Aplikasi Clubhouse Versi Android Sudah Boleh Dimuat Turun

Clubhouse akhirnya dilancarkan kepada pengguna telefon pintar Android di Malaysia. Pada mulanya ditawarkan di pasaran terpilih seperti AS, aplikasi sembang audio yang popular kini boleh dimuat turun di lebih banyak negara termasuk Malaysia.

Untuk memuat turun Clubhouse di smartphone Android kita, cari "Clubhouse" di Google Play Store. Ambil maklum juga bahawa Clubhouse masih merupakan platform undangan sahaja dan perlu dijemput oleh rakan untuk mula menggunakannya.

Clubhouse pada awalnya dilancarkan secara eksklusif untuk peranti iOS dan terdapat peningkatan populariti secara tiba-tiba awal tahun ini di ketika dunia masih memerangi wabak Covid 19. Tidak seperti rangkaian sosial biasa yang menggunakan teks dan foto, Clubhouse hanya menggunakan suara dan kita boleh turut serta bersama dengan yang lain untuk mendengar perbualan.

Disamping itu, pesaing lain juga berusaha untuk mewujudkan platform seumpama Clubhouse. Ini termasuk Hotline oleh Facebook dan Spaces oleh Twitter.


Related Posts

7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More

Filter