15 ADAB BERGURU SECARA ONLINE DALAM MEMBENTUK GENERASI TIDAK BIADAB

Adab dulu baru ilmu, orang beradab pasti berilmu, orang berilmu belum tentu beradab.
Membaca perkongsian dari SiakapKeli ini hati terdetik, patutlah semakin membiak masalah akhlak dalam kalangan anak-anak dewasa ini. 'Matematik'nya mudah sahaja. Kalau kita tak mahu diperlakukan sedemikian rupa, kita jangan buat yang sama kepada orang.
.
Apatah lagi jika perkara seperti ini dibuat ke atas insan yang kita gelar 'guru/cikgu/murobbi'. Buruk padahnya.
.
Seorang guru itu walau sedikit manapun ilmu yang dikongsikan kepada kita, 'maqam'nya tetap lebih tinggi dari yang lain, lebih lagi dari yang menerima ilmu.
.
Siapa pun kita setelah tamatnya pembelajaran, tetap bermula dari seorang guru. Setiap satu kerjaya sama ada dalam bidang professional atau tidak, hatta petugas yang membersihkan loji hasil kumbahan kita pun akan ada seorang guru yang mengajarnya. Siapalah kita tanpa mereka.
Berikut adalah 15 adab ketika berguru secara online ini.
Walaupun banyak lagi yang boleh dikongsikan, namun, ini adalah sebahagian UTAMA antara adab-adab yang boleh semua amalkan untuk menambah keberkatan ilmu yang dipelajari.
(1) BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN
Pakailah pakaian yang sopan, terutamanya SEBELUM kamera dipasang. Terkejut seluruh ahli kelas nanti kalau ternampak kita kusut masai dengan baju kelawar/singlet bagai langsuir.
Bersiap awal, boleh memastikan kita cukup masa untuk bersedia di hadapan kamera fon/laptop dan untuk pembelajaran.
(2) PASTIKAN KAMERA SENTIASA DIPASANG.
Jika kita menggunakan medium 'Zoom' atau 'Google Meet', ada pilihan untukON/OFF kamera.
.
Sebaiknya kedua-dua guru dan peserta kelas online menetapkannya dalam keadaan ON. Ini bertujuan membantu kedua-dua pihak membaca 'tanda' sama ada peserta suka/tidak, faham/tidak, fokus/tidak dan lain-lain lagi, bagi melancarkan aktiviti pembelajaran,
.
Jika adab semudah ini pun tak dapat diikuti dengan baik (jika OFF hanya dengan izin guru), payah untuk beradab dalam urusan yang lebih serius lagi.
(3) PASTIKAN MIKROFON LAPTOP/SMARTPHONE DALAM KEADAAN 'OFF'
Melainkan diizinkan, mic perlu sentiasa dalam keadaan OFF bagi memberi laluan kepada guru membuat perkongsian dalam kelas. Bingit jadinya jika semua mahu bercakap dalam satu masa.
Tanda tak hormat juga jika guru sibuk bercakap, kita pun nak bercakap sama. Siapa yang akan mendengar, jadinya?
(4) PASTIKAN KAMERA DALAM KEADAAN MELINTANG
'Layout' sebegini membuatkan kedua-dua pihak nampak jelas di pandangan mata. Tidaklah kawan seorang sahaja yang dalam keadaan 'potrait/menegak' dan terpotong paparannya di mata yang lain.
.
Lagi haru kalau tersilap buat 'rotation lock'. Teleng semua bila nak memandangnya.
(5) GUNA NAMA SEBENAR
"OK baik, Isyraff, kamu boleh ONkan mic dan buat perkongsian ya." Eh, mana pula Isyraff ni, tadi ada nampak mukanya?
.
Scroll setiap nama tak pula nampak nama Isyraf. habis masa mencari sahaja bila yang berkenaan rupanya menggunakan NAMA ONLINE yang berbeza.
(6) FOKUS SEMASA KELAS BERLANGSUNG
Fokuslah semasa perkongsian dilakukan. Bukan sibuk sambil ikuti kelas, sambil berbual pula dengan kawan / ahli keluarga di rumah tu.
Nanti bila ditanyakan semula (ya, sebab semua orang boleh nampak apa yang kita lakukan), mulalah kalut nak memberikan jawapan.
(7) BERI MAKLUMBALAS ISYARAT TANGAN
"Audio / visual check. Suara saya OK? Visual OK?"
'Jawab' sahaja menggunakan isyarat jari (yang sopan) terlebih dahulu.
Tak perlu semuanya nak ONkan mic, menyebabkan semuanya tak dapat dengar dengan jelas.
(8) MINTA IZIN JIKA ADA URUSAN LAIN
Jika perlu berurusan di tempat lain, minta izin terlebih dahulu. "Cikgu, maaf. Saya ke tandas sebentar ya." Beredar selepas mendapat izin dan sertai semula secepat mungkin.
.
Buang masa jika apa yang kita tertinggal perlu diulang semula, atau perlu dilakukan sesi ulangan. Merugikan sahaja.
(9) SERTAI KELAS AWAL DAN DALAM KEADAAN BERSEDIA

Link biasanya dikongsikan oleh guru atau pengendali kelas online. Jangan biarkan mereka yang menunggu kita sedangkan masanya telah ditetapkan jadualnya.
 (10) GUNAKAN EARPHONE / HEADPHONE DAN BUKANNYA SPEAKER
Jika kita menggunakan speaker untuk 1 pengguna sahaja (iaitu kita) dikhuatiri, 'echo'/'humming' akan berlaku kepada audio memandangkan audio akan memantul semula sehingga menjadi gangguan audio kepada semua.
(11) GUNAKAN RUANGAN PERIBADI
Bukan untuk kita memerap di dalam bilik, tetapi bayangkan jika kita mengikuti kelas online dan kelihatan orang lalu-lalang di sekeliling kita, akan mengganggu fokus semua peserta termasuk guru juga.
.
Ada pula yang mengintai di belakang kita. Nampak pula anak-anak / adik-adik kita menumpahkan kicap di meja dan macam-macam ragam di rumah dan sebagainya. Haru.
(12) JANGAN TULIS CHAT YANG MENGGANGGU
Cikgu sibuk memberikan penerangan, kita sibuk bertanyakan soalan yang tak ada kaitan dengan perjalanan kelas pun.
.
Jika PERLU, mohon izin bertanya dahulu. Bila guru sudah 'alert' dengan adanya keperluan menjawab soalan, barulah kesemua tumpuan dapat diberikan kepada nak menjawab soalan-soalan kita.
(13) DAPATKAN SUMBER CAHAYA MENCUKUPI

Pastikan sebagai peserta kelas online, kita mendapat sumber cahaya yang mencukupi. Pelik pula jadinya kalau semua orang cerah, kita seorang yang kelihatan malap. Ini bukan cerita tentang warna kulit ya.
.
Kan seram kalau paparan di skrin kita ada yang malap, gelap dan tiba-tiba bebola matanya berwarna merah tiba-tiba?
(Ok, ini bergurau).
(14) UCAP TERIMA KASIH UNTUK PERKONGSIAN

Tunjukkan kesungguhan kita menghargai ilmu yang dikongsikan dengan sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih kepada guru dan semua. Bukan guru yang meminta, tetapi kita perlulah 'faham bahasa'.
.
Penganjuran kelas online sudah MENJIMATKAN kita dalam pelbagai perkara. Tak perlu bayar duit tambang kenderaan awam, tak perlu penat-penat bersiap, berjalan ke kelas, tak perlu bersesak dan terdedah dengan segala macam perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Kan bagus tu?
(15) DOAKAN GURU DAN MOHON KEBERKATAN ILMU
Untuk ilmu yang dikongsikan, mungkin akan menjadi sebab untuk kita berjaya dalam pelbagai bidang dan keadaan di masa hadapan.
Darinya kita jadi lebih bijak dan mampu menghadapi cabaran hidup berbekalkan ilmu yang kita perolehi.

Mudah-mudahan menjadi 'tiket' untuk kehidupan 'di sana' juga.
Kami SENTIASA GALAKKAN kepada semua peserta kelas-kelas online kami untuk mengikuti kesemua 15 adab ketika berguru secara online ini.
.
Walaupun banyak lagi yang boleh dikongsikan, namun, ini adalah sebahagian UTAMA antara adab-adab yang boleh semua amalkan untuk menambah keberkatan ilmu yang dipelajari.
.
Mahu ikuti kelas-kelas online kami yang sangat 'fun', interaktif, penuh dengan peserta-peserta yang tinggi adab dan akhlak serta isi kandungan kelas yang melimpah dengan ilmu tanpa sukatan?
.
Tekan sahaja link ini dan pilihlah kelas-kelas yang diminati:
KELAS ONLINE SAIFUL NANG ACADEMY

 


Filter
15 ADAB BERGURU SECARA ONLINE DALAM MEMBENTUK GENERASI TIDAK BIADAB - Saiful Nang Academy
15 ADAB BERGURU SECARA ONLINE DALAM MEMBENTUK GENERASI TIDAK BIADAB - Saiful Nang Academy