3 Perkara yang Perlu diambil Kira Sebelum Menyertai Sistem Dropship

Cikgu ada banyak sangat dropship sekarang ni, Kain Buruk, Baju Raya, Biskut Raya, Minyak Wangi, Bantal, Kek, Kambing Perap, mainan budak, minyak penenang perasaan, mana satu saya patut pilih ?

Jika kita orangnya rajin tapi tiada modal berniaga, menjadi dropship adalah salah satu cara terbaik untuk berniaga dan mulakan pendapatan tambahan. Tetapi dengan terlalu banyak lambakan produk untuk di dropshipkan mana satu patut saya pilih dan mulakan dahulu ?

Ini 3 perkara yang perlu diambil kira sebelum menyertai mana-mana sistem dropship

1. Repeat order tinggi

Kunci untuk dropship adalah untuk pendapatan yang berterusan. Untuk mudah mendapat continuous sales pilih produk yang ada mempunyai repeat order yang tinggi dan pendek. Kategori produk sebegini adalah seperti produk makanan, minyak wangi, buku atau mainan kanak-kanak di mana pembelian boleh berlaku setiap bulan. Produk seperti bantal, kain buruk, pakaian mempunyai jangka masa yang lebih panjang, tak ramai yang akan beli bantal setiap bulan.

Kenapa penting produk yang mempunyai repeat order yang tinggi dan pendek, ini akan memastikan anda mendapat sales yang berterusan dan tidak berputus asa di tengah jalan. Ramai Dropship hanya bersemangat pada permulaan dan hilang di tengah jalan bila menjual produk yang rendah repeat order. Sebabnya ? pada permulaan mudah untuk kita menjual di kalangan saudara mara dan rakan taulan, tetapi apabila circle terdekat kita sudah membeli produk kita, maka anda perlu mencari prosek pelanggan yang baru. Di sini ramai gagal dan berhenti.

Namun jika produk kita ini mempunyai kadar repeat order yang tinggi, maka kita boleh terus kembangkan prospek pelanggan sambil terus beroleh sales berterusan dari circle pertama kita.

2. Dekat dengan kita

Jual lah produk yang sesuai dengan dengan keadaan kita. Contohnya begini :

Jika kita seorang ibu dengan anak kecil, lebih mudah kita nak menjual permainan/buku kanak-kanak berbanding menjual Kambing Perap. Kenapa ? Kerana prospek pembeli buku/permainan kanak-kanak lebih khusus, mereka juga adalah seorang ibu seperti penjual, maka lebih mudah untuk bercerita, mudah untuk memahami keperluan pelanggan dan paling penting mudah untuk membina marketing material.

Berbeza dengan kambing perap di mana profile marketnya lebih luas.
Bukan nak kata seorang ibu tak boleh menjual kambing perap, tapi lebih mudah untuk menjual produk yang kita sendiri guna dan juga pelanggan juga dalam situasi yang sama seperti kita.

Bila kita sendiri guna, kita lebih faham apa kelebihan produk ini dan boleh membina testimonial dari pengalaman sendiri. Testimonial peribadi lebih kuat kesannya berbanding menggunakan testimonial orang lain terutamanya bagi seorang dropshipper.

3. Good Support dari HQ

Perkara terakhir yang perlu kita fikirkan sebelum memilih mana-mana dropship, lihat bagaimana HQ membantu dan memberi sokonngan dalam jualan dan pemasaran. Kebiasaannya setiap HQ akan memberi latihan juga sokongan seperti bahan marketing kepada dropship mereka. Selain dari sokongan dari segi pemasaran perlu ketahui juga kekuatan production HQ agar tidak berlaku kes terputus stok. Semak dan fahami terma dan syarat agar tidak berlaku salah faham terutamanya dalam kiraan sales.

Tiada HQ yang sempurna, setiap brand, HQ, product ada kelebihan dan kekurangan. Pesanan kami apabila sudah menyertai mana-mana sistem dropship, jika ada kekurangan dan kelemahan pada HQ jangan disimpan tetapi laporkan kepada HQ untuk mereka membuat penambahbaikkan. Barulah kedua-dua beroleh manfaat.

Ini 3 perkara utama yang perlu diambil kira sebelum menyertai mana-mana dropship. Ingat untuk mendapat sales yang bagus tidak boleh bergantung pada HQ semata-mata, pastikan kita sendiri menguasai kemahiran pemasaran/marketing.

Ada soalan ?

 

Cikgu Syibli

 

Yang masih belum kuasai ilmu ambil gambar/video dengan smartphone untuk marketing, elok belajar terus di sini


Related Posts

Siapa Usahawan/Content Creator Yang Tak Buat 'Reels' Lagi Dia Rugi
Siapa Usahawan/Content Creator Yang Tak Buat 'Reels' Lagi Dia Rugi
Perasan tak Instagram kita dah ada Reels, apa itu Reels ?Reels adalah fungsi video yang sama macam TikTok yang di"tir...
Read More
5 Jenis Smartphone Yang Mempunyai Kamera Terbaik Tahun 2021
5 Jenis Smartphone Yang Mempunyai Kamera Terbaik Tahun 2021
Antara ciri smartphone terbaik adalah mempunyai kelebihan pada kamera, jangka hayat bateri dan kemampuan melakukan pe...
Read More
Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami
Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami
Puas fikir content copywriting nak ditulis di Facebook. Masa senggang, dah macam ayam berak kapur. Terkebil-kebil. Bi...
Read More