Basic Steps Untuk Start-Up Online Business

Ketika ini banyak peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka disebabkan Covid 19 yang melanda negara. Jadi alternatif terbaik untuk meneruskan perniagaan sekarang adalah dengan menjalankan bisness secara online.

Baca sehingga habis perkongsian hari ini, boleh sebarkan kepada rakan-rakan yang baru nak mula berniaga online. Mudah-mudahan memberi mereka idea apakah langakh awal memulakan business secara online.

1) Set up Facebook Pages atau Instagram Professional

Nak mulakan business online sekarang dah mudah sebab kita boleh terus set up Facebook Pages ataupun Instagram untuk perniagaan kita. Kita boleh buat salah satu atau kedua-duanya, bergantung pada target market kita..
Pentingnya ada Facebook Pages dan Instagram business ni, memudahkan kita untuk buat Iklan dan sasarkan kepada target market kita. 

2) Shopee

Salah satu cara lagi untuk memudahkan kita dijumpai dengan menjual produk di Shopee. Dekat shopee kita boleh sentiasa monitor dan semuanya secara automated. Kita cuma uruskan postage produk dan di pelaggan akan lebih yakin bila jumpa kedai kita ada di Shopee.

3) Gambar atau Video Produk

Bila dah ada platform untuk menjual, persepsi pelanggan adalah 100% terhadap apa yang mereka nampak dari gambar ataupun video produk kita.

Gambar-gambar produk kita bukan saja kena cantik tapi kena meyakinkan pelanggan untuk membeli. Kalau kita sendiri sebagai pembeli mesti nak tengok gambar yang nampak cantik dan presentable

4) Poster

Untuk menghidupkan social media kita, kita boleh pelbagaikan content. Tak semestinya post gambar atau video je. Dengan gambar yang ada, kita boleh buat poster untuk awareness, details produk dan lain-lain. Jangan risau, Poster untuk content semua ni pun kita boleh buat guna smartphone kita je. Tak kisah jenama apa pun boleh. 

 Ada je idea untuk content, terus boleh bukak fon dan design sendiri. Sekejap je boleh siap dan post terus di social media kita.

Untuk mendalami lagi ilmu-ilmu berkaitan dengan perniagaan online ini, kami menyediakan kelas fotografi, videografi, poster dengan hanya menggunakan smartphone.  

klik disini untuk pilihan kelas



Filter
Basic Steps Untuk  Start-Up Online Business - Saiful Nang Academy
Basic Steps Untuk  Start-Up Online Business - Saiful Nang Academy