tips ·
Bagaimana Kita Boleh Membantu Peniaga Kecil Ketika Pkp
Ramai tak sedar, kita sebenarnya mampu untuk membantu Peniaga Kecil ketika PKP dengan menggunakan phone kita.
Sedih kita tengok ramai peniaga kecil yang muncul, dahulunya juruterbang, pilot, pramugari, pramugara kini menjual laksa, menjual burger, jual nasi lemak. Baru nak berniaga tiba-tiba dah kena pkpb balik.
Mereka ini jugalah yang terjejas teruk ketika PKP terutama bagi perniagaan yang baru bermula dan mengharapkan kedatangan orang pada kedai mereka.
Cara paling utama nak membantu mereka adalah dengan membeli barang mereka. Tapi jangan berhenti setakat membeli, kita juga boleh membantu mempromosikan perniagaan mereka.
#SupportLocal
Bagaimana ?
Ini caranya :
1. BERIKAN GOOGLE REVIEW YANG BAIK
Sedar tak sedar ramai di antara kita yang menggunakan google untuk memilih kedai mana kita nak makan, kedai mana kita nak beli. Jadi selepas kita membeli di mana-mana kedai, jangan lupa untuk buka google maps dan bantu berikan review yang baik. Jika ada kekurangan pada kedai tersebut, jangan kongsikan di dalam Google Review tetapi kongsikan kepada tuan punya kedai agar mereka boleh memperbaiki mutu perkhidmatan mereka
2. AMBIL GAMBAR UNTUK GOOGLE REVIEW
Gambar di dalam Google Review merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan kita memilih untuk makan/beli atau tidak di sesuatu kedai. Terutamanya kedai makan, gambar makanan yang mengiurkan dan gambar kedai yang bersih dan cantik menyebabkan lebih ramai orang nak datang. Namun ada dikalangan peniaga kecil tiada kemahiran mengambil gambar yang baik. Jadi kita yang ada handphone yang canggih, boleh bantu ambilkan gambar yang cantik untuk peniaga kecil dan bantu uploadkan di dalam Google Review mereka
3. KONGSIKAN DI MEDIA SOSIAL
Jangan sekadar kongsikan gambar yang menarik tetapi kongsikan juga lokasi kedai mereka di dalam posting kita. Jika kedai yang kita pergi ada IG atau facebook account, pastikan kita tag mereka di dalam posting kita.
4. MASUKKAN MEREKA DALAM GOOGLE
Tidak semua peniaga tahu memasukkan perniagaan mereka di dalam Google, kita juga boleh membantu peniaga dengan memasukkan perniagaan mereka di dalam Google. Caranya, buka google maps, pilih satu lokasi kedai di dalam google maps dan tekan pada butang "add missing place". Secara tak langsung membantu memudahkan orang lain menjumpai kedai mereka
5. WHATSAPP GROUP
Selain dari media sosial dan google, whatsapp terutamanya whatsapp group taman merupakan platform yang baik untuk kita kongsikan perniagaan mereka. Membantu memberitahu kejiranan kita bahawa ada kedai yang bagus untuk kita pergi.
Terima kasih kerana membaca sehingga habis. Seterusnya jangan lupa untuk kongsikan info ini agar lebih ramai dari kita dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas kerana PKP terutamanya mereka yang baru sahaja memulakan perniagaan.
Walaupun kita tiada kekuatan kewangan untuk membantu, kita tetap boleh membantu dengan memberi masa untuk membantu mempromosi perniagaan mereka seperti langkah di atas.
Semua orang boleh menjadi seperti ebit lew dan uncle kentang, tidak menanti kuasa baru nak bantu orang. Bantu sahaja dengan apa yang ada di tangan kita
Jika bukan kita yang nak bantu siapa lagi ?