Sebelum Ni Guna Kaedah Yang Sama Tapi Kenapa Posting Facebook Makin Sepi?

Cikgu posting saya makin sepi dan sunyi, post gambar like 1, post video, view rendah, 2-3 bulan lepas tak macam ni pun.

Baca ini untuk fahamkan perubahan algorithm Facebook 2021.

Jika pada tahun 2020, facebook menekankan posting yang berbentuk berita dan artikel. 2021 facebook sudah memulakan algorithm baru dan yang paling di cari oleh Facebook adalah "KOMEN".

Secara ringkas dan mudah difahami, jika kita ingin mendapat "organic reach" yang tinggi, posting kita perlu mendapat komen yang banyak. Buka kembali timeline kita dan lihat kebanyakkan post yang kita nampak mempunyai jumlah komen yang tinggi.

Kenapa Facebook suka "komen"? Ingat, facebook mahu kita duduk main facebook selama yang mungkin, kerana itu bila kita sebagai pengguna FB memberikan komen ini bermakna kita menghabiskan lebih masa dalam Facebook berbanding kita sekadar like & share.

Jadi 2021, mahukan organik reach yang lebih baik, bina posting yang menggalakkan untuk orang memberikan komen pada posting kita.

Cikgu Syibli



Filter
Sebelum Ni Guna Kaedah Yang Sama Tapi Kenapa Posting Facebook Makin Sepi? - Saiful Nang Academy
Sebelum Ni Guna Kaedah Yang Sama Tapi Kenapa Posting Facebook Makin Sepi? - Saiful Nang Academy