Balik dari shooting, kita nilai semula apa faktor-faktor kegagalan kita dan perbaiki dari situ.

6) KEEP IT SIMPLE

Keep it simple. 

Simple = Beauty

In order nak menampakkan elements dalam gambar menjadi, foto haruslah se-simple yang boleh. Fikirkan tentang framing, rhythm, dan cara untuk capture viewer’s eye dengan cara yang terbaik. Element yg kita masukkan dalam gambar should serve a purpose, apa yang tak menambahkan kualiti kepada gambar boleh la kita ‘buang’.

7) PRACTICE & PRACTICE

Practice makes perfect. Masa yang kita luangkan dan practice adalah main essential to success. Jangan tunggu waktu terbaik. Just keluar dan pergi shoot (of course do your homework first! Jika anda perempuan, jangan pergi shoot seorang diri. Safety first okay).

The perfect time and place shouldn’t be the goal if pursuing that goal keeps you from practicing and progressing.

 

Nak belajar lebih lagi mengenai cara nak ambil gambar landscape dengan betul, boleh join kelas Smartphone Landscape Photography kami. Kami ajar ambil gambar landscape guna henfon. Boleh belajar cara ambil gambar landscape sewaktu:

i) Golden Hour
ii) Blue Hour
iii) Sunrise
iv) Sunset

Dan bagi yang tak tahu gambar landscape juga merangkumi 
i) Nature
ii) Cityscape
iii) Waterfall
iv) Tasik

Semua ini akan kami ajar dalam kelas online 3 jam dengan akses berterusan selama 6 bulan. Platform Q&A juga disediakan bagi yg mengalami masalah dan sebarang persoalan.



Filter
7 Rahsia Cara Menjadikan Foto Landscape Kita Lebih Bermakna - Saiful Nang Academy
7 Rahsia Cara Menjadikan Foto Landscape Kita Lebih Bermakna - Saiful Nang Academy