Dah Ada Perniagaan Dalam Google Maps, Cukup Ker?

Bila 98% rakyat Malaysia gunakan Google, maka menjadi satu kewajipan untuk meletakkan perniagaan kita di dalam Google Maps. Tetapi kerugian kepada yang sekadar "dah ada dalam Google tapi " tapi tak buat 3 perkara wajib ini :

1. Tambah Gambar & Video
Antara kesilapan besar ramai peniaga, kita membiarkan gambar yang diletakkan Google Maps datang dari pelanggan semata-mata. SALAH !! Sepatutnya gambar seperti menu makanan, produk, gambar muka depan kedai, gambar dalam kedai, lokasi parking wajib kita sebagai tuan punya kedai update sendiri di dalam google maps.

Gambar ini akan membantu lebih ramai orang mudah mencari kedai kita dan memberi lebih keyakinan untuk orang datang terutamanya bagi kedai yang baru dibuka dan kedai yang lokasi di dalam Google Maps tak begitu depat dengan lokasi sebenar kedai. (adakalanya lokasi google maps dan lokasi sebenar akan lari dalam 10-20 meter)

2. Lengkapkan info
Jangan malas, lengkapkan info penting perniagaan kita di dalam google, seperti waktu operasi, nombor telefon, alamat kedai, website. Waktu operasi antara informasi paling penting yang tidak di ambil berat. Ramai yang kecewa bila datang kedai rupanya tutup semata-mata kerana info waktu operasi yang salah. Akhirnya pelanggan yang kecewa akan meninggalkan review yang tidak baik pada rating kita. Kita tak mahu perkara ini terjadi.

3. Galakkan Pelanggan Berikan Review
Jangan malu dan segan untuk meminta setiap pelanggan yang datang ke kedai untuk meninggalkan review perniagaan kita pada Google Maps. Rating yang bagus akan menyebabkan mudah untuk perniagaan kita di temui di dalam Google dan menambah keyakinan orang yang melihat.

Ada sesetengah kedai mereka meletakkan stiker atau pun sign di kaunter pembayaran menggalakkan pelanggan untuk review perniagaan kita. Review di Google Maps adalah review yang lebih dipercayai dari review dari influencer. Malah 1 review yang baik dari pelanggan kita sebenarnya sudah menjimatkan banyak kos ads tanpa kita sedar.

Boleh faham ya? Kalau ada soalan nak tanya boleh tanya di Telegram channel kami, Gerakan PhotoSunday.

Cikgu Syibli



Filter
Dah Ada Perniagaan Dalam Google Maps, Cukup Ker? - Saiful Nang Academy
Dah Ada Perniagaan Dalam Google Maps, Cukup Ker? - Saiful Nang Academy