website
Cart
Hotline Saiful Nang Academy011 2328 4212 | 010 222 9089 | 011 1317 1527
PENGUMUMAN!!! Kelas Live akan diadakan secara fizikal. Kelas Online hanya ada dalam bentuk rakaman (pre-recorded) dengan akses SATU BULAN dari tarikh pendaftaran.

Whatsapp Bakal Perkenal Panggilan Suara, Video Di Whatsapp Web (Desktop)

APLIKASI khidmat pesanan milik Facebook, WhatsApp akan melancarkan nilai tambahan baharu iaitu panggilan suara dan video di desktop pula.

Menurut jurucakap aplikasi itu, tambahan itu dibuat selepas lima tahun aplikasi WhatsApp diperkenalkan menerusi desktop.

Panggilan suara dan video di aplikasi desktop yang akan diperkenalkan secara tidak langsung akan memberi kelegaan dan memudahkan pengguna yang kebanyakannya menghabiskan masa depan komputer masing-masing dan tidak perlu lagi mencapai telefon bimbit apabila menerima panggilan suara atau video.

"Perkara itu memberi kelegaan kepada semua pihak yang selalu berada di hadapan komputer dan terpaksa mengunakan telefon jika terdapat panggilan menerusi aplikasi itu.

"Bagaimanapun, perkara itu masih dalam peringkat untuk memperluaskan fungsi aplikasi desktop untuk memasukan panggilan suara dan video termasuk secara berkumpulan pada masa akan datang," katanya yang dipetik menerusi laporan TechCrunch.

Tambah jurucakap aplikasi itu, ujian kefungsian yang dijalankan pada akhir tahun lalu terhadap kemudahan tambahan itu berjalan lanjar khususnya dalam aspek orientasi potret dan lanskap bagi panggilan video.

Sumber: Astro Awani



Filter
Whatsapp Bakal Perkenal Panggilan Suara, Video Di Whatsapp Web (Desktop) - Saiful Nang Academy
Whatsapp Bakal Perkenal Panggilan Suara, Video Di Whatsapp Web (Desktop) - Saiful Nang Academy