BILA RIBUT, KAPAL PERLU KUAT, TIANG LAYAR PERLU TEGAP, LAYAR PERLU LIAT.

BILA RIBUT, KAPAL PERLU KUAT, TIANG LAYAR PERLU TEGAP, LAYAR PERLU LIAT.

Orang lain simpan layar dan bertahan, kita skip destinasi haluan, sekarang tengok arah angin ribut tiup ke mana, kita pasang layar dan meluncur lebih laju dari biasa ke destinasi yang tidak kita rancang, tetapi CUACA yang rancang. Inilah flexibility dan dinamika syarikat.

First to do, letgo our plan.
Second to do, plan according to THE MOTHER NATURE.

InsyaAllah SUKSES LUARBIASA!

Masa dalam kegawatan itulah ribut. Kapal itu ialah organisasi kita yang perlu kuat. Tiangnya itu ibarat financial yang berdiri sendiri tidak goyah dan bukannya berhutang. Layarnya mesti liat bukan mudah disiat-siat angin.

Dalam tempoh PKP, lebih setengah juta PPE termasuk lebih 170 ribu faceshield kualiti industri, juga set-set PPE lain kami kilangkan dan edarkan ke seluruh negara.

Tanpa beli mesin baru, hanya retool semula mesin sedia ada, cuma reskill semula kelasi-kelasi yang ada, cuma perlu ubah haluan sementara untuk reach another milestone.

Tak sangka, lepas PKP bisnes semakin berkembang dalam healthcare. Ini bisnes sebenar, dan kami kongsikan juga pengalaman bisnes sebenar bukannya cedok dari Mat Saleh atau buku mereka kemudian sampaikan semula dalam Bahasa Melayu.

Alhamdulillah, ini perusahaan kami yang ke-14 kerana yang ke-15 ialah dalam agro.

SAIFUL NANG
RareFounders.com


Filter
BILA RIBUT, KAPAL PERLU KUAT, TIANG LAYAR PERLU TEGAP, LAYAR PERLU LIAT. - Saiful Nang Academy
BILA RIBUT, KAPAL PERLU KUAT, TIANG LAYAR PERLU TEGAP, LAYAR PERLU LIAT. - Saiful Nang Academy