Cart
Hotline Saiful Nang Academy010 667 2738 | 011 2328 4212 | 010 222 9089
Harga Combo | Fotowang + Smartphone Photography RM100 | Smartphone Photography + Photo Editing RM100
Food Photo + Video RM150 | Video Shooting + Editing RM100 | FB + Ig Ads RM250 | Komik Kartun + Mewarna RM100

Samsung Galaxy A52 Dan A72, High End Features Dengan Harga Bawah RM2000

Samsung Electronics Co., Ltd (Samsung) memperkenalkan telefon pintar terbaharu syarikat itu, iaitu Samsung Galaxy A series 52 dan 72 yang mampu milik.

Dilancarkan pada 17 Mac lalu, A52 dan A72 membolehkan pengguna telefon pintar berkomunikasi dan mengekspresikan diri dengan kamera hebat.

Selain itu, peranti tersebut menjanjikan pengalaman tontonan lebih luas dengan paparan skrin masing-masing bersaiz 6.5 inci FHD+ Super AMOLED Infinity-O (1080 x 2400) dan 6.7 inci FHD+ Super AMOLED Infinity-O (1080 x 2400).

Presiden dan Ketua Komunikasi Perniagaan Mudah Alih Samsung, Dr TM Roh berkata, syarikat telekomunikasi itu komited memenuhi setiap keperluan pengguna masa kini.

“Itulah sebabnya kami menetapkan visi untuk siri Galaxy A bagi menghasilkan inovasi telefon pintar untuk semua pengguna.

“Galaxy A52 dan A72 dicipta dengan inovasi, perkhidmatan dan ciri canggih dengan harga yang berbaloi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Galaxy A52 dilengkapi dengan empat kamera belakang menggabungkan kamera utama 64MP OIS AF, kamera ultra lebar 12MP FF, kamera makro 5MP FF dan kamera pengesan kedalaman 5MP FF serta 10 kali ruang digital zoom.

Sementara A72 pula tampil dengan kamera utama 64MP OIS AF, kamera ultra lebar 12MP FF, kamera makro 5MP FF dan tiga kali Tele 8MP AF, selain keupayaan 30 kali ruang digital zoom dan tiga kali optikal zoom.

Telefon pintar itu juga menyertakan bateri berkapasiti besar dengan 4,500mAh bagi A52 manakala 5,000mAh bagi A72 dan ia mampu bertahan selama dua hari penggunaan dengan teknologi pengecasan pantas 25W.

Kedua-dua model peranti tersebut mempunyai kapasiti penstoran dengan jumlah 8 gigabait RAM dan 256 gigabait ROM.

Ia didatangi dengan empat pilihan warna iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black dan Awesome White.

Miliki A52 dan A72 masing-masing dengan harga RM1499 dan RM1899 yang bakal tersedia 26 Mac ini.

Sumber: Astro Awani



Filter
Samsung Galaxy A52 Dan A72, High End Features Dengan Harga Bawah RM2000 - Saiful Nang Academy
Samsung Galaxy A52 Dan A72, High End Features Dengan Harga Bawah RM2000 - Saiful Nang Academy