6 Apps Pilihan Boleh Bantu Ibubapa Lancarkan PdPR Anak

Sepanjang PdPR berlangsung, banyak perkongsian dibuat oleh ibubapa tentang ragam dan keletah anak-anak mereka menjalani sesi persekolahan secara online.

Syabas kami ucapkan kepada ibubapa yang sehabis baik berusaha untuk anak-anak. Memang nampak bersungguh ibubapa menjayakan sesi pembelajaran anak-anak dengan usaha masing-masing menyediakan keperluan anak, walaupun dalam serba kekurangan dan tak selengkap orang lain.

Dikongsikan 6 apps tambahan yang sangat membantu ibubapa dalam melancarkan lagi sesi PdPR anak-anak. Semuanya boleh di install dalam smartphone atau laptop/pc yang ada.

Ada antara apps disenaraikan menjadi pilhan dan kegunaan team Saiful Nang Academy setiap hari. Boleh cuba dan gunakan bagi melancarkan lagi urusan anak-anak, ibubapa dan guru-guru juga.


1) KPM eTEXTBOOK READER

Aplikasi KPM eTextbook adalah aplikasi pembaca bukan komersial untuk membaca fail EPUB yang dibuat untuk pendidikan rendah dan menengah Malaysia. Ia direka khas untuk mempunyai ciri-ciri yang menyokong kandungan multimedia, dan berkeupayaan mudah alih. Aplikasi ini dibangunkan untuk pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadi, kalau dah memang digunakan dan disarankan pihak kementerian dan memudahkan proses pembelajaran anak-anak, kita boleh terus install dan guna.

Sebarang jenis smartphone / laptop / pc boleh menggunakan apps ini.


 

2) CAM SCANNER
Aplikasi Cam Scanner ini boleh digunakan sebagai alat scan dokumen atau scan gambar 'homework' anak-anak.

Ibubapa hanya perlu untuk install apps ini secara percuma, boleh scan 'homework' anak dan secara automatik akan ditukar menjadi imej yang lebih terang dan jelas. Bolehlah ibubapa terus hantar imej 'homework' anak kepada cikgu yang berkaitan.

Imej jelas, cikgu pun tak migrain membaca 'homework' anak. Mudahkan kerja cikgu menanda 'homework', mudahkan juga kerja ibubapa nak bantu hantarkan 'homework'.

Nak ambil gambar homework anak, atau nak ambil gambar anak semasa dalam/luar 'kelas' cantik-cantik guna smartphone, boleh ikuti kelas-kelas ini:
a) Smartphone Photography
b) Smartphone Photo Editing 


 

3) ADOBE SPARK POST
Apps Adobe Spark Post ini adalah salah satu apps yang bukan sahaja boleh bantu anak-anak, tapi ibubapa dan cikgu pun boleh guna.

Nak edit sebarang jenis bentuk dokumen sekolah (seperti muka depan nota/homework, helaian dalam homework, jadual, kalendar, poster, powerpoint slides dan macam-macam lagi.

Ada beratus-ratus templates boleh digunakan secara percuma. Nak lagi canggih, boleh bayar sikit untuk gunakan yang berbayar. Tapi setakat ini, team Saiful Nang Academy tak pernah bayar untuk buat semua jenis posters yang menarik dan pelbagai untuk page kami.

Mudah pun ya. Boleh buat banyak versi dokumen dalam masa 30 minit. Nak buat 1 poster dalam 1 minit pun boleh.

Dah pilih template (nak reka sendiri pun boleh), pilih gambar (nak guna sendiri punya atau gambar percuma dalam apps pun boleh), edit, save, dan dah boleh guna. Mudah sangat-sangat.

Disebabkan apps ini antara pilihan utama team kami, kami ada juga sediakan kelas khusus nak buat macam-macam design posters (dalam kelas boleh request nak belajar buat design dokumen apa-konsepnya sama boleh diaplikasikan).

Kami boleh bantu ajarkan cara nak guna apps ini di sini:
a) Poster Mudah Smartphone 


 

4) CANVA
Apps Canva ni lebih kurang sama macam apps Adobe Spark Post ni yang boleh buat macam-macam design dokumen.

Kalau anak perlu buat homework, boleh guna templates yang diberikan. Nak edit video pun boleh. Kita kan banyak tugasan, jadi nak mudahkan kerja hantar 'homework' anak, buat apa nak habiskan masa berjam-jam dengan smartphone / laptop / pc tu.  


 

5) InSHOT
Apps InShot ni memang best walaupun kita guna apa jenis smartphone pun untuk edit video atau foto. Dalam video homework anak, nak selitkan foto pun boleh.

Apps ni boleh juga bantu kita masukkan muzik pilihan secara percuma. Nak tambah muzik sendiri pun boleh. Nak buat 'voice over' pun boleh.

Rakam je video anak buat pembentangan, masukkan video tu dalam apps, nak edit, nak buang bahagian yang silap, nak tambah / buang yang tak lawa pun boleh.

Nak hantar video homework, bila-bila pun boleh sebab dia tak ambil masa lama. Best sangat sampai ini pun antara apps pilihan team Saiful Nang Academy dan digunakan dalam kelas-kelas ini:

1) Smartphone Video Shooting
2) Smartphone Video Editing 


 

6) GOOGLE CALENDAR
Apps Google Calendar ni antara jam 'alarm' kita, ibubapa sekalian. Kalau tak cukup setkan 'reminder' dalam smartphone, apps ni pun boleh kita pakai untuk hantar notifikasi dalam emel kita.

Bila dah set kat Google Calendar bila tarikh dan masa nak kena hantar homework anak, dia secara automatik boleh terus ingatkan kita ikut masa yang kita tentukan. Bolehlah set sehari sebelum ke sekurang-kurangnya, di sebelah pagi. Sempat lagilah nak bantu kejar anak nak siapkan homework dia tu kan.

Tak nak guna ni, dan yakin dengan reminder dekat smartphone kita pun boleh. Tulis kat whiteboard/blackboard kita pun boleh. Cuma takut anak terpadam reminder pulak kan? Mana-mana yang menyenangkan lah.


Kepada ibubapa, guru-guru dan anak-anak yang terus berjuang dalam pendidikan, kami doakan semuanya dipermudahkan. Kami percaya setiap anda akan buat sehabis mampu dengan kapasiti dan kemudahan yang ada. Teruskan kesabaran, usaha ke arah menambah ilmu yang bersungguh, pasti akan ada hasilnya.

Boleh terus menambah ilmu bersama kami di Saiful Nang Academy, di sini:

 

 



Filter
6 Apps Pilihan Boleh Bantu Ibubapa Lancarkan PdPR Anak - Saiful Nang Academy
6 Apps Pilihan Boleh Bantu Ibubapa Lancarkan PdPR Anak - Saiful Nang Academy