4 Cara Content Creator Boleh Dapat Duit Dari Mark Zubek
Apa itu Content Creator ?
Mereka adalah individu yang rajin membina content menarik seperti video, artikel yang membuatkan orang berada di Facebook dan Youtube lebih lama
Dahulu cuma Youtube sahaja yang membayar mereka yang membuat content. Kini Facebook juga sudah mula mengikuti langkah yang sama. Ini 4 cara bagaimana kita boleh buat duit dengan Facebook:
1. Iklan ( in-stream ads)
Bila iklan keluar di dalam video kita di Facebook, sama seperti di Youtube, kita akan mendapat duit.
2. Iklan ( Artikel )
Sama konsep seperti di video, bila kita membina artikel di dalam website kita sendiri (seperti Vocket, Oh Media dll) di dalam artikel tersebut ada iklan. Jadi apabila ada iklan yang keluar di website kita maka kita juga berpeluang untuk menjana duit dari situ.
3. Fan Subscription
Bila kita rajin bina content di FB dan follower ramai, FB akan benarkan kita naik taraf follower kita menjadi subscriber. Kelebihan subscriber ini mereka akan mendapat badge, exclusive content dari kita. Tetapi ingat, Facebook akan ambil 30% dari bayaran subscriber ini. Jika kita caj RM10/sebulan, RM3 Facebook akan ambil
4. Group Subscription
Setiap Page kini diberikan kuasa untuk membina group sendiri, jika dulu group adalah percuma. Sekarang kita boleh buat Group berbayar. Sama seperti fan subscription, Facebook juga akan ambil 30% dari bayaran.
Untuk nom 3 & 4 ini, pastikan bila kita membuat fan atau group subscription ini, subscriber kita mendapat content yang berbeza dengan follower yang biasa.
Bagi yang aktif di Facebook, ini adalah berita baik untuk mendapat duit dari Mak Zubek.
Selamat Mencuba
Cikgu Syibli