4 Perkara Wajib Copy Paste Ketika Attend Whatsapp

4 perkara wajib copy paste ketika attend whatsapp

Tetapi
Ada copy paste yang membawa jualan
Ada copy paste yang akan di reply dengan bluetick.

Perkara yang biasa kita copy paste adalah :

1. Nombor akaun bank
2. Harga produk
3. Info produk
4. Testimonial

'Contoh testimonial yang kita boleh berikan terus kepada prospek untuk menambah keyakinan mereka pada kita.'

Tapi bagaimana 4 info ini kita copy pastekan tanpa kene reply dengan bluetick? Ini panduan copy paste yang membawa pada jualan :

Jangan copy paste tanpa personalisation

Contoh copy paste blue tick :
Untuk membuat bayaran sila masukkan ke akaun 6xxx 7xxxx 6xxx 8xxx Maybank. Terima kasih

Contoh copy paste membawa pada jualan :
Terima kasih cik salmah dah setuju nak beli produk saya, ini nombor akaunnya 6xxx 7xxxx 6xxx 8xxx Maybank.
Nak beritahu cik salmah, produk ni tinggal 20 set jer, saya dah siap2 reserve utk cik salma 3 set. Jika dah buat pembayaran jangan lupa beritahu


Beza di mana :
1. Kita sebut nama dia
2. Kita beri urgency ( produk tinggal 20 set ) <-- tapi bab ini jangan menipu ya
3. Kita ingatkan dia untuk response semula pada kita

Keywords nya adalah personalization
Manusiawikan perbualan kita.

Jangan biar prospect kita merasakan mereka sedang membeli dengan robot. Jika mereka whatsapp kita sama saja perasaannya dengan bercakap dengan robot, lebih baik beli di shopee atau lazada

Ini antara salah satu kesilapan yang banyak di buat dropshipper, agent, stokis bila berurusan di dalam whatsapp. Nampak mudah tetapi sering dilupakan

Small things that matters

'Fungsi Quick Replies amat membantu kita, boleh type keyword dan send terus. Tapi lagi baik jika kita personalize sebelum send. Lebih mesra gitu'



Oh ya, bahagian yang copy paste tu, kalau guna whatsapp business dah senang, tak perlu susah susah copy paste. Boleh simpan siap2 nombor akaun dalam fungsi Quick Replies.

InsyaAllah dalam kelas Whatsapp Lock ada banyak lagi yang akan kita kongsikan tips mengunci hati customer melalui whatsapp. Ini dari pengalaman kami yang menguruskan jualan Rarecation mencecah 7 angka dan semua nya di kunci menggunakan whatsapp. Cuma RM70!

klik untuk join kelas Whatsapp Lock



Filter
4 Perkara Wajib Copy Paste Ketika Attend Whatsapp - Saiful Nang Academy
4 Perkara Wajib Copy Paste Ketika Attend Whatsapp - Saiful Nang Academy