Peniaga Sering Lakukan Kesilapan Ini Bila Ambil Gambar Produk

Kami nak kongsikan sikit ilmu mengenai cara nak ambil gambar produk. Ingat ya, bila berniaga online ni visual (gambar & video) yang kita paparkan SANGAT PENTING untuk tarik minat prospek. Menarik marketing material kita, lagi tinggi lah peluang untuk orang membeli dengan kita. Bila kita nak promote produk kita pun, boleh la kita selang selikan gambar dan video content, baru lah followers kita tak bosan. Video content yg kita buat pun boleh create trust antara kita dengan prospek. Bila orang percaya dengan kita, proses jual beli juga akan jadi lebih mudah.

Kami pun faham PKP ni ramai yg jadi bidan terjun dalam dunia bisnes sebab terkesan dgn keadaan ekonomi semasa. Ada yang jadi dropship, agent dan berniaga sendiri dari rumah. Apa saja kerja dan perkara yang boleh mendatangkan duit, kita buat jer tak pandang belakang dah. Boleh baca description gambar satu persatu. Jika bermanfaat, boleh share kan supaya peniaga lain pun boleh sama-sama dapat ilmu ni.

1. TAK TUNJUK DETAILING PRODUK

Bila ambil gambar, make sure ambil gambar LEBIH DARI SATU ANGLE. Angle yang berbeza akan memberi lebih gambaran kepada prospek. Bila prospek puas hati dan gembira dengan gambar-gambar yang kita hasilkan, peluang untuk prospek terpengaruh dan berbelanja akan jadi lebih tinggi. 

Contohnya seperti gambar jam ini, boleh shoot beberapa angle dan shot, nampak kan detailing kecil-kecil dan halus yang terdapat di jam ini. Maklumlah, sekarang ni PKP orang tak boleh keluar rumah. Nak belek-belek kat kedai tak boleh, dapat belek gambar pun dah cukup puas hati. Nak keluar duit beli produk ni pun tak ada rasa ragu-ragu. 

2. TAK POSITION KAN PRODUK DI TEMPAT YANG BETUL

Tujuan kita position kan produk kita ialah supaya prospek kita boleh dapat gambaran, idea, angan-angan dan impian. 

‘Eh cantik juga kalau letak kat tepi tingkap rumah aku ni..’ 
‘Bestnya kalau ada candle wangi ni.. Mesti rasa tenang and wangi je kat rumah’

Selalu tak hati kita terdetik macam tu bila tengok showroom di Ikea? Dari situ datangnya idea, idea dah ada, kena lah realisasikan dengan membeli produk yang boleh melengkapkan impian kita tu. 

Tak kisahlah kita jual kerusi ke, pokok bunga ke, jam ke, kasut, make up ke, semuanya boleh di position kan dengan betul. 

Jika jual kerusi, boleh letakkan kerusi itu di dalam rumah tepi pokok bunga hiasan.
Jika jual kasut, boleh letakkan di kaki dan minta model untuk pose sedikit.
Jika jual jam, boleh pakai di tangan dan ambil gambar. Memberi gambaran kepada si pembeli jika pakai jam tu boleh jadi hensem/cantik seperti model. Begitulah dengan produk-produk yang lain.

3. GUNA FILTER

Bila kita ambil gambar, suatu perkara yang normal bila warna produk kita akan sedikit lari. Tapi, jangan kita edit dan letakkan lagi filter. Produk warna merah, bila kita edit terlampau sampai jadi warna oren tu memang boleh mendatangkan misinformation yang teruk kepada prospek kita. 

Beli baju ingatkan warna biru, rupanya warna purple. Dah satu hal pula nak uruskan complain dan customer yang tak puas hati sebab kita sebagai peniaga dah gagal untuk provide seperti apa yang kita janjikan. Nak edit boleh, tapi jangan sampai lari dari warna asal produk.

4. OVER CROP MAIN PHOTO

Ini selalu peniaga yang tak ada skill ambil gambar selalu buat. Gambar terlalu luas background nya sampai semua benda masuk dalam foto. Last-last kita crop je lah untuk nampak kan produk kita je untuk kita upload kat FB dan IG.

NO NO NO NO! BIG NO! 

Gambar akan jadi pecah-pecah, hodoh dan tak ada story. Bila gambar pecah, detailing produk pun tak nampak. Prospek pun jadi tak minat nak membeli sebab visual pun dah tak inviting. Macam mana la prospek tak lari.

5. TERLALU BANYAK PROP DALAM GAMBAR

Dalam fotografi, less is more. Less is simple. Tapi macam mana kita nak tahu ‘LESS’ tu macam mana? 

Jangan letakkan terlalu banyak prop dalam sekeping gambar. Contoh mudah tengok sahaja gambar ni ada terlalu banyak unnecessary distraction. Prospek pun tak tahu nak focus kat mana bila tengok gambar ni.

Kata lainnya, peniaga gagal untuk mempamerkan produk utama yg hendak dijual. 

6. TIADA PENCAHAYAAN 

Gambar gelap is a failure! Dah la gelap, dull dan langsung tak inviting. Gambar jenis begini bukan nak tarik prospek, tapi boleh menyebabkan prospek lari.

Jangan silap faham, dalam product photography pun ada konsep dark photography TAPI kita kena betul-betul tahu apa yang dimaksudkan dengan dark photography. Walaupun ‘dark’ tapi pencahayaannya cukup, element dan composition dalam gambar juga cukup. Walaupun produk warna hitam, dan background juga hitam tapi gambar tu berjaya menonjolkan produk utama.

Bila cakap mengenai gambar yang tiada pencahayaan (cth gambar seperti di atas), kita seolah potray produk kita tidak berkualiti, dan ‘cheap’. 

 

Ini lah antara beberapa disiplin bila kita nak ambil gambar produk. Ingat ya, bila kita berniaga online ni visual yang kita paparkan di platform media sosial kita tersangat SANGAT lah penting. Dari gambar lah datangnya minat prospek kita nak lepak lebih lama di page kita 'belek-belek' produk kita. Dah puas hati, budget ada tak tunggu lama dah -- beli terus. Dari situ lah proses prospek nak 'tengok-tengok' dulu lepas tu terjebak beli barang kita. Jom lah kami ajarkan bagaimana nak menghasilkan visual yang terbaik untuk kita upload kan di FB, IG dan Whatsapp story/catalogue kita. Boleh klik je kat gambar bawah ni okay! 

 



Filter
Peniaga Sering Lakukan Kesilapan Ini Bila Ambil Gambar Produk - Saiful Nang Academy
Peniaga Sering Lakukan Kesilapan Ini Bila Ambil Gambar Produk - Saiful Nang Academy