Bagaimana Youtuber Ada Income Setanding Doktor Pakar

Bagaimana youtuber boleh ada income macam doktor pakar ?
Bagaimana duit tu datang ? siapa yang bayar ?
Tak mustahil dengan youtube dan tak perlu modal banyak pun, cuma perlu phone yang ada di tangan dan kerajinan.
baik kita kongsikan ilmunya, baca sampai habis.
.
INI 4 CARA YOUTUBER BUAT DUIT
.
1. IKLAN
Cara paling mudah dan senang. Bila orang lihat video kita,mereka perlu tengok iklan dan kita akan beroleh income dari iklan tersebut.
.
2. PRODUCT REVIEW
Ini biasa, kalau anda seorang food youtuber. Restoran akan panggil dan bayar anda untuk makan dan buat review di restoran mereka. Kalau anda seorang tech youtuber, akan ada tech company yang akan bayar untuk anda review produk mereka.
.
3. SPONSORED VIDEO
Sponsored video konsepnya sesuatu produk membayar anda untuk meletakkan produk mereka di dalam video anda. Sebagai contoh, kita sedang review iphone yang terbaru dan ada 1 company casing iphone akan sponsor kita supaya di dalam video iphone review ini ada terselit produk mereka.
Beza anda product review dengan sponsored video ? product review 1 video cerita pasal produk itu sahaja, sponsored video dia selit selit produk dia dalam video kita

4. JUAL PRODUK SENDIRI
Ini paling bagus dan memang ramai youtuber yang buat. Sugu Pavitra ada jual buku masakan, mrKokom jual CrunzChiz nya. Ada gamers jual baju dan merchandise. Jika kita ada youtube dengan follower yang ramai tetapi tiada produk sendiri rugi sebenarnya. Sebab antara 4 cara buat duit ini, nom 4 paling menguntungkan
.
Dah nampak macam mana youtuber boleh dapat income setanding Doktor Pakar ? Ada lagi cara lain tapi kita kongsikan 4 dahulu.
.
Ada yang teringin jadi youtuber ?
The best thing about youtube ini, tak kisah kita ini anak muda atau pun pangkat-pangkat ibu ibu atau abah abah, semua orang boleh mula.
.
Sebab nak buat video bukan susah, dengan smartphone pun boleh.
Sugu Pavitra dah buktikan, kita sahaja mahu atau tidak mahu
Tapi ingat, income ribu-ribu ini bukan datang dalam 1 malam tetapi dari ilmu yang betul dan usaha yang berterusan.
.
Ada di sini yang bercita-cita nak jadi youtuber ?
Modalnya cuma smartphone yang ada ditangan kita dan kerajinan
Rajin apa ?
Rajin upload video dan rajin belajar upgrade ilmu.

Belajar ilmu ambil video dan edit dengan mudah hanya menggunakan smartphone : 
 

Smartphone Video Shooting

Smartphone Video Editing



Filter
Bagaimana Youtuber Ada Income Setanding Doktor Pakar - Saiful Nang Academy
Bagaimana Youtuber Ada Income Setanding Doktor Pakar - Saiful Nang Academy