4 ‘Dosa Besar’ Yang Sering Dilakukan Usahawan Semasa Membuat Business Plan
Pandemik Covid 19 sangat menjejaskan situasi ekonomi dunia. Semua perniagaan perlu mengubah strategi untuk bertahan dan seterusnya merangka pelan tindakan apa yang perlu dilakukan. Apabila membuat perancangan perniagaan yang betul, kita dapat membuat keputusan yang tepat dan mengoptimumkan pengurusan perniagaan. Walau bagaimanapun, ini tips ringkas yang patut DIELAKKAN semasa melakukan pelan perniagaan di musim Covid 19 ini:
1- Menggunakan Pelan Tindakan Yang Statik
Business plan yang baik selalunya melibatkan satu proses dan ianya sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Ia bukanlah satu pelan yang statik kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti tugasan, trend pasaran, tujuan dan lain-lain lagi.
2- Tidak Memahami Aliran Tunai.
Sebagai peniaga adalah sangat perlu untuk kita memahami aliran tunai. Malangnya, ramai yang tidak mengambil berat tentang itu. Di internet, ada banyak template carta aliran tunai yang ada yang memudahan kita untuk memahami aliran tunai dalam bisnes. Boleh cari yang sesuai dengan perniagaan yang sedang kita jalankan.
3- Proses Perancangan Yang Terlampau Luar Biasa
Pelan perniagaan tidak perlu terlalu bombastik seperti menulis tesis. Cukup sekadar rancangan yang rapi dan paling penting, yang mana boleh dijalankan (execute) dan yang boleh mendatangkan hasil. Tak guna buat perancangan yang bombastik tapi tidak realistik.
4- Tiada Pelan Tindakan Langsung
Tiada pelan perniagaan (business plan) langsung. Jgn sekali kali menganggap bahawa kita terlalu sibuk untuk menulis pelan perniagaan. Pelan perniagaan membantu kelancaran perniagaan kita serta membantu dalam mengekalkan visi dan misi syarikat.